Showing posts with label MP Pensiangan. Show all posts
Showing posts with label MP Pensiangan. Show all posts

Saturday, January 24, 2009

SELEPAS PERMATANG PAUH DAN KUALA TERENGGANU, PENSIANGAN: MILIK SIAPA?

(SEKIRANYA PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN AKAN DIADAKAN)

Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganau telah berlalu. Kedua-dua kawasan dimenangi masing-masing oleh PKR dan PAS. Kedua-dua kawasan itu sememangnya BUKAN kubu Barisan Nasional. Kerusi Kuala Terengganu pernah disandang oleh Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi dari PAS dan semua tahu bahawa Permatang Pauh adalah kubu tradisi Dato Seri Anwar Ibrahim.

Semasa PBS menentang BERJAYA, rekod menunjukkan bahawa semua kawasan Pedalaman Atas termasuklah kawasan Parliment Pensiangan telah disapu bersih oleh PBS. Pada masa itu PBS menentang kerajaan, BERJAYA.
Apakah senario pengundi di Pensiangan kini bersikap menentang kerajaan dan sama seperti pengundi Permatang Pauh dan Kuala Terengganu?

Parlimen Pensiangan meliputi dua DUN iaitu kawasan DUN N.37-Sook dan N.38-Nabawan. Rekod PRU12-2008 adalah seperti rajah di atas. Rekod pilihanraya yang lalu adalah seperti berikut:-

PRU 1994
DUN N41-Sook (kini N.37)
1. Joseph Kurup (PBS) Mendapat undi sebanyak 7629
2. Taiming Lumaing (BN) mendapat undi sebanyak 3565
(Menang: Joseph Kurup (PBS)...Majoriti 4064 undi)

DUN N42-Nabawan (Kini N.38)
1. Adot Sigoh (Allahyarham) (PBS) mendapat undi sebanyak 2370
2. Ahwar bin Rassam (BN) mendapat undi sebanyak 1747
(Menang: Adot Sigoh (Allahyarham) (PBS)...Majoriti 632


Datuk Dr Jeffery Kitingan dan Tan Sri Joseph Kurup.
Apakah Pensiangan akan menjadi gelanggang pertarungan semula mereka?

PRU 1999
DUN Nabawan dan Sook dimansuhkan dan kawasan DUN Bingkor dan DUN Pensiangan diwujudkan. Dalam pilihanraya umum 1999, DUN Bingkor menjadi pertarungan pertama antara Datuk Dr. Jeffery Kitingan dengan Tan Sri Joseph Kurup. Dalam piliharaya ini Dr. Jeffery (PBS) telah menewaskan TS Joseph Kurup yang bertanding atas tiket BN-PBRS. Ramai mengatakan bahawa kemenangan Dr. Jeffery adalah atas sentiment dan pengaruh PBS.

Bagaimanapun, dalam PRU11-2004 Kerusi DUN Sook diwujudkan semula. Pada pilihanraya itu, sekali lagi Dr. Jeffery bertembung dengan TS Joseph Kurup. Kali ini, TS Joseph Kurup yang Bertanding atas tiket BN telah mendapat 3973 undi sekaligus menebus kekalahannya dengan menewaskan Dr. Jeffery yang bertanding atas tiket BEBAS yang mendapat undi sebanyak 3578 undi. Seorang lagi calon BEBAS, En. Yapilin Nawawi hanya berjaya meraih 252 undi.

(Menang: Joseph Kurup (BN). Majoriti: 395 undi).

N37-SOOK
ELLRON BIN ANGIN (BN) 5,496
SIDUM BIN MANJIN (BERSEKUTU) 124
SUAIDIN @ SHUHAIDDIN BIN LANGKAB @ LANGAB (BEBAS) 202
PAUL BUNSU BIN GINTANG @ PAUL GITANG (PKR) 3,365
(Menang: Ellron bin Angin (BN) MAJORITI : 2,131)
N.38 - NABAWAN
BOBBEY AH FANG BIN SUAN (BN) 3,414
GABRIEL UWING BIN AGUNSUNG PKR 1,327
ALEXSIUS BIN MANGKA BERSEKUTU 96
(Menang: Bobbey Ah Fang bin Suan (BN) MAJORITI : 2,087

KEPUTUSAN PRU 12-2008

Dari rekod dan stastistik yang ada, siapakah yang bakal memenangi Pensiangan? Apakah gelombang Permatang Pauh dan Kuala Terengganu akan melanda Sabah di Pensiangan?
Read also...

