Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Sunday, February 14, 2010

DATUK ZAHARIN MD HASHIM BERPATAH ARANG.

 
Datuk Zaharin Mohamad Hashim berpatah arang dengan PKR. Dia menggunakan haknya. Apapun orang lain kata mengenai haknya, sudah tidak bernilai di sudut hak asasi.
 
Sebelum Zaharin, Fairus juga tidak disenangi LGE yang membawa Fairus hilang dalam senarai pimpinan Kerajaan Pulau Pinang. Apakah yang menggantika Fairus rasa selesa bekerajaan dengan LGE?

Dengan tegas dan resmi Datuk Zaharin Mohamad Hashim meninggalkan PKR, menggunakan letterhead resminya dan menyatakan sebab-sebab dia meletakkan jawatan. Alasan jelas yang dapat diterima umum ialah dia sudah lama memendam rasa tidak puasa hati terhadap kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bila Zaharin meninggalkan PKR, dia tidak sedikitpun melakukan jenayah. Dia benar-benar bersedia bertanggungjawab ke atas keputusannya dan alasannya meletakkan jawatan. Satu demi satu dibariskannya dengan resmi. Jika ada pihak yang mahu menggunakan evidence mengenai alasannya boleh menggunakan alasan resmi itu anytime, anywhere.

Buka sekali LGE tidak menyenangi kepimpinan PKR. Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terdahulu, Mohammad Fairus Khairuddin jua tidak disenangi LGE dan Fairus juga tidak semestinya menyenangi cara mempimpin LGE. Akibatnya Fairus terpadam dalam senarai pimpinan LGE di Pulau Pinang. Fairus hanyalah mentimun.

Zaharin, sebagai mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dan sumbangannya tidak mudah dinafikan. Janganlah kerana dia meninggalkan PKR maka segala struggle nya menaikkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dipandang terlalu sepi. Umum melihat kepergiannya meninggalkan kesan yang besar terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat dan PKR dan PKR Pulau Pinang khususnya. Jika dia kurang dan silap, masakan fellow MP PKR seperti Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng memberi sokongan kepadanya dengan mengatakan LGE pemimpin yang tiada kelas dan berat sebelah.

Ura-ura yang mengatakan lebih ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat khasnya PKR akan mengikuti jejak Zahari, menunjukkan penurunan sokongan terhadap PKR. Tindakan Zaharin plus Sodomi II yang sedang dibawa ke muka pengadilan, seakan menyepikan suara PKR yang suatu ketika terlalu mencanang dan menjadi eko dalam suara politik Malaysia. Kini sepi seolah-olah telah kematian semangat. Ura-ura kematian PKR sedang berlegar di dunia cyber. Norma dan style PKR yang agresif dan offensive sukar di fine tune menjadi lebih bertoleransi dan berlemah lembut. Oleh itu bila berlaku pertembungan, ianya mudah meledak dan perpecahan berlaku dengan tiba-tiba dna hampit tidak diduga.

PAS yang sebelum ini menjadi "back up singer" kepada nyanyian Pakatan Rakyat dan PKR telah menghentikaan penyertaannya. PAS sudah menyedari bahawa asas kekuatan partinya ialah ideologi, BUKAN sentimen semata-mata. Sebarang kegelinciran PAS dari ideologi akan membawa padah pada partinya. Oleh itu langkah mengelak dari terjerumus dalam persengkataan dan kemelut PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, PAS menutup mikrophonenya.

PAS memiliki penyokong yang mantap dengan induktrinasi dan pegangan ideologi PAS. PKR tidak memiliki semua ini menyebabkan PKR terlalu vulnerable terhadap ancaman Tsumani Politik. PKR adalah penyambung DAP-PAS terutama DSAI. Dalam kesibukan DSAI menghadapi Sodomi II, Pakatan Rakyat menjadi kucar-kacir. Seolah-olah tanpa DSAI PR akan tenggelam. Bilakah akan reda Tsunami yang melanda PR ini? Atau ia bakal tidak lagi reda kerana kelihatan DAP semakin menguatkan persediaannya secara sendiri-sendiri dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Keadaan seperti inilah yang menjadi Berita Utama dalam dunia cyber sambil mengetengahkan persoalan: Apakah pakatan Rakyat akan surcive sehingga PRU 13.

