Saturday, August 23, 2008

PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN: POLITIK WANG, PERCAKARAN DAN PENGORBANAN

DARI BLOG SENJALIZA
Bahagian i.
UMNO: Dulu, kini dan selamanya.
Selepas PRU 12, UMNO berada pada tahap yang kritikal. Tanpa Sabah, tanpa Sarawak, Kerajaan Persekutuan telahpun jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di Tanah Melayu sudah pasti jadi pembangkang.Dalam keadaan kritikal, gagasan Dato Seri Anwar Ibrahim melalui gabungan tiga parti menjadi Pakatan Rakyat, tetap mengancam Barisan Nasional yang terbentuk oleh 14 komponen parti.
Congak 140 VS 82 yang digunakan Anwar masih terus menjadi senjata ilusinasi yang mampu melumpukan dan melunturkan semangat sesetengah pemimpin BN. Contoh yang amat ketara ialah Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, bekas Ahli Parlimen Klang; MCA Semporna Division Chief Datuk Thien Kok Poh yang diberitakan telah mengepalai 100 ahli MCA meninggalkan MCA, Dato Fauzi Abdul Rahman yang meninggalkan perjuangannya dalam UMNO dan menyertai keadilan. Dan beberapa lagi yang tidak manis dikenang dan tidak indah menghiasi ruang ini.
Usia Barisan Nasional telah menjangkau 35 tahun setelah mewarisi perjuangan dari Parti Perikatan dalam tahun 1973. Sejak itu UMNO telahpun menjadi tulang belakang Barisan Nasional. Secara tradisi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kontrak sosial yang diterima rakyat Malaysia.Sehingga PRU11, ternyata UMNO unggul, walaupun pernah melalui beberapa siri krisis dalaman. Semuanya berkisar dan bergolak sambil berbaur politik wang, percakaran dan pengorbanan. Dua perkataan yang hodoh, satu sahaja yang indah, namun UMNO masih sebagai tulang belakang Barisan Nasional. Sebagai parti tulang Belakang, ianya menjadi “punching bag”, sasaran cemuhan, dan ancaman apakala sesuatu kepincangan berlaku dalam Barisan Nasional; apabila berlaku penyelewengan dan salah laku seseorang pemimpin tertentu dalam UMNO dan BN, UMNO yang menerima padahnya. Seolah-olah ianya salah UMNO, seolah-olah kita tidak dapat membezakan antara Islam dan Terrorisma.
Begitulah anggapan dan tanggapan terhadap UMNO secara am.“Dulu, Kini dan Selamanya” hampir menjadi slogan yang pudar masakini. UMNO dulu bukanlah UMNO kini dan kewujudanya untuk selamanya menjadi persoalan yang dimomok-momok di dada media massa. Politik Wang, Percakaran dan Pengorbanan semakin menjadi amalan yang normal. Semakin menjadi darah daging dalam UMNO. Malah istilah “membunuh atau dibunuh” semakin menjadi praktis yang dihalalkan dalam UMNO akhir-akhir ini.
Tun Mahathir dan Isa Samad adalah contoh mangsa politik wang, Anwar Ibrahim dan Tengu Razaleigh Hamzah adalah dua individu yang menjadi mangsa percakaran politik dalam UMNO. Manakala Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said adalah antara contoh pemimpin yang menjadi “mangsa” politik kerana “pengorbanan”.

Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said Keruak.
Pengorbanan apa lagi yang perlu dipikulkan di bahunya?

Bahagian ii
Pengorbanan Salleh Said Keruak

PRU 10, dalam rekod, Salleh adalah Ketua Menteri Sabah yang kedua setelah kemasukan UMNO ke Sabah. Dia juga adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah masa itu. Dia terpaksa berkorban mengosongkan jawatan Ketua Menteri kerana Sistem Penggiliran Jawatan Ketua Menteri terpaksa dikuatkuasakan. Bererti dia juga terpaksa selanjutnya mengosongkan Jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Pada masa itu, dia masih ADUN N.8-Usukan dan MP. P148 (kini P.169)-Kota Belud.

Beliau juga telah berkorban dengan memberi laluan kepada Datuk Japlin Akim, Ketua Pemuda UMNO Sabah, yang mengambil alih DUN.N.8-Usukan dan tinggallah MP-Kota Belud di tangannya.Selepas PRU 11, Keinginan Salleh untuk membentuk pasukan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud yang teguh, menyebabkan dia menawarkan Datuk Haji Musbah untuk memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Dengan demikian dia dapat menumpukan perhatian penuh ke atas tanggungjawab dan peranannya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam pemilihan UMNO Bahagian beliau mengotakan katanya dengan berkorban memberi laluan kepada Musbah untuk Menjadi Ketua UMNO Bahagian. Bagainanapun pada masa itu Musbah mendapat tentangan daripada Datuk Haji Yahya Lampong yang ingin mencuri peluang “di padang permainan Musbah” setelah Salleh tidak bertanding seperti dijanjikannya.PRU 12 menyaksikan satu lagi pengorbanan Salleh. Dia bersama-sama Pandikar Amin Mulia digugurkan sebagai calon BN P.169-Kota Belud dan DUN-N.6-Tempasuk.