Saturday, December 27, 2008

P.182 PENSIANGAN- MILIK SIAPA?


Apakah Pensiangan akan jadi Pertarungan hebat lebih dari dua penjuru? Apakah Tan Sri Joseph Kurup akan dipertaruhkan oleh BN sekali lagi? Ke mana arah Bernard Maraat, Bekas MP Pensiangan, dan Bekas Calon Keadilan, Danny Anthony Andipai, yang memenangi patition Piliharaya Pensiangan? Apakah Datuk Dr. Jefrey akan mengulangi nasibnya di Kawasan Parlimen Marudu jika dia diletakkan oleh KeADILan sebagai calon?
.
Penamaan Calon Bagi Pilihanraya Kecil Parliment Kuala Terangganu akan diadakan pada 17 Januari, 2009 dan pengudian akan dilakukan sepuluh hari selepas penamaan calon.

Selepas Pilihanraya kecil di Kuala Terangganu itu, Pilihanraya Kecil Parliment Kawasan P.182-Pensiangan, Sabah akan menyusul kiranya keputusan rayuan TJK akan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Sudah menjadi asam garam dan sepak terajang politik, menonjolkan diri agar dipilih sebagai calon yang bertanding dan mewakili parti sedang rancak dilakukan samada terang-terangan atau "bertapuk-tapuk" sebagai persediaan awal. Yang pasti kegiatan melobi calon sedang berjalan dengan lancar.

Cakap-cakap bahawa SAPP akan meletakkan calonnya di Pensiangan agak sukar menjadi kenyataan. Namun yang hampir pasti, SAPP akan membantu calon Pembangkang yakni KeADILan. Itulah yang lebih nyata. BN akan berhadapan dengan KeADILan di Pensiangan. SAPP pasti akan membantu melawan BN.

Melihat kepada senario politik semasa yang menghairahkan, pasti akan ada calon-calon dari parti-parti lain ataupun "Bebas".Nama-nama yang sering disebut-sebut seperi Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Dr, Jefrey Kitingan, Bernard Maraat, Danny Anthony Andipai, konon akan bakal bertarung. Namun teka-teki hanya akan terjawab selepas penamaan calon nanti (kiranya rayuan TJK gagal).

Parti Utama BN dan PR perlu berhati-hati agar nama-nama "besar" dalam komponen masing- masing tidak terkilan dan bertanding menentang mereka. Perkara ini akan menjadi sebagai kayu pengukur awal kepada kebarangkalian kekecundangan parti dalam merebut wakil bagi mengisi Kerusi MP Pensiangan.

Parti Utama BN dan PR perlu berhati-hati agar nama-nama "besar" dalam komponen masing-masing tidak terkilan dan bertanding menentang mereka. Perkara ini akan menjadi sebagai kayu pengukur awal kepada kebarangkalian kekecundangan parti dalam merebut wakil bagi mengisi Kerusi MP Pensiangan.
Related......
Kurup to know result of appeal on Jan 7
KOTA KINABALU, SABAH, SUN 28 Dec, 2008:

The Federal Court is scheduled to rule on Jan 7 whether to accept or dismiss an appeal filed by Rural and Regional Development Deputy Minister Tan Sri Joseph Kurup after the High Court here declared his election as Pensiangan Member of Parliament null and void.

Kurup said he was informed by lawyer Alexander Decena that the Federal Court in Putrajaya is expected to deliver a ruling on that date, following an appeal he submitted on Sept 11, three days after the High Court here ruled in favour of a petition filed by Parti Keadilan Rakyat's Danny Anthony Andipai who was denied the opportunity to contest although he arrived at the nomination centre on time.

Source.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/NewsBreak/20081228160649/Article/index_html

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)