Wednesday, August 13, 2008

YB LABUAN MENGAKU DI SIASAT KES RASUAH. (Note: Innocent until proven guilty)

Berita Harian Oline
YB Labuan mengaku disiasat kes rasuah
Oleh Suzianah Jiffar

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, semalam mengaku beliau individu yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa, pemalsuan dan rasuah bagi mendapat tiga kontrak bernilai RM40 juta di Labuan. Beliau membuat pengakuan itu selepas akhbar, semalam, menyiarkan laporan siasatan BPR terhadap seorang ahli politik Sabah. Menerusi kenyataan dua muka surat dihantar melalui faksimile kepada Berita Harian, semalam, beliau yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Labuan mendakwa menjadi mangsa fitnah dan segala tuduhan terhadapnya mempunyai agenda politik.


“Saya berasa terpanggil sebagai orang yang dimaksudkan untuk memberi penjelasan bagi membersihkan nama baik saya. “Ini adalah agenda politik kerana dibangkitkan pada saat-saat pemilihan bahagian kerana saya menawarkan diri untuk jawatan ketua bahagian,” katanya. Yussof mendakwa memperoleh dua projek iaitu pembinaan pasar bernilai RM24.8 juta daripada Perbadanan Labuan dan sekolah berharga RM10.5 juta daripada Kementerian Pelajaran secara tender terbuka selepas syarikatnya menawarkan harga terendah.


Beliau berkata, dakwaan kononnya beliau memalsukan dokumen untuk mendapat pinjaman bank adalah fitnah semata-mata. “Kita sepatutnya menerima hakikat bank mempunyai kakitangan profesional dan terlatih, oleh itu mustahil pihak bank gagal mengesan dokumen yang tulen dengan palsu. “Mereka yang menabur fitnah perlu dibawa ke muka pengadilan dan saya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat," katanya. Yussof turut membuat penjelasan mengenai seorang kontraktor kecil Bumiputera yang terpaksa ditamatkan kontrak kerana gagal melaksanakan kerja selepas diberi notis tiga kali.


Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu berkata, akan membawa perkara itu ke pihak atasan untuk disiasat kerana ia mempunyai unsur konspirasi bagi menjatuhkannya. “Bagi mereka yang menganggap ‘ugutan’ ini akan melemahkan perjuangan saya dan rakan-rakan... mereka silap. “Malah, ia menguatkan semangat saya dan rakan memperjuangkan nasib ahli Umno serta rakyat Labuan,” katanya.

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)