Mungkin Zaharin, Mungkin Tang Tee Beng, mungkin YB Zulkiflee Noordin MP Kulim Bandar Baharu, mungkin mantan SUA PKR, Mungkin Bendahari PKR atau mereka semua tahu bahawa sesuatu yang lebih hebat melanda PKR. Kita hanya mampu berteka teki. Namun, jika gambaran bahawa kapal PKR bakal tenggelam, samada PAS atau DAP tidak mungkin akan dapat membantu lagi. begitupun, PKR tidak lagi berupaya sebagai penyambung DAP-PAS.

Ke manakah Zaid Ibrahim, sebagai Pengerusi Penaja, akan membawa Pakatan Rakyat Malaysia?

Apakah ini message yang ingin disampaikan oleh Datuk Zaharin Mohamad Hashim untuk seluruh Rakyat Malaysia sehingga dia sanggup berpatah arang?

Saturday, September 26, 2009

PAS PERLU MERDEKA DARI PAKATAN?


Bila Dr. Hassan Ali didesak rakan dalam Pakatan Rakyat untuk berundur atau "toe the line" tidak terdapat rakan-rakan lain dalam PAS bangun untuk membelanya. Mereka seolah-olah lebih sayang DAP dari Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Atau barangkali mereka lebih sayang "jawatan yang memberi mereka kuasa".

Saya lihat, sudah masanya PAS "merdeka" samada di luar atau di dalam PR. Akhir-akhir ini sudah "lebih" semakin jelas menampakkan bahawa PAS lebih diperguna pihak lain dan semakin kehilangan kemerdekaanya.

Berikut adalah penyataan yang jelas menampakkan kemerdekaan PAS dalam PR semakin pudar. Ikutilah..

Terpulang pemimpin Pakatan Rakyat desak Hasan Ali undur: Dr M

BANTING: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada pemimpin Pakatan Rakyat sama ada mahu terus mendesak Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meninggalkan pakatan itu jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
.
"Kalau tak boleh pakat, macam mana nak ada pakatan? Dia kena pakat," katanya ketika ditanya mengenai desakan supaya Hasan berundur dari Pakatan Rakyat berikutan kritikannya terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
.
Dr Mahathir menegaskan masalah pembangkang yang memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ialah mereka hanya menjalinkan kerjasama bersandarkan pakatan, iaitu ikatan tidak rasmi. "Bagi orang Melayu kalau dia pakat, selalunya pakatan nak buat benda tak baik. Begitulah Pakatan (Rakyat). Setiap mereka ada haluan berbeza. Malangnya, pembangkang bukan pilihan. "Jadi, adalah satu bencana bagi negara jika pembangkang memenangi (pilihan raya umum) dan membentuk kerajaan. Mereka tidak akan mentadbir negara tetapi akan berbalah antara satu sama lain.
.
"Pas berbalah dengan DAP... DAP berbalah dengan PKR. Mereka tidak ada idea langsung untuk mentadbir kerajaan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama kepada warga kerja NGV Tech Sdn Bhd di Teluk Panglima Garang, di sini semalam.
.
Ditanya kemungkinan Umno menerima Hasan jika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu meninggalkan Pakatan Rakyat, Dr Mahathir berkata: "Tidak, bukan Hasan Ali. Saya ada pengalaman dengan lelaki ini.
.
"Kerajaan sudah belanja RM1 juta untuk dia dapatkan ijazah kedoktoran (PhD), selepas itu dia membangkang kerajaan. Di negara ini, ahli politik tidak pernah tahu untuk berterima kasih."