Pengorbannnya tidak terhenti di situ. Dia dan Pandikar Amin Mulia, juga berkorban, masih mengangkat tangan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan DatukHaji Musbah dan bertekad memenangkan mereka di kawasan yang mereka tandingi, kawasan yang bagai dirampas dari Salleh dan Pandikar. Ternyata, DARD menang Kerusi Parliment P.169-Kota Belud. Musbah juga menang di N.6-Tempasuk.

Pandikar dilantik Speaker; Salleh tidak di lantik apa-apa. Mantan Ketua Menteri, Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Mantan Ahli Parlimen Kota Belud, Mantan ADUN Usukan dan Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak, hanya dilantik semula sebagai Penasihat Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PBPPPM) cawangan Sabah bagi penggal 2008-2010 oleh ahli Jawatankuasa Badan itu. BUKAN juga dilantik Yang Berhormat Senator, tetapi Presiden USBO-United Sabah Bajau Organisation, yang menjadi faktor penentu jatuh bangunnya UMNO di Sabah.Pengorbanan apa lagi yang mahu dipikulkan di bahu Salleh Tun Said?.Pemilihan UMNO Bahagian Kota Belud, menjelang Oktober, 2008, ini memperlihatkan ada usaha untuk mengorbankan karier politik Salleh yang telah banyak berkorban.

Sesetengah pemerhati politik menyatakan "verdic" mereka bahawa “enough is enough”. UMNO Kota Belud sudah terlalu sarat mengandungkan masalah setelah ketiadaan Salleh untuk memimpinnya. Salleh mesti kembali dan dikembalikan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.Majoriti masyarakat Kota Belud merasakan bahawa adalah lebih wajar Musbah membayar hutangnya. Wajar membayar dan mengenang budi atas pengorbanan Salleh. Salleh bertanggungjawab merintis jalan ke puncak bagi Musbah menggapai kedudukannya kini. Sepatutnya Musbah menghampar permaidani dan menabur beras kuning menjemput Salleh menaiki taktha Ketua UMNO Bahagian Kota Belud tanpa ditandingi. Musbah boleh meneruskan jawatanya sebagai ADUN N. Tempasuk dengan aman.Dengan rasa puas dan bangga, Musbah akan jadi tauladan dan pemimpin contoh yang tahu membalas pengorbanan.Tahu membalas dan mengenang budi. Bukan sahaja di Sabah malah seluruh negara. Namanya akan menjadi sebutan. Semua Bahagian UMNO di Malaysia akan menyebut nama Datuk Haji Musbah bin Haji Jamli, seorang pemimpin UMNO yang tahu menghargai erti pengorbanan yang menjadi pemimpin contoh. Dia adalah ADUN N.6-Tempasuk yang bakal sukar digugat kiranya benar dia juga “berkorban” dan kiranya benar dia tahu menghargai pengorbanan.

Seandainya dia membutakan matanya, memekakkan telinganya dengan meneruskan api penjuangannya, dengan hanya mendengar bisikan suara yang rakus; tanpa memperdulikan erti dan makna sebuah pengorbanan, dia sesungguhnya berhadapan dengan risiko yang maha besar. Kiranya dia membiarkan dirinya diperalat pemimpin tertentu yang tidak ikhlas dalam membela nasib dan masa depan anak-anak dan masyarakat Kota Belud, dia akan menerima natijah dan padahnya.

Rata-rata perwakilan sudah mula bijaksana dan menunjukkan kematangan yang matang. Mereka sudah tidak mampu melayan soal titik-bengik. Kematangan mereka sudah mendesak keinginan naluri mereka untuk sebuah perubahan. Suara mereka sudah mula kedengaran. Wang ringgit bukan lagi menjadi sandaran dan ukuran.

Percakaran sudah membosankan. Sudah jelas di hadapan mata mereka. Politik wang dan percakaran akan meninggalkan titik-titik noda yang hitam yang amat sukar untuk dilupakan; sukar dipadam. Pengorbanan jua yang tetap menjadi paksi unggul yang sukar untuk ditumbangkan; sukar untuk dinafikan.

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)