Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Wednesday, January 20, 2010

Tourists Keep Coming To Sabah's East Coast


 Sipadan Island - pic by mount kinabalu-borneo.com

Tourists continue to come to Sabah's east coast, an area known for its rich marine heritage and home to one of the world top diving spots, Sipadan Island.

They came despite the numerous advisories and notices issued over what was often described as possible attacks on foreigners in the wake of the kidnapping incident involving 21 foreigners and Malaysians by the Abu Sayyaf group from southern Philippines in 2000.

Increased security surveillance , however, helps restore confidence among tourists, many of whom are repeat visitors, who are attracted to the beauty and tranquillity of the area.

Zeina Itaoui, 26, of Australia, for instance, has been visiting Mabul Island, near Sipadan Island, with her husband.

Met at Mabul Island Tuesday, she said, this was their third time in the area and that they had no problem with security.

"We are well taken care of," she said, adding that she and her husband would spend nine days in Mabul this time around compared to only several days during their previous visits.

Carla Yodueno of Itali, who is in Semporna to study marine life since six months ago, said she had never faced any tense situation here.

"I have never felt that my security is under threat," Yodueno said.

Meanwhile, Sabah Police Commissioner Datuk Noor Rashid Ibrahim said security in the state's east coast was under control. Read More

Related stories:
1. Tourists warned of Borneo terror attacks
2.The-worlds top-dive-sites-in-Sabah-Sipadan-Mabul-Kapalai-Lankayan.
3. Malaysia says US terrorist attack warning 'misleading'
4. Malaysia Summons US Diplomat over The Terrorist attack warning
5. Review travel alert, US urged....

Tuesday, January 5, 2010

DAP SABAH SIBUK POSING SANA SINI: BILA MP DAN DUN DAP SABAH "RESIGN"?

Budaya DAP Sabah yang lebih ketara ialah posing sana sini. berlatar belakangkan  keadaan projek atau elemen kemiskinan. Kebanyakannya menggambarkan projek-projek yang mereka anggap gagal. Selain itu, tiada satupun sumbangan mereka yang ketara kepada masyarakat, apatah lagi menyumbang kepada pembangunan fisikal. Jemu memaparkan posing, mereka mula "manipulate gambar-gambar yang sesuai dan meletakkan rupa paras mereka sebagai mengabui mata umum. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu turun padang dan posing lagi atau menjimatkan kos. Inikah yang disebut "menyumbang untuk kesejahteraan rakyat"?

Selain memikirkan bagaimana untuk memposisi diri dan pemimpin mereka dalam politik Sabah, DAP langsung tiada sumbangan. Atas dasar ini, soalan yang patut dikemukakan kepada DAP Sabah ialah: "bilakah mereka semua meletakkan jawatan sebagai rasa bertanggung awab terhadap kegagalan mereka menyumbang kepada masyarakat?

Soalan ini diajukan kepada DAP sebagai respond kepada  gesaan DAP supaya Pairin meletakkan jawatan. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Huguan Siou dan Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah. Dia adalah ADUN Tambunan dan MP Keningau.


"Saya berpendapat mereka tidak wajar membuat gesaan itu. Mungkin, hanya pada hari tertentu, beliau tidak hadir di Parlimen, tapi beliau tetap memainkan peranannya secara strategik melalui rangkaiannya, melalui jawatannya sebagai timbalan ketua menteri. "Jawatan Anggota Parlimen yang disandangnya membantu beliau memantapkan segala rangkaian yang perlu dilakukannya di peringkat negeri dan persekutuan."Jadi, ia tidak menjejaskan tugasnya di peringkat negeri. Yang perlu beliau lakukan ialah sentiasa meningkatkan usahanya dan oleh kerana perkara ini telah beliau lakukan dengan amat baik, saya tidak nampak kenapa DAP perlu menyibuk dengan urusan beliau,"- Dr. Maximus Ongkili

Kiriman SITOMPINAI

Related:
Pairin diminta meletak jawatan oleh DAP

Wednesday, December 2, 2009

SABAH PERLU RM1 BILION NAIKTARAF SISTEM PENGAIRAN

0112-lead-1
TUAI PADI ... Yahya bersama Arifin, Hj Yusoff Hj Mohd Kassim, Pengurus Besar LKTNS, Jhuvarri Majid menuai padi di tapak pelancaran sebagai tanda pelancaran majlis penuaian padi.

MEMBAKUT: Sabah memerlukan peruntukan RM1 bilion untuk menaiktaraf semua sistem pengairan dan saliran bagi meningkatkan keupayaan penanaman padi.

