Wednesday, August 20, 2008

SIAPA BELOT?

YB. Teresa Kok telah diberi amaran Oleh Jeffrey supaya tidak mencampuri hal ehwal politik Sabah di ambang PRU12. Kenapa Jeffrey campurtangan hal ehwal politik Pulau Pinang khasnya di Permatang Pauh?

BERITA HARIAN ONLINE

Masyarakat Permatang Pauh tidak kenal siapa Jeffrey Kitingan secara dekat. Apa yang dibebelkannya di Permatang Pauh sedikitpun tidak akan mengguggat atau mengubah pendirian pengundi di situ yang majoritinya sudahpun membuat keputusan untuk mengundi Parti pilihan mereka. Beliau sekadar tunjuk muka pada DSAI untuk angkat kaki.

Memberikan peluang Jeffrey untuk berceramah di Permatang Pauh hanyalah sekadar membiarkan Burung Tiung berkata-kata. Namun apa yang dikatakannya, dia sendiri tidak memahaminya walau sebutannya mudah difahami manusia biasa. Jeffrey akan hanya berkata mengulangi kata-kata Anwar. Malah, terlalu jauh kurangnya dari kredibiliti kata-kata Anwar.

Anehnya Jeffrey mendakwa 15 MP BN Sabah bakal belot. Kalau MP yang 15 itu sama rapuhnya pendirian politik mereka dengan Jeffrey, itu barangkali benar. Malangnya berbeza macam langit dan bumi, menyebabkan saya berkata Jeffrey berbohong di Tanah Permatang Pauh. Maknanya kalau yang 15 itu macam Jeffrey mestilah mereka belot. Sikap pembelot Jeffrey tidak dapat dihakis dalam lipatan sejarah politik Sabah dan tanahair.

Dalam rekod dan lipatan sejarah politik Sabah, Jeffrey membelot kepada PBS, parti yang diketuai abang kandungnya sendiri sebanyak 2 kali. Dia telah mengetuai 4 pemimpin kanan PBS menyertai AKAR sedikit masa yang lampau. Selepas itu berlaku krisis kepimpinan dalaman AKAR angkara Jeffrey yang berkemahuan ultra menjadi Presiden AKAR, namun dia tidak mendapat sokongan AMT AKAR dan kalah kepada Pandikar Amin.

Dia kembali kepada PBS selepas kecundang dalam AKAR.. Namun membelot lagi kepada PBS dengan membawa seramai 7 ADUN PBS menyertai PBRS. Pairin dan pemimpin-pemimpin PBS, benar-benar marah dengan tindakan Jeffrey. Dia membelot kepada PBS buat kali kedua.

Kemudian, Jeffrey, dalam masa yang sengkat dalam PBRS, membelot lagi kepada PBRS-Parti Bersatu Rakyat Sabah dengan mempengaruhi ADUN yang dibawanya ke dalam PBRS untuk menumbangkan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup. Namun sokongan kepada PBRS oleh pemimpin yang benar-benar setia kepada parti itu menghampakan Jeffry. Lalu Jeffreypun meninggaklan PBRS menjadi YB Bebas.

Akhir sekali, Jeffrey hampir berjaya memerangkap dan memperdaya UMNO satu kali setelah mengistyiharkan diri sebagai ahli UMNO di Bahagian Pedalaman tanpa kelulusan UMNO Negeri.

Dalam pilihanraya ke 12, Jeffrey membelot kepada DAP dengan memberi amaran kepada Teresa Kok, MP Seputih kini, supaya tidak mencampuri hal ehwal politik Sabah. Tindakan Jeffrey itu membuatkan pertandingan sesama sendiri antara DAP dan KeADILan di Sabah semasa PRU12 yang lalu. Keputusan PRU 12 di Sabah; PKR dapat 0 kerusi dan DAP 1 ADUN dan 1 Parliment. Keputusan itu mungkin tidak seburuk itu kiranya sikap Jeffry tidak “bossy” dan membelot kepada perjuangan asas PR.

Bukti temptasi Jeffrey bakal membelot didedahkan Mantan Setiausaha Politiknya, Kanul Gindul yang meninggalkan Jeffrey dan perjuangan PKR pada saat-saat genting yakni semasa sehari dua penamaan calon PRU12. Kanul mendakwa dia rasa teraniayah oleh tindakan Jeffrey bermain sendiwara politik. Dia menuduh Jeffry bagai pembelot. Kanul hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR.

Jeffrey juga pada hakikatnya telahpun membelot kepada PKR sendiri dengan berusaha untuk menjatuhkan Tuan Haji Ansari Abdullah sebagai Ketua Perhubungan PKR, Sabah. Dia sebenarnya telah berusaha seupaya AJK Perhubungan Sabah mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Ketua Perhubungannya. Dengan demikian mereka akan membuat resolusi mengenepikan Tuan Haji Ansari Abdullah dan menggantikannya dengan Jeffrey. Namun, perencanaan Jeffrey itu gagal.

Now, katakan kepada rakyat Permatang Pauh. Siapa sebenarnya pembelot...? Tanyalah dia siapa-siapa 15 MP BN yang belot itu? Bung Mokhtar dan Shafie Afdal sudah menjawabnya. Atau barang kali ada di kalangan orang BN yang ingin menyertai perjuangan Anwar itu berubah hala lantaran dakwaan jeffrey bahawa mereka adalah "pembelot" atau perjuangan mereka tambah membara dengan jolokan Jeffrey...."..bahawa mereka adalah pembelot"- kena saya yakin dengan penyertaan mereka (jika ada), Datuk Dr. Gapari Kitingan @ Jefferey pasti akan tersingkir lagi dari kepimpinan PKR.

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)