Baca juga ...
http://depa-kata.blogspot.com/2009/09/ribut-yang-tak-akan-berakhir.html

Friday, September 18, 2009

"NOUK NOUK SINAPAD"


“Nuok nuok Siapad”. Begitulah yang dapat digambarkan bila MP (PKR) Wangsa Maju, Wee Choo Keong melahirkan kesediaannya mendedahkan EXCO Kerajaan Selangor yang mempunyai pertalian dan hubungan dengan beberapa individu yang menjalankan kegiatan haram, jenayah atau “underworld activities”. Namun sejak mengeluarkan kenyataan itu berbulan yang lalu, setakat ini Wee belum juga mendedahkan identiti EXCO itu. Seolah-olah dia meminta seseorang muncul untuk melerainya dari membuat pendedahan. Itulah Nouk Nouk Sinapad dalam bahasa Bajau.

"My conscience is clear, and I have nothing to hide,". Begitulah ungkapan Wee namun siapa dan siapa, masih tergantung bagai “biji buah yang tak jatuh-jatuh”.

Secara jelas perbuatan Wee ini boleh disifatkan sebagai menangguh-nangguhkan perbuatan jenayah dan seolah-olah mengizinkan kemungkinan banyak lagi kemusnahan terjadi. “Saya mengalu-alukan penyiasatan pihak polis atau pihak berkuasa dan saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya”. Inilah penyataan Wee dlam blognya. Namun biji buah tak juga jatuh-jatuh.

Rakan CCTV yang dikatakan juga tersedia bakal dapat digunakan untuk mengesahkan kegiatan haram yang dikaitakan dengan Exco Selangor itu. Apalah ertinya semua ini? Apakah ini hanya gurauan atau akan diheret sehingga menjelangnya PRU 13 agar ia menjadi perhiasan kempen pilihanraya? Rasanya, jika sampai ketahap itu ianya hanya akan menjadi isu basi dan tak laku lagi.

Jika pula dikatakan bahawa Wee berani mendedahlan perbuatan haram dan YB yang bertanggungjawab walaupun terhadap rakan dalam pakatan, rasanya jika pendedadah itu digantung-gantung maka benarlah bahawa buah itu memang tak ada di tangkainya di atas pokok; maka menantinya untuk jatuh adalah sia-sia. Mengatakan bahawa buah itu masih di atas pokok hanyalah pendustaan, bukan sahaja kepada umum tetapi kepada diri sendiri.

Biasanya, jenis nouk nouk sinapad dalam masyarakat Bajau di kawasan saya adalah jenis yang penakut, pengecut dan jika dibiarkan, tidak akan berani melakukan apa yang dikatakannya. Menotakakan katanya jauh sekali.

Thursday, September 17, 2009

KEMASKINI: SIAPA MEMPERSENDA KEADILAN.- Anwar gagal lucutkan kelayakan pendakwaan

Kegagalan DSAI melucutkan keseluruhan Pasukan Pendakwaan menambah kegetiran lagi kepada Kes Liwat II ini

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan berhubung perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan perkara tersebut kerana Anwar gagal untuk mematuhi syarat-syarat permohonan semakan semula kehakiman.

Hakim berkata, permohonan bagi semakan kehakiman di bawah Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah bagi mencabar satu keputusan, perbuatan atau peninggalan pihak berkuasa.

"Saya memutuskan berdasarkan kes undang-undang, ia mesti ada perbuatan tertentu atau kesalahan tertentu ataupun penyalahgunaan kuasa tertentu.

"Ini adalah perkara dasar bagi sesuatu permohonan semakan kehakiman," katanya.

Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai "sama seperti mempersenda keadilan".

Beliau menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Hakim Azilatul juga berkata, Anwar tidak dicabar mana-mana penyalahgunaan kuasa oleh tujuh orang responden berkenaan yang memerlukan mahkamah menghalang mereka.

Semasa menghuraikan hujahan kehakimannya, Azilatul berkata dalam permohonannya, Anwar mahu menghalang pihak pendakwaan mengendalikan kes berkenaan dengan alasan wujudnya amalan berat sebelah, konflik kepentingan dan salah laku pendakwaan.

STAR 17 Sep, 2009.