Kebanyakan sistem pengairan dan saliran di negeri ini terlalu uzur, ada yang masih menggunakan pam-pam yang dibina sejak lama dulu.

Faktor-faktor ini adalah punca Sabah hanya mampu mengeluarkan 20 peratus padi yang mana ianya jauh ketinggalan berbanding 80 peratus di Semananjung Malaysia.
Read More

NOTA.
Dengan penyataan di atas nyatalah kepada kita bahawa "Self Sufficiently level-SSL" dalam keluaran beras tempatan yang disasarkan menjelang tahun 2010 melalui Dasar Pertanian Negeri Sabah tidak akan tercapai walaupun sebelum ini digembar-gemburkan bahawa tahap 60% SSL tidak mustahil akan dapat dicapai. Kini perkara itu sudah menjadi mustahil akan dicapai memandangkan hanya tinggal beberapa hari lagi kita berada dalam tahun 2010. Miracle barangkali akan mengubah keadaan!! Barangkali keupayaan kita sebelum ini, 30-35% SSL telah menurun ke 20% seperti yang dinyatakan dalam berita di atas. 

PAPARAN BERKAITAN (Klik Tajuk Berikut)

Monday, May 4, 2009

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2009

Pesta Kaamatan bermula: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kiri) bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan (kiri) merangkap Huguan Siou Kadazan Dusun iaitu Pemimpin Agung Suku Kaum Kadazan Dusun Sabah; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rahsid Shirlin dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Ismail (tiga dari kanan) menuai padi sebagai simbolik pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2009 di Dewan Masyarakat Papar, semalam.
KOPIVASIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN
DARIPADA

Saturday, January 24, 2009

SELEPAS PERMATANG PAUH DAN KUALA TERENGGANU, PENSIANGAN: MILIK SIAPA?

(SEKIRANYA PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN AKAN DIADAKAN)

Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganau telah berlalu. Kedua-dua kawasan dimenangi masing-masing oleh PKR dan PAS. Kedua-dua kawasan itu sememangnya BUKAN kubu Barisan Nasional. Kerusi Kuala Terengganu pernah disandang oleh Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi dari PAS dan semua tahu bahawa Permatang Pauh adalah kubu tradisi Dato Seri Anwar Ibrahim.

Semasa PBS menentang BERJAYA, rekod menunjukkan bahawa semua kawasan Pedalaman Atas termasuklah kawasan Parliment Pensiangan telah disapu bersih oleh PBS. Pada masa itu PBS menentang kerajaan, BERJAYA.
Apakah senario pengundi di Pensiangan kini bersikap menentang kerajaan dan sama seperti pengundi Permatang Pauh dan Kuala Terengganu?

Parlimen Pensiangan meliputi dua DUN iaitu kawasan DUN N.37-Sook dan N.38-Nabawan. Rekod PRU12-2008 adalah seperti rajah di atas. Rekod pilihanraya yang lalu adalah seperti berikut:-

PRU 1994
DUN N41-Sook (kini N.37)
1. Joseph Kurup (PBS) Mendapat undi sebanyak 7629
2. Taiming Lumaing (BN) mendapat undi sebanyak 3565
(Menang: Joseph Kurup (PBS)...Majoriti 4064 undi)

DUN N42-Nabawan (Kini N.38)
1. Adot Sigoh (Allahyarham) (PBS) mendapat undi sebanyak 2370
2. Ahwar bin Rassam (BN) mendapat undi sebanyak 1747
(Menang: Adot Sigoh (Allahyarham) (PBS)...Majoriti 632


Datuk Dr Jeffery Kitingan dan Tan Sri Joseph Kurup.
Apakah Pensiangan akan menjadi gelanggang pertarungan semula mereka?

PRU 1999
DUN Nabawan dan Sook dimansuhkan dan kawasan DUN Bingkor dan DUN Pensiangan diwujudkan. Dalam pilihanraya umum 1999, DUN Bingkor menjadi pertarungan pertama antara Datuk Dr. Jeffery Kitingan dengan Tan Sri Joseph Kurup. Dalam piliharaya ini Dr. Jeffery (PBS) telah menewaskan TS Joseph Kurup yang bertanding atas tiket BN-PBRS. Ramai mengatakan bahawa kemenangan Dr. Jeffery adalah atas sentiment dan pengaruh PBS.

Bagaimanapun, dalam PRU11-2004 Kerusi DUN Sook diwujudkan semula. Pada pilihanraya itu, sekali lagi Dr. Jeffery bertembung dengan TS Joseph Kurup. Kali ini, TS Joseph Kurup yang Bertanding atas tiket BN telah mendapat 3973 undi sekaligus menebus kekalahannya dengan menewaskan Dr. Jeffery yang bertanding atas tiket BEBAS yang mendapat undi sebanyak 3578 undi. Seorang lagi calon BEBAS, En. Yapilin Nawawi hanya berjaya meraih 252 undi.

