Saturday, September 26, 2009

Kahwin untuk melacur-(LAMA-LAMA JADI PENGUNDI!)


‘CHINA DOLL’ sanggup kahwin dengan lelaki tempatan untuk jadi pelacur di negara ini.
  • Eksploitasi Akta Imigresen yang memberikan pas lawatan sosial kepada wanita warga asing yang berkahwin dengan lelaki tempatan untuk membolehkan mereka berada di Malaysia selama setahun.
  • Jika masuk sebagai pelancong biasa tempoh yang dibenarkan untuk tinggalkan di negara ini hanya tiga bulan.Dalam serbuan Imigresen di Pulau Pinang, 14 wanita warga China yang disyaki pelacur mempunyai suami di negara ini.
  • Kesemuanya memiliki sijil kahwin untuk membuktikan perkahwinan dengan suami masing-masing.
PUTRAJAYA 25 Sept. – ‘China Doll’ iaitu gelaran untuk wanita warga China yang terbabit dengan sindiket pelacuran di negara ini kini semakin berani termasuk sanggup berkahwin dengan lelaki tempatan bagi mengabui mata pihak berkuasa.

Tujuan mereka berkahwin tidak ikhlas, sebaliknya hanya untuk dijadikan platform supaya boleh tinggal lebih lama di Malaysia bagi tujuan pelacuran. Melalui perkahwinan itu, golongan tersebut boleh tinggal selama setahun di negara ini melalui pemberian pas lawatan sosial jangka panjang. Peruntukan itu terdapat di bawah Akta Imigresen, malah ia boleh diperbaharui setiap tahun sekiranya tamat tempoh. Berbanding sebagai pelancong, wanita warga China hanya boleh tinggal tidak lebih tiga bulan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman yang bimbang dengan trend terbaru sindiket pelacuran itu. Katanya, perkara itu ada asasnya apabila dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di Pulau Pinang baru-baru ini, semua 14 wanita negara tersebut yang disyaki pelacur mempunyai suami di negara ini.

“Mereka (sindiket) kini berani mengeksploitasi Akta Imigresen. Kesemuanya memiliki sijil perkahwinan sah untuk membuktikan perkahwinan dengan suami masing-masing.

“Kita juga telah hubungi ‘suami’ masing-masing dan mereka datang dan mengakui berkahwin dengan wanita-wanita itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Kata Abdul Rahman, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terpaksa membebaskan wanita-wanita berkenaan kecuali dapat membuktikan mereka menawarkan khidmat seks.

“Perkembangan itu membimbangkan kita kerana ditakuti akan menjadi ikutan sindiket-sindiket lain. “Taktik baru ini menunjukkan sindiket pelacuran semakin bijak bermain dengan undang-undang negara,” ujar beliau.

Bagaimanapun setakat ini, imigresen belum dapat membuktikan sama ada ‘suami’ kepada wanita warga asing tersebut diupah untuk perkahwinan itu. Ketua Jabatan Pengaduan Awam dan Perkhidmatan MCA, Datuk Michael Chong ketika ditemui berkata, jika dahulu suami menjadikan isteri sebagai mangsa pelacuran, kini keadaan sudah berubah.

Katanya, sebelum ini, beliau pernah mengendalikan masing-masing satu kes wanita warga China dan Vietnam yang dipaksa suaminya menjadi pelacur. “Kalau ada wanita menjadi mangsa, begitu juga berlaku sebaliknya sekarang. Ada berpura-pura berkahwin tetapi sebenarnya untuk terlibat dalam pelacuran tanpa pengetahuan suami dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau berkata, sehubungan itu, pihaknya meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara tersebut bagi mengelakkan Akta Imigresen disalah guna. “Kelonggaran diberikan negara ini kepada rakyat yang berkahwin dengan warga asing menunjukkan keprihatinan kerajaan tetapi malangnya ia telah dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

“Jikalau dahulu ramai mengadu kesukaran pasangan mereka untuk menetap di negara ini, namun apabila kelonggaran diberi, ia disalah guna pula,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA
Oleh TAN MING WAI dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
jenayah@utusan.com.my

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam, kerajaan perlu bertegas di atas penyalahgunaan kelongaran imigresen ini..... pengkhianat-pengkhianat seperti ini perlu dibenteras secukup-cukupnya untuk menghindarkan puak-puak ini mencari keuntungan....... penguatkuasaan juga perlu hindarkan diri dari rasuah demi keselamatan negara....

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)