Wednesday, August 20, 2008

Ahli politik kanan Sabah disiasat BPR

DARI BERITA HARIAN ONLINE.
Ahli politik kanan Sabah disiasat BPR
23 laporan dakwaan rasuah RM60 juta


KUALA LUMPUR: Seorang lagi ahli politik kanan Sabah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan hampir RM60 juta. Siasatan terhadap pemimpin itu yang juga bekas pengerusi sebuah syarikat pemaju perumahan, dimulakan selepas BPR Sabah menerima 23 laporan daripada ketua cawangan sebuah parti politik, bulan lalu.

Menurut sumber, BPR Sabah merampas fail dan dokumen dari syarikat itu, baru-baru ini dan mengambil keterangan daripada beberapa pegawai kanan syarikat berkenaan untuk membantu siasatan. Difahamkan, pemimpin berusia 48 tahun itu mempengaruhi dan merasuah beberapa anggota Lembaga Pengarah syarikat pemaju perumahan itu bagi mendapatkan projek perumahan untuk syarikat pembinaan miliknya.

Kebanyakan projek yang diperoleh ahli politik itu juga dikatakan tidak disiapkan mengikut jadual. Pemimpin itu turut didakwa menggunakan kuasanya untuk memberikan kontrak kecil kepada proksinya, termasuk beberapa ahli politik kanan. Sebagai balasan, dia didakwa menerima berjuta ringgit sebagai suapan. Pengadu dalam kes itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, memberitahu Bernama beliau menghantar surat rasmi kepada Majlis Tertinggi parti ahli politik itu untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pemimpin terbabit.

"Dalam surat itu, saya dengan jelas menyatakan kesalahan yang telah dilakukan. Saya harap BPR akan menjalankan siasatan yang adil terhadap kesalahan yang dilakukannya sejak 2004." katanya.

Zul berkata, beliau juga membuat laporan di Balai Polis Semporna awal bulan lalu mengenai perkara itu. Difahamkan, pengadu juga membuat akuan bersumpah di Mahkamah Majistret Semporna, bulan lalu, berhubung laporannya itu. Sementara itu, Pengarah BPR Sabah, Latifah Mohd Yatim ketika dihubungi Berita Harian petang semalam, enggan mengulas laporan berkenaan.

"Saya tak mahu kata apa-apa," katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, turut dilaporkan disiasat BPR berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa, pemalsuan dan rasuah bagi mendapat tiga kontrak bernilai RM40 juta di Labuan. Yussof yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Labuan bagaimanapun mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah dan segala tuduhan terhadapnya mempunyai agenda politik.

Selain Yussof, BPR juga dilaporkan menyoal siasat seorang Ketua Umno Bahagian bergelar datuk dan setiausaha bahagian itu berhubung dakwaan terbabit dalam politik wang. Kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan menyogok beberapa pemimpin Umno cawangan sebanyak RM1,500 seorang bagi mendapatkan pencalonan menjelang pemilihan bahagian itu, Oktober ini

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)