(Menang: Joseph Kurup (BN). Majoriti: 395 undi).

N37-SOOK
ELLRON BIN ANGIN (BN) 5,496
SIDUM BIN MANJIN (BERSEKUTU) 124
SUAIDIN @ SHUHAIDDIN BIN LANGKAB @ LANGAB (BEBAS) 202
PAUL BUNSU BIN GINTANG @ PAUL GITANG (PKR) 3,365
(Menang: Ellron bin Angin (BN) MAJORITI : 2,131)
N.38 - NABAWAN
BOBBEY AH FANG BIN SUAN (BN) 3,414
GABRIEL UWING BIN AGUNSUNG PKR 1,327
ALEXSIUS BIN MANGKA BERSEKUTU 96
(Menang: Bobbey Ah Fang bin Suan (BN) MAJORITI : 2,087

KEPUTUSAN PRU 12-2008

Dari rekod dan stastistik yang ada, siapakah yang bakal memenangi Pensiangan? Apakah gelombang Permatang Pauh dan Kuala Terengganu akan melanda Sabah di Pensiangan?
Read also...

Sunday, December 28, 2008

Malaysia Petronas Gas to call bids for new plant (IN SABAH)-report


KUALA LUMPUR, Dec 27 (Reuters) - Malaysian industrial gas provider Petronas Gas (PGAS.KL) is expected to call bids for a 900 million ringgit ($258.8 million) power plant project in Sabah on Borneo early next year, the Business Times reported on Saturday, citing an unidentified source.

"Tender for the EPC (engineering, procurement and construction) contract will probably be out in March or May," the newspaper quoted the source as saying. State-owned Petronas Gas and Yayasan Sabah, the investment arm of the Sabah state government, had formalised in November a joint venture deal to develop and operate a 300-megawatt power plant in Kimanis in the district of Papar, said the newspaper. Petronas Gas was not immediately available for comment.

Wednesday, August 20, 2008

Ahli politik kanan Sabah disiasat BPR

DARI BERITA HARIAN ONLINE.
Ahli politik kanan Sabah disiasat BPR
23 laporan dakwaan rasuah RM60 juta


KUALA LUMPUR: Seorang lagi ahli politik kanan Sabah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan hampir RM60 juta. Siasatan terhadap pemimpin itu yang juga bekas pengerusi sebuah syarikat pemaju perumahan, dimulakan selepas BPR Sabah menerima 23 laporan daripada ketua cawangan sebuah parti politik, bulan lalu.

Menurut sumber, BPR Sabah merampas fail dan dokumen dari syarikat itu, baru-baru ini dan mengambil keterangan daripada beberapa pegawai kanan syarikat berkenaan untuk membantu siasatan. Difahamkan, pemimpin berusia 48 tahun itu mempengaruhi dan merasuah beberapa anggota Lembaga Pengarah syarikat pemaju perumahan itu bagi mendapatkan projek perumahan untuk syarikat pembinaan miliknya.

Kebanyakan projek yang diperoleh ahli politik itu juga dikatakan tidak disiapkan mengikut jadual. Pemimpin itu turut didakwa menggunakan kuasanya untuk memberikan kontrak kecil kepada proksinya, termasuk beberapa ahli politik kanan. Sebagai balasan, dia didakwa menerima berjuta ringgit sebagai suapan. Pengadu dalam kes itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, memberitahu Bernama beliau menghantar surat rasmi kepada Majlis Tertinggi parti ahli politik itu untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pemimpin terbabit.

"Dalam surat itu, saya dengan jelas menyatakan kesalahan yang telah dilakukan. Saya harap BPR akan menjalankan siasatan yang adil terhadap kesalahan yang dilakukannya sejak 2004." katanya.

Zul berkata, beliau juga membuat laporan di Balai Polis Semporna awal bulan lalu mengenai perkara itu. Difahamkan, pengadu juga membuat akuan bersumpah di Mahkamah Majistret Semporna, bulan lalu, berhubung laporannya itu. Sementara itu, Pengarah BPR Sabah, Latifah Mohd Yatim ketika dihubungi Berita Harian petang semalam, enggan mengulas laporan berkenaan.

"Saya tak mahu kata apa-apa," katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, turut dilaporkan disiasat BPR berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa, pemalsuan dan rasuah bagi mendapat tiga kontrak bernilai RM40 juta di Labuan. Yussof yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Labuan bagaimanapun mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah dan segala tuduhan terhadapnya mempunyai agenda politik.