Sunday, August 9, 2009

Bahaya Matlamat Menghalalkan Cara

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

(Sebagai menyatakan bantahan terhadap penyataan menghina Agama Islam oleh Jeffry Ooi dan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAP, YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah, saya siarkan tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang dihina DAP melalui Ketua Pemuda DAP).

Sekali lagi artikel saya dalam Mingguan Malaysia mendapat perhatian yang serius daripada akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan beberapa laman web pembangkang. Kali ini mereka mengambil beberapa bahagian tertentu dengan ada tujuan yang tersembunyi dengan menyiarkannya di muka hadapan sebagai berita utama (Nanyang Siang Pau). Beberapa isu dimanipulasi untuk menagih simpati. Terima kasih saya ucapkan. Nasib baik saya tidak melayan panggilan demi panggilan yang ajukan itu. Jika tidak, saya tidak tahu, apa lagi kenyataan saya yang akan diputarbelitkan

Mereka turut bertanya, adakah saya dipaksa atau diupah oleh Utusan Melayu atau UMNO untuk menulis artikel ini. Saya jawab tidak. Saya sudahpun jawab dalam artikel minggu lepas. Saya tidak pasti mereka faham atau tidak tulisan saya dalam bahasa Melayu. Tulisan dan idea ini datang dari hati naluri seorang rakyat berbangsa Cina kerdil, yang amat ingin melihat umat Islam sedar, di manakah kedudukan kita sebenarnya. Malangnya, hanya kerana artikel saya diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, marahnya begitu meluap-luap sehingga emosi menguasai diri. Saya dituduh tali barut UMNO. Inilah mentaliti kelas ketiga yang sukar diubah akibat ketaksuban. Komen-komen ini langsung tidak menunjukkan kematangan dan hanya mempamerkan kebodohan diri sendiri. Inilah golongan tidak bersyukur dan ultra kiasu yang masih tidak sedar diri.

Mereka bertanya lagi, adakah saya perlu meminta maaf kepada keluarga mendiang, saya kata tidak perlu, sama sekali tidak. Jika mereka faham betul-betul bahasa Melayu, saya tidak nampak satu pun para artikel saya berniat jahat kepada keluarga mendiang, kecuali niat jahat sebenar akhbar Cina, DAP dan laman web tersebut yang sengaja memutar-belitkan isu ini menjadi perkauman untuk mencari simpati dan publisiti murahan. Siapakah yang sepatutnya meminta maaf, saya atau akhbar dan laman web rasis ini?

Saya dituduh tidak pandai menulis artikel oleh akhbar Nanyang Siang Pau. Justeru, saya pohon kepada editor Nanyang Siang Pau, sila beri tunjuk ajar. Saya juga mahu tahu betapa pandai akhbar-akhbar Cina ini menulis berita dan artikel dalam menjaga kepentingan semua kaum.

Alhamdulillah, dengan peristiwa dan artikel ini, saya lebih mengenali sifat ultra kiasu bangsa saya sendiri yang selama ini saya kaji. Saya baru sedar betapa hipokritnya segelintir bangsa saya. Mereka tidak pernah bersyukur tetapi teramat takut kalah dan mahu sentiasa menang (kiasu). Fakta dan kebenaran dikelirukan bagi menagih simpati dan agenda politik tersembunyi.

Ini budaya yang telah melingkungi pemikiran mereka walaupun kita sudah merdeka 52 tahun. Pemikiran mereka masih tidak merdeka, masih dikongkong oleh ketaksuban terhadap bangsa. Mereka menuduh UMNO rasis, mereka apa kurangnya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mereka begitu pandai berpolitik. Mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan Melayu. Jika Melayu Islam bersatu, saya tidak yakin, mereka seberani ini. Keberanian mereka disebabkan ada segelintir orang Melayu bersama mereka. Ini yang menjadikan mereka semakin besar kepala seperti kaduk naik junjung.

