OLEH: Nyza Ayob
Sehubungan itu, umat Islam yang pritahin untuk mempertahankan kesucian Islam diajak beramai-ramai membuat bantahan secara aman terhadap Majlis Peguam mulai jam 8 pagi esok.
Koordinator Majlis Bertindak Mempertahankan Akidah dan Syariah Islam, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya forum mengenai isu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal memeluk Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu.
"Kami mengingatkan agar Majlis Peguam jangan cuba bermain dengan api. Isu hal ehwal Islam adalah isu sangat sensitif kepada umat Islam.
MORE....
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016275&Itemid=85
******************************************************************************
DEMONSTRASI
Buat saudara-saudara rakyat Malaysia sekalian,
Kita merdeka dengan kemerdekaan yang "luxury" kerana kita bersatu padu. Kita harus menentang sebarang usaha yang berunsurkan, meniupkan semangat saling meragui antara satu dengan yang lain dan menganjurkan perpecahan yang mengancam keharmonian dan tatasusila yang kita bena atas nama kemerdekaan. Kita terkenal di merata dunia kerana kita bersatu padu atas dasar tolerasi yang kukuh. Mengoncang semangat tolerasi bermakna kata mengancam kemerdekaan walau atas dasar apa dan alasan sekalipun. Peristiwa malang di dunia seperti di Bosnia Hezagovina dan Palestine sepatutnya mengajar kita untuk lebih bijaksana dari mengambil kesempatan "menanguk di air yang keruh"
Beginilah masyakarat dan bangsa kita dipandang, dilihat, dianggap, dilayan dan sebagainya bila keadaan kita berpecah belah. beginilah nasib kita bila kita sendiri memiliki kerajaan yang lemah dan tidak stabil. Kita akan menerima layanan yang seperti ini, malah lebih buruk dari ini bila kita terus berpecah-belah atau terpaksa mengampu, merayu, mengemis sokongan golongan yang "menarik harga mereka". Bila mereka merasakan kita tersepit, kita diberi syarat yang bakal mengancam masa depan kita dan rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian untuk membantu sebelum melepaskan kita dari tersepit...
Zaman penjajahan dahulu, pemerintah tidak mencampuri urusan adat istiadat dan agama kita. Kenapa kini rakyat kita sendiri harus mencampurinya atas nama demokrasi dan kebebasan yang tak serasi dengan bumi tempat kita berpijak, bumi kita, tanah tumpah darah kita?.
Dari sudut persahabatan sejati dan setiakawan "susah senang kita hadapi bersama, kita harungi bersama". Tetapi, bila kita susah, mereka seolah-olah mencabar, mencebir bibir dan memandag kita dengan sinis bagai menghina. Ini adalah tanda kesetiaan yang palsu.
Tetapi bila kita bersatu, teguh dan kuat, pastinya mereka akan mengampu dan mula membenarkan, dan mengiakan tindakan tanduk kita walau di lubuk hati mereka menggunung cacian yang busuk.
Datanglah berdemo sebagai permulaan kepada process penyatuan kita semula. Saya menyokong kerana saya cintakan harmoni dan kemerdekaan. Kalau saya menghasut datanglah dengan gari, garilah tangan dan kaki saya, saya sudah rela dan pasrah. Inilah pendirian saya untuk agama, nusa dan bangsa tercinta.
READ MORE.....
No comments:
Post a Comment