Selain Yussof, BPR juga dilaporkan menyoal siasat seorang Ketua Umno Bahagian bergelar datuk dan setiausaha bahagian itu berhubung dakwaan terbabit dalam politik wang. Kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan menyogok beberapa pemimpin Umno cawangan sebanyak RM1,500 seorang bagi mendapatkan pencalonan menjelang pemilihan bahagian itu, Oktober ini

Tuesday, August 12, 2008

ACA going after politician over alleged abuse of power

The Star Online
Tuesday August 12, 2008
ACA going after politician over alleged abuse of power

KUALA LUMPUR: The Anti-Corruption Agency (ACA) is closing in on a top Sabah politician for alleged abuse of power, forgery and bribery in connection with three contracts worth about RM40mil in Labuan.

It is learnt that the politician had bribed some officers at the Federal Territories Ministry to help obtain the contracts for his engineering firm.

In addition, the 51-year-old politician is also suspected of having forged several documents related to the contracts to obtain an RM8mil loan from a bank in Kota Kinabalu to settle his personal debts and to make progress payments to subcontractors hired by him for the three contracts.

It is also learnt that Bank Negara Malaysia and the Sabah Commercial Crime Department had instructed their officers to investigate how the bank in Kota Kinabalu released RM8mil to the politician without proper documentation.

Sabah ACA director Latifah Mohd Yatim said: “I don’t want to say anything at the moment. Let us do our job.”

It is also learnt that several files belonging to the politician, who is also holding a high-ranking position in a government agency in Labuan, were seized by ACA investigators recently. Bernama understands that the Sabah ACA would record the politician’s statement soon.

Meanwhile, a highly-placed official in a federal agency in Labuan said: “The Sabah ACA recorded my statement last Saturday and we are ready to assist in their probe. We will bring this matter to our board of directors soon. We are not going to compromise on the (politician’s) wrongdoings.”

A 28-year-old Kuala Lumpur-based subcontractor had also lodged a report against the politician with the Sabah ACA over a RM20.5mil contract to build a market at Ujong Pasir in Labuan. He said the politician terminated their contract and awarded the project to another person.