Saya rela menjadi tidak popular di kalangan masyarakat saya sendiri, tetapi bangunlah wahai umatku, jangan lagi kita dipermainkan oleh mereka yang licik ini. Lain di luar, lain di dalam. Saya kena bercakap kerana orang Melayu/Islam tidak berani bercakap kerana takut kehilangan kuasa politik. Saya rela dikutuk dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri, tetapi saya tidak sanggup melihat Islam merempat di bumi sendiri. Perjuangan kita tidak pernah selesai selagi hayat di kandung badan.

Kepada para pembaca, nilaikanlah idea yang dilontarkan. Jangan hanya kerana artikel ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia, kita sudah tidak nampak yang benar, yang mana salah. Saya bukan penulis upahan UMNO atau Mingguan Malaysia. Saya hanya mengatakan yang benar dan tidak ada niat langsung untuk melukakan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang telah pergi. Saya bertanggungjawab sepenuhnya apa yang ditulis.

Saya cuma mengingatkan kita agar jangan menjadi seperti kaduk naik junjung. Jagalah hati lain sama terutama hati orang Islam (Melayu) yang banyak bertolak ansur dengan kita. Mereka juga ramai yang menghadapi masalah yang sama seperti apa yang berlaku. Adakah kita mahukan kes ini menjadi precedent, yang akan menghalalkan segala perlakuan sumbang selepas ini?

Sedarkah kita beramai anak luar nikah yang telah lahir daripada hubungan yang tidak sah ini? Apakah kita mahukan ia menjadi budaya hidup kita. Apakah tujuan perkahwinan sebenarnya? Apa tujuan ada akta dan undang-undang undang-undang keluarga, perkahwinan, nikah cerai dan sebagainya diwujudkan? Jika perbuatan sumbang ini hendak dihalalkan maka tidak perlulah ada semua undang-undang dan akta ini? Apakah ini bukan rule of law?

Saya dituduh kerana cuba memasuki unsur-unsur agama dalam isu ini. Tidakkah unsur-unsur agama ini menjadi sebahagian daripada rule of law? Mereka mengatakan bahawa negara ini harus ditadbirkan rule of law. Persoalan saya, adakah undang-undang dan akta ini bukan rule of law. Apa guna kewujudan Jabatan Pendaftaran Negara jika hidup berkeluarga tidak perlu disahkan. Sila rujuk undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara, bahagian keluarga, perkahwinan, nikah dan cerai. Sila baca akta nikah dan cerai 1976 dan akta kelahiran dan kematian 1975.

Untuk mengetahui lebih lanjut isu yang dikatakan sensitif ini dan juga rule of law, sila rujuk http://www.malaysianbar.org.my/marriage.html. Bagi mendapatkan makna anak sah taraf dan anak tidak sah taraf, rujuk Undang-undang negara dalam Akta 60, Legitimacy Act 1961, juga akta Jabatan Pendaftaran Negara, http://www.jpn.gov.my/BI/4_2_kelahiran.php.Lihat juga, http://www.thefreedictionary.com/illegitimate+child. Baca juga Non-Muslim Family Law dalam, http://www.reunite.org/edit/files/Islamic%20Resource/Malaysia%20text.pdf.

Manakala dari segi hak-hak penjagaan anak-anak tidak sah taraf ini pula, sila rujuk http://www.johorebar.org.my/CustodyGuardianship.html. Adakah ini bukan rule of Law. Saya hanya memberikan beberapa pandangan agama yang menjadi rule of law, maka saya akan dituduh kolot dan ekstremis.

Memperjuangkan Kes yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini, apabila mereka yang memperjuangkan undang-undang syariah di negeri sendiri, dituduh oleh DAP sebagai pelampau atau ekstremis. Jemaah Islam Malaysia (JIM), sebuah pertubuhan moderat Islam, dituduhkan oleh ahli Parlimen Jelutung DAP, Jeff Ooi sebagai ekstremis atau pelampau. Manakala tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas arak yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di Shah Alam, yakni kawasan majoriti umat Islam, dihalang oleh Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan Selangor.

