Wednesday, August 20, 2008

PEMILIHAN AJK BAHAGIAN UMNO; Pengukuhan dan Perbalahan Dalam Parti.

Semuapun tahu bahawa UMNO berada dalam era krisis. UMNO seperti telur di hujung tanduk. Barisan Nasional yang kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen Malaysia selepas PRU 12 yang lalu, lebih banyak dipertanggungjawabkan bulat-bulat kepada UMNO sebagai tunjang BN. Setiap kali ada tomahan dan kritikan terhadap kerajaan, UMNOlah yang menjadi sasaran. Semua serba-serbi, bagaikan salah UMNO. Kesedaran kita perlu melewati tingginya Gunung Kinabalu bahawa UMNO diancam kematian kerana semangat ahli-ahlinya yang mengalami sindrom "pudar" kalau bukan ED-Erectile Dysfunction yang memerlukan banyak meminum "sariamah" atau Tongkat Ali.

Sejarah perjuangan UMNO membebaskan Negara dari gagasan Malayan Union bagaikan terpadam dalam ingatan para pengkritik atau sememangnya mereka tidak lagi perlu menghargai sejarah dalam mengejar keganasan globalisasi dan pacuan teknologi maklumat yang mengganas. Sejarah rintih pedih pejuang-pejuang kemerdekaan negara telah jauh dihanyutkan oleh keghairahan menagih kuasa, membuat tuntutan demi tuntutan dalam membina segunung hak-hak yang belum tentu bakal mereka miliki dengan mutlak. Mereka hanya berusaha meragutnya sambil menghayun buaian dan "hypnotise" rakyat.

Lihat saja blog-blog, youtube dan para demonstrasi jalanan. Mereka membadai negara sendiri. Mereka membedal harta benda awam. Seakan mabuk tuntutan; kecanduan sehingga alpa dan terlupa negara Malaysia, bumi mereka berpijak adalah juga bumi kita. Merekalah yang pasrahkan negaranya dipandang rendah, remeh oleh negara lain dan asing tertentu. Merekalah yang menggadaikan kedaulatan. Tanpa kita, sebilangan rakyat negara ini merasa terkilan, tanpa patriotisma yang patriotik, tanpa nasionalisma yang nasionalis sudah pasti negara kita akan terapung di awang-awangan. bakal jatuh dan remuk di mana dan bagaimana.
Baca juga yang ini...
http://anginperubahan.blogspot.com/2008/09/nizar-bersedekah-lagi.html
Mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan. Seakan 16 September, 2008 adalah pagi esok yang segala-galanya. Seakan mereka dan sebilangan kita menderita sindrom ilusinasi di tahap melewati puncak Everest. Lalu mabuk tanpa menhiraukan semangat harmoni, integrasi kaum, muhibbah dan maruah bangsa rakyat Malaysia. Malah mereka melihat perpaduan di kacamata kerajaan sebagai basi dan menjijikkan sedang keteguhan dan paksi perpaduan yang mereka canangkan terlalu rapuh dan diselaputi mendung tebal dan hitam tanpa “silver lining”. Lalu gelanggang perpaduan kerajaan dimasyurkan mereka sebagai “colesium para barbarian”

Inilah yang menjadi ujian dan cabaran kepada UMNO dan para pendokong perjuangannya. Sesungguhnya pada kala inilah perjuangan pejuang dan kesetiaan yang setia harus dijelmakan. Jadikan ia sebagai wajib yang diamanahkan di tangan kita. Obor yang dinyalakan sejak 1946 tak akan padam oleh ketamakan kuasa.

Ayuh kita biarkan para politikus bankrup kerana amalan politik wang mereka dalam menggengam kuasa. Kita perlu bebaskan ayam-ayam di reban yang bakal dilepaskan menjelang pengundian pemilihan AJK Bahagian UMNO. Tuan-tuannya adalah petualang dan musuh kita yang nyata. Mereka akan jadi pengamal rasuah yang dihalalkan dengan membabi buta. Kita dan generasi kita akan menjadi mangsa. Kita pasti rugi bila kita bisa dikaburi habuan jangka pendik sebagai bekalan bersalut racun untuk anak kita dan generasi kita yang tiada berdosa.

Kita akan gantikan mereka dengan Wira seperti Ghandi yang meninggalkan memewahan duniawi demi bangsa, agama dan tanahair. Kita cari wira seperti J.F. Kennedy yang tidak akan bertanya apa yang negara sumbangkan untuk dirinya, tetapi apa yang dia sumbangkan untuk negaranya.

Kita harus berjaya meletakkan kebenaran di mahkotanya. Pemilihan dalam UMNO telah sekian lama menjadi nadi bagi pengukuhan dan keutuhan Parti. Perbalahan sudah menjadi kelaziman dalam UMNO. Namun semuanya bagai cari-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Kita harus menyedari dengan sesungguhnya sedar bahawa berpatah arang dan berkerat rotan dalam UMNO adalah amalan sesat yang bermatlamatkan ketamakan kuasa dan habuan. Kuasa untuk berperang menguasai institusi bagi kepentingan peribadi seperti kata Howard Thurman: “During times of war, hatred becomes quite respectable, even though it has to masquerade often under the guise of patriotism”. Tetapi kita tidak berbunuh-bunuhan. Kita tidak mengorbankan patriotsma. Kita ingin mengukuhkan parti UMNO. Andainya ini matlamat kita, maka kita wajib mengekang hawa nafsu kita dengan memelihara kemerdekaan kita agar kita berjaya menafikan dan membunuh hawa nafsu pemimpin yang ketagih rasuah.

Tangan-tangan emas hanya akan bisa kita cairkan dengan memelihara kemerdekaan kita yang merdeka. Bila kita benar-benar bijaksana, perbalahan dalaman para pemimpin UMNO hanyalah suara sumbang yang memekakkan telinga. Tetapi bila kita kalah memerangi hawa nafsu dengan memperdagangkan kemerdekaan milik kita, kita akan menerima natijah. Anak-anak bangsa kita akan ditimpa malapetaka. Barangkali Tsunami. Lalu di pinggir jalan menuju dewan pemilihan pemimpin kepimpinan UMNO kita mulai meliuri habuan. Menghitungnya. Lalu kita menganggapnya sebagai subsidi sebagai mendustai diri kita, terlalu kerdil, menghalalkan yang haram. Menganggap kedurjanaan sebagai amalam kebajikan. Maka sesungguhnya kita bakal kehilang maruh, menjadi pengemis yang bakal kehilangan harta hak miliknya, bangsanya dan agamanya. Akhirnya anak-anak kita kehilangan tanah tumpah darahnya.

PEMILIHAN AJK BAHAGIAN UMNO: Antara Pengukuhan dan Perbalahan Dalaman Parti adalah satu budaya saban zamannya. Ianya bukan sesuatu yang ganjil. Jadi bila seseorang menganjur perbalahan kerana menginginkan kuasa, kita, para pewakilan, para ilmuan, harus bisa jadi jauhari yang menegakkan panji-panji kemerdekaan yang dicipta para pejuang UMNO, para wira nusa. Kita juga pejuang. Kita tidak perlu berpura-pura untuk tidak mengenali perbezaan. Kalau tidak, kita sebenarnya tidak berhak menyesal....

Merdeka.
Merdeka
Merdeka

Hidup Bangsaku
Hidup agamaku
Hidup Malaysiaku.

Read More.........

RASUAH DALAM UMNOhttp://test.chedet.com/che_det/2008/08/rasuah-dalam-umno.html#more

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)