Thursday, June 12, 2008

SEKELUMIT KESAN KENAIKAN DRASTIK HARGA MINYAK





OLEH: KHS.
5 Jun, 2008, Luyang.
Pengumuman mengenai kenaikan harga bahan bakar khasnya petrol dan diesel sekaligus membawa erti kos sara hidup akan meningkat. Bila kenaikan harga mendadak dengan begitu tinggi, juga bermakna kos sara hidup akan mendadak begitu tinggi.
Harga minyak di station minyak petrol dinaikkan Rm0.78 sen seliter atau RM3.20 segelen menjadi RM2.70 sen seliter atau RM10.80 segelen. Manakala harga diesel dinaikkan RM1.00 seliter atau RM4.00 segelen menjadi RM2.58 seliter atau RM10.32 segelen.Kenaikan harga bahan bakar ini sudah pasti akan menaikkan lagi kos produksi barangan termasuk keperluan mengeluarkan barangan pengguna dan kos pengangkutan. Dengan demikian pengusaha dalam apa juga keadaan terpaksa menaikkan harga barangan yakni komoditi dan perkhidmatan atau inflasi akibat tekanan kos (cost push inflation) akan berlaku.
Sudah pasti golongan pekerja akan menuntut gaji yang lebih tinggi bagi mengimbangi kadar inflasi ini. Persatuan-persatuan Sekerja pasti akan didesak oleh ahli-ahlinya bagi membuat tuntutan ini. Keadaan ini, sudah pasti akan menambah sulitkan lagi kos “overhead” kepada pengusaha yang terpaksa membayar gaji yang lebih tinggi. Antara pilihan bagi pengusaha-pengusaha ialah dengan mengurangkan pekerja yang juga akan menghambat produtiviti. Dengan demikian pengangguran akan berlaku.
Bagaimana seriuosnya masalah penganguran kelak adalah bergantung kepada impak ke atas kehadiran sumber manusianya dan pulangan dan revenue yang dihasilkan dalam operasi perniagaannya.Apabila pengangguran dan inflasi, the twin evil of economy, berlaku dengan sukar dikawal, stagflasi wujud yang akan membawa kepada keadaan meleset yang memerlukan tindakan yang berani, berhati-hati dan bijaksana.
Sungguhpun banyak barangan pengguna yang diletakkan dalam senarai sebagai barangan terkawal dari segi harga, namun dalam keadaan kini, ianya menjadi sukar dan pahit untuk dikawal. Sebabnya ialah kerana kita menjadikan ianya hanya mampu dikeluarkan dengan kos yang mahal. Intervasi kerajaan mungkin menjadi longgar dan dilihat tidak lagi saksama. Dengan demikian kredibiliti pihak kerajaan akan merosot. Ini adalah diakibatkan dari tindakan kerajaan sendiri dan bukan kemahuan rakyat secara keseluruhan.
Kenyataan Idris Jala, CEO MAS, sebagai ex-oilman, bahawa sahnya dunia tidak menghadapi kekurangan bekalan bahan bakar perlu dilihat dengan serius. Katanya, apa yang berlaku sebenarnya adalah disebabkan oleh angkara spekulator yang menggunakan kuasa belinya dengan membeli sejumlah keluaran minyak dunia. Dalam masa yang sama menggembar gemburkan bahawa keluaran minyak dunia berada dalam keadaan kritikal. Dengan demikian harga minyak melambung dan bakal memberikan keuntungan yang amat besar kepada mereka.Sesungguhnya , negara-negara pengeluar dan pengekspot minyak tidak perlu terperangkap dengan “gara-gara” spekulasi ini.
Dalam keadaan yang sama tidak penting untuk menggunakan gara-gara ini untuk kepentingan ekonominya yang belum pasti.Pendahuluan kenyataan media Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa... "Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, telah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil". Ianya perlu dilihat sebagai kenaikan harga petrol yang menyebabkan peningkatan kos menghasikan keluaran bahan makanan BUKAN kenaikan kos petrol dan makanan per se, seperti yang dinyatakan.
Kenaikan bahan bakar itu juga “merantai” kepada kenaikan harga komoditi dan perkhidmatan lain. Sekiranya benar seperti apa yang dinyatakan oleh Idris Jala sebagai ex-oilman yang masih pakar mengenai isu bahan bakar, kenapa pula kita harus masuk perangkap para spekulator?Kerajaan BN tidak stabil. Malah dilebel sebagai banyak mengamaklan “double standard”. Isu harga minyak menjadi isu yang hangat dan menjadi isu utama untuk menjatuhkannya.
DSAI barangkali mampu tersenyum kini kerana dia pernah meramalkan bahawa Kerajaan BN akan menaikkan harga minyak selepas PRU12. Ternyata ramalannya benar. Perkara yang juga sukar ditepis ialah “massive inflation” dan kemungkinan stagflasi yang bakal menunggu di hadapan kita hasil dari tindakan menaikkan harga bahan bakar dengan terlalu tinggi dan secara drastik. Jadi timbul tanda tanya yang paling besar iaitu apakah pula fungsi Jawatankuasa Kabinet Pemantauan Harga Barangan yang diwujudkan kerajaan. Apakah ini yang dimaksudkan double standard? Apakah penyataan DSAI juga benar mengenai PR akan mengambil alih tampuk Kerajaan Malaysia menjelang Sempember ini?Malaysia adalah pengeluar dan pengekspot minyak. Ekplorasi minyak sedang giat.
Penyertaan Petronas dalam explorasi minyak di Negara Afrika masih mempunyai harapan menggunung. Namun kita diburu dan dihantui oleh “penyataan” bahawa stok minyak dan gas asli kita bakal mengalamai kepupusan kerana stoknya hanya sedikit di bumi kita berbanding pengeluar minyak utama dunia seperti Kuwit, Iran, Saudi Arabia, UEA dan Venezuela. Semua kita tidak pasti dengan keadaan ini. Yang pasti hanyalah Allah SWT.Beberpa waktu yang lampau, kita sedang giat dengan teknologi menghasil “bio-fuel” sebagai bahan gantian (subtitute) kepada minyak. Ada penyataan bahawa kos menghasilkannya juga tinggi dan kita terperangkap dengan idea itu bagai hangat-hangat tahi ayam.
Barangkali usaha menghasilkan tenaga nukliar seperti usaha Republik Iran perlu kita pelajari dan ambil tauladan?.Kenaikan harga minyak global sememangnya menguntungkan kita sebagai pengeluar dan pengekspot. Apakah kita tidak mampu mengawal harga bahan bakar dalam Negara kita sendiri sebagai pengeluar dan pengekspot sementara kita menikmati keuntungan hasil dari kenaikan harga bahan bakar dunia tersebut?. Kenapa kita menaikkan harganya dengan drastik?.

Kalau India dapat mengawal harga beras tempatannya telah mampu menaikkan harga ekspot berasnya sehingga 50%, kenapa Malaysia dalam konteks bahan api tidak mampu berbuat demikian?

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)