Saya masih ingat amanat Tunku Abdul Rahman mengenai pandangannya terhadap Bandaraya Shah Alam. Tunku pernah berpesan agar Shah Alam mesti bebas daripada arak dan kelab malam. Jika orang lain mahu melakukan perbuatan haram ini, mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur, minumlah arak dan kunjungilah kelab malam sehingga tidak sedar diri kerana mungkin agama mereka membenarkan. Jika ditakdirkan Buddha dan Nabi Isa hidup hingga ke hari ini, rasa fikir tindakan manusia pelampau DAP sebegini akan dicela dan dikutuk.

Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab dan kurang ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang menjadi agama persekutuan. Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur tangan dalam undang-undang syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia telah diisytihar sebagai sebuah Negara Islam walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum ini?

Tindakan DAP ini teramat-amat menghiris perasaan umat Islam. Saya juga mahu melihat apakah akhbar-akhbar Cina akan memaparkan berita ini di muka hadapan dan mendesak DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam seperti yang dilakukan terhadap artikel yang saya tulis? Kalau artikel yang saya ditulis diapi-apikan setiap hari, perkara yang sama hendaklah dilakukan oleh akhbar ultra kiasu ini, kerana tindakan DAP ini sudah mencabar kesucian dan kedaulatan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. Tindakan DAP ini bukan sahaja tidak sensitif, malahan dilihat cuba menghina dan merendah-rendah martabat agama Islam.

Persoalannya, adakah mereka akan meminta maaf? Apakah Pemuda DAP atau DAPSY akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti mana mereka memaksa saya meminta maaf? Ini yang selalu saya katakan, bila saya menulis perkara menyebelahi Islam Melayu, saya dituduh tidak sensitif dan dipaksa meminta maaf. Adakah DAP begitu sensitif? Inilah yang saya katakan nasib Melayu di bumi Melayu. Bila isu berkaitan bangsa Cina, akhbar-akhbar Cina mensensasikan isu tersebut, bila berkaitan dengan Islam, senyap sepi dan dianggap tidak penting.

Justeru, saya minta parti-parti politik Cina dan akhbar-akhbar Cina mesti memaksa Jeff Ooi dan Ronnie Liu minta maaf secara terbuka kepada umat Islam. Perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Apatah lagi jika matlamat hendak menghalalkan cara. ISA amat relevan untuk orang seperti ini. DAP cuba menarik perhatian orang Cina untuk menghalalkan arak yang secara terangan diharamkan oleh Buddha, yang kini telah menjadi budaya hidup mereka, sama seperti hubungan seks luar nikah. Manakala PAS tetap dengan pendirian mengharamkan arak sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. PKR belum lagi membuat keputusan kerana cuba memenangi hati kedua belah pihak untuk mengekalkan kedudukan.

Saya ingin mengingatkan PAS supaya berhati-hati dengan DAP dan parti yang sekutu dengannya. Parti DAP sudah terkenal dengan sikap ultra kiasu sejak penubuhannya lagi selepas PAP. Mereka mahu menjadi negara ini negara sekular, tanpa identiti Islam mahupun Melayu. Sebarang percubaan untuk mengislamkan atau memelayukan identiti negara ini akan ditentang habis-habis malah Karpal pernah berkata langkah mayat beliau dulu jika PAS berniat untuk menegakkan Negara Islam.

Saya amat berharap PAS mengkaji balik pakatan mereka dengan puak ekstrem ini. Lebih baik berkawan dan berdakwah dengan UMNO bagi membincangkan agenda memperkasakan Islam dan umat Islam. Biarkan DAP berkawan dengan mereka yang ingin menghalalkan cara. Saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana berani bersuara dan mempertahankan yang hak. Ingatlah, selama-lamanya DAP tidak pernah bersetuju dengan Islam. Sekarang terbukti, kerjasama seperti tidur sebantal, mimpi lain-lain. Lebih malang lagi, mimpi mereka saling bercakaran dan berprasangka. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada DAP dan orang Cina keseluruhannya, agama apa yang menghalalkan arak? Apa yang saya belajar daripada tidak Islam dahulunya, sampai memeluk agama Islam, tidak ada satu agamapun yang mengatakan arak itu dibenarkan.

