Datuk Salleh (Kanan) dan Tan Sri Pandikar (tengah) yang digugurkan dalam PRU 12. Hanya Datuk Shafie (kiri) tidak mampu diketepikan pada masa itu.
Bagi mereka yang mempunyai agenda politik peribadi, Shafie Haji Afdal, Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia hanyalah dianggap sebagai “pemimpin kuda tua” atau "roti yang sudah luput tarikh" yang telah gagal membangunkan kawasan yang diwakili masing-masing. Kendatipun, bertapa besar sumbangan pemimpin-pemimpin ini kepada masyarakat Sabah umumnya dan kawasan mereka khususnya, bagi mereka yang bersifat ingin "melapis" dan tidak sabar lagi melangkah dalam arena dan kancah politik, semua itu langsung mereka tidak nampak atau nilai apatah lagi menghargainya.
Bagi mereka "beragenda" ini, "SSK, TSP dan SA tidak boleh, mereka baru boleh". Sayangnya mereka pula hanya berkeinginan untuk mengganti kedudukan pemimpin-pemimpin ini terlebih dahulu baru "boleh". Jika mereka diminta untuk merintis jalan terlebih dahulu seperti yang pernah dirintis pemimpin-pemimpin bertiga ini sehingga sampai ketahap di mana mereka kini, mereka yang beragenda ini enggan atau mungkin akan tersesat di pertengahan jalan atau mungkin putus asa sebelum menjejaki jalan-jalan yang pernah SA, SSK dan TSP jejaki.
Apabila Salleh Tun Said (SSK), Pandikar Amin Haji Mulia (TSP) dan Amir Kahar Tun Mustapha (AKTM) digugurkan dari dicalonkan dalam PRU 12, ramai yang telah meramalkan bahawa politik Sabah akan berkecamuk. Namun ramalan itu meleset apabila pemimpin-pemimpin itu menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional semasa piliharaya umum itu berjalan.
Ramai yang menyedari bahawa mereka yang digugurkan ini adalah pemimpin rumpun bangsa yang besar iaitu USBO yang menjadi tulang belakang kekuatan UMNO di Sabah. Perhimpunan besar USBO yang pertama dianjurkan di Lahad Datu Sabah berjaya menghimpunkan puluhan ribu masyarakat rumpun USBO dalam jangkamasa singkat.
Sambutan masyarakat Lahad Datu yang berbaris berpusu-pusu dan berbaris memenuhi sepanjang jalanraya dari lapangan terbang Lahad Datu ke bangunan Dewan Masyarakat Lahad Datu memperlihatkan keadaan bagai "USNO yang bangkit dalam wadah USBO". Pendapat umum mula mewar-warkan bahawa USBO mampu menggantikan tempat USNO di Sabah dan mampu menggugat UMNO. “....Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada UMNO umpama USIA dengan USNO dahulu...,”- Haji Jabar Khan Nafi, seorang vateren politik dan bekas tahanan ISA yang masih mempertahankan bahawa penahanannya yang berlanjutan telah menzaliminya dan tidak adil baginya dan keluarganya.
Ternyata pemimpin-pemimpin tersebut adalah jenis "indespensilbe" yang sukar dinafikan pengaruh mereka samada di peringkat Bahagian, Negeri dan Peringkat Nasional. Mereka BUKAN pemimpin cyber yang "lempar batu sembunyi tangan" atau dipelihara melalui gerakan di sebalik tabir cyber. Mereka bertiga menonjol sehingga kini. Apa yang lebih jelas, mereka ini adalah "halangan besar kepada mereka yang tidak sabar ingin melapis dab beragenda". Maka itu mereka saban hari di balun, diperkecil, dianggap tidak relevent dan diberi gelaran "expired" dalam dunia cyber. terutama oleh mereka yang bersembunyi di sebalik "blog kilat yang tiada identiti". Harapan mereka hanya satu yakni mendapat laluan pintas tanpa perlu "merintis" dan melakukan khidmat yang memenatkan.
Selepas PRU 12 dan Persidangan Agung UMNO, Pandikar dilantik Speaker Dewan Rakyat. Datuk Shafie pula dilantik Menteri Pembangunan Luarbandar setelah memenagi kerusi Naib Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Salleh pula selepas memenangi semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud telah di"hand pick" oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Naib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah bagi membantu Pengerusi Perhubungan UMNO, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman memperkukuhkan lagi UMNO Sabah dan Barisan Nasional Sabah amnya.
Ikrar Salleh untuk menguatkan dan mengekalkan Sabah sebagai "Fix Deposit" atau tunggak kekuatan BN Malaysia sudah cukup memperlihatkan bahawa pengaruh politiknya di peringkat Negeri mula dikembangkan semula. USBO pimpinanya pula mula menerima pengiktirafan Ketua Menteri Sabah, pemimpim-pemimpin Sabah dan Perdana Menteri serta pemimpin-pemimpin Nasional samada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Hanya mereka yang mempunyai agenda peribadi yang menolak kenyataan ini.
Dalam politik, carik carik bulu ayam lama-lama bercantum juga, biduk lalu kiambang bertaut. Dalam keadaan ini SSK, TSP dan SA masih tetap utuh dan kukuh. Masa inilah hubungan mereka dengan kepimpinan Negeri dan Negara menjadi lebih kukuh. Masa ini juga, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman mula menilai semula keperluan kepimpinan pemimpin bertiga ini untuk lebih akrab demi sebuah kekuatan baru yang lebih matang dan mampu mendepani cabaran. Masa inilah kita perlu menilai antara aset dan liabiliti.
Sesungguhnya PRU12, banyak memberi pengajaran politik.
(Bersambung dalam Bahagian III)