Bagaimana matlamat boleh menghalalkan. DAP perlu diingatkan bahawa mereka tidak akan menang banyak kerusi dalam PRU 12 baru-baru ini, tanpa sokongan orang Melayu. Justeru, jangan seperti kaduk naik junjung. Pernahkah sekali kita mendengar DAP meminta maaf apabila mereka menyinggung perasaan orang lain disebabkan oleh keceluparan dan kebiadaban mereka? Sudah tentu tidak. Tetapi apabila tiba giliran orang lain seperti saya, maka melalaklah mereka meminta kita umat Islam meminta maaf. Begitu juga pendirian parti politik Cina yang lain seperti MCA dan Gerakan.

DAP dan orang Cina perlu ingat, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Agama Islam dan Melayu ibarat darah dengan daging. Pendek kata, setiap manusia memerlukan agama, sebab agama itu datang daripada Tuhan. Suka atau tidak kita dengan agama, diakhirkan nanti kita tetap kembali kepada agama. Jika tidak, maka tidak perlulah dilakukan upacara kematian mengikut agama. Tambahan pula, kematian manusia tidak mengenal usia. Kematian boleh datang secara tiba-tiba, bila-bila masa, tidak kira tua atau muda. Cuma kita diminta bersedia untuk mati. Tujuannya, tidak lain agar bila kita pergi nanti, kita telah membuat segala persediaan secukup, termasuk terhadap mereka yang kita tinggalkan agar tidak menderita.

Justeru, kita perlu melakukan yang terbaik sepanjang waktu dan ketika. Kita selalu berhujah untuk mempertahankan keburukan yang telah dilakukan. Misalnya, apa salahnya jika bersekedudukan sebelum nikah, asalkan kita bertanggungjawab selepas itu. Persoalan saya, bagaimana jika selepas itu, si polan mengambil keputusan tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut atau meninggal teman wanitanya secara tiba-tiba? Ada yang hanya sempat berkahwin 10 hari, kemudian bercerai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Sudah tentu wanita. Justeru, bila ada rule of law, nasib wanita akan sentiasa terbela. Saya mempunyai beberapa kenalan Cina dan Melayu yang telah terlanjur melakukan seks bebas, kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya. Apa akan terjadi dengan anak luar nikah yang dikandung?

Friday, July 17, 2009

Office of a Selangor exco member was used as meeting place by people connected with criminal activities,

FROM THESUN2SURF
Wee ready to hand over evidence to cops
Kong See Hoh

KUALA LUMPUR (July 14, 2009) : Wangsa Maju MP Wee Choo Keong (Picture), who claimed in his blog over the weekend that the office of a Selangor exco member was used as meeting place by people connected with criminal activities, said he has evidence to substantiate his claims and is ready to hand it over to police.

Wee Choo KeongHe said apart from having documents to prove the exco member's impropriety, the video recording from closed-circuit TV cameras at the Selangor state secretariat building will show that people associated with underworld activities had been meeting at the exco member's office on a regular basis.
Read More......

Teoh sepatutnya daftar perkahwinan esok

SEBELUM INI Seorang lelaki mati selepas terjatuh dari Plaza Masalam di Shah Alam, kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Lelaki tersebut dipercayai Teoh Beng Hock (gambar), pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah.

SHAH ALAM: Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini hari ini sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok.

Anggota Exco, Ean Yong Hian Wah yang menyatakan rasa terkejut dan kesal dengan kejadian itu berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok dan tiada sebab mengapa beliau harus mengambil tindakan yang boleh menyebabkan nyawanya melayang.
.
SELANJUTNYA..

Saturday, June 13, 2009

PAS DI MATA DAP.


Apabila Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh membuat kenyataan bertubi-tubi yang mencabar kepimpinan PAS, pelbagai senario dapat dilihat dan BUKAN sekadar spekulasi.

Dulu, Karpal telah menyatakan "over my dead body" terhadap Gagasan Negara Islam dan hukum Hudud PAS. Lim Kit Siangpun senada dengan Karpal. Semasa DAP meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) pada 21 Sep, 2001, jelas bahawa sikap "utilitarian" DAP lebih jelas. Mereka menyalahkan kerjasama dengan PAS sebagai punca kekalahan Karpal Singh dan Lim Kit Siang pada PRU10, lalu mereka meninggalkan PAS dalam BA yang sudah tidak mendatangkan keuntungan kepada DAP.

Selepas memberi amaran kepada PAS beberapa hari yang lalu supaya "bercermin diri" dan sedar dari mimpi bahawa mereka BUKAN parti dominan dalam Pakatan Rakyat, Karpal sekali lagi membuat kenyataan terbaharunya, bahawa PAS "berhutang" permohonan maaf kepada DAP. PAS diminta memohon maaf kepada DAP!!!

Apakah masih ada makna bagi keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat dalam situasi begini? Bila saja DAP terhidu bahawa PAS sedang mengalami krisis dalaman terutama krisis kepimpinan, DAP terus memberi tekanan tambahan kepada PAS dan bertubi-tubi menuduh PAS sebagai parti yang mengalami "krisis keyakinan".

Betolak dari keadaan ini, ramai yang melihat bahawa kenyataan "I love you" dan "tiada pilihan yang lain melainkan PAS" oleh Kelab Penyokong PAS hanya akan menjadi kenyataan di pinggir bibir kerana majoriti ahli KPP adalah kader-kader DAP dari seluruh negara yang nyata dan jelas tetapi sebahagian di antara kita hanya melihatnya dengan menggunakan mata yang tidur sambil bermimpikan kuasa di menara Puterajaya.

Thursday, April 30, 2009

Ng quits PKR supreme council?


Ng quits PKR supreme council?
By Raynore Mering
.
KUCHING: Padungan assemblyman Dominique Ng is rumoured to have quit Parti Keadilan Rakyat’s (PKR) supreme council in a huff following a reshuffle earlier this week. Ng, however, gave an open-ended answer when asked to confirm the rumour. “I neither deny nor confirm (that I have quit the supreme council),” he said when contacted.
Gambar: Dominic Ng lebih pro idea Barisan Bersatu Sarawak
Other state PKR leaders were also in the dark about the rumoured resignation, which has fuelled claims that there are conflicts simmering under the surface of the party. Ng has played a pivotal role in the formation and growth of PKR as its first assemblyman in Sarawak. He was the state chief until PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim took over the reins earlier this year.

MORE....
http://www.theborneopost.com/?p=51076

Tuesday, February 10, 2009

GAME OVER FOR PERAK POLITICAL MANEUVERS

Picture Tells a Thousand Story.
By: Burung Nuri

By looking at this picture, its safe to assume "game over" for Perak Political maneuvers. If The Sultan had agreed to give the blessing for the new government to take over, it should be accepted by all parties. Whether, its legal and ethical, or otherwise. Life should go on for the good of Perakites. For Pakatan Rakyat, you had your chance to make a difference but was short-lived by incompetent representatives who apparently were outsmart by BN headhunters.

PR will have another chance in PRU 13 or in between. Whether the "Perak is an empty victory for Barisan Nasional" yet to be proven.
The fact is that BN is now the government in Perak. And the fact is also that it is an unstable government just like previous PR Government. So... ladies and gentlemen, here are...the questions before us.

1. Was the Sultan acting in accordance to the law of the country or other law?
2. What about Bota Rep., was he a lure to confuse Dato Seri Anwar into believing that BN was in disarray without noticing the dagger was right in his back? Perhaps, he was blinded by his own smokescreen, until he couldn't see straight.
3. How about Mahathir's statement? "BN is accepting people with dirt", does it mean BN is full of dirty people?
4. Nik Aziz urges to go back to the people to decide who should govern the Perakites. What do you think?

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)