Saturday, June 13, 2009

PAS DI MATA DAP.


Apabila Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh membuat kenyataan bertubi-tubi yang mencabar kepimpinan PAS, pelbagai senario dapat dilihat dan BUKAN sekadar spekulasi.

Dulu, Karpal telah menyatakan "over my dead body" terhadap Gagasan Negara Islam dan hukum Hudud PAS. Lim Kit Siangpun senada dengan Karpal. Semasa DAP meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) pada 21 Sep, 2001, jelas bahawa sikap "utilitarian" DAP lebih jelas. Mereka menyalahkan kerjasama dengan PAS sebagai punca kekalahan Karpal Singh dan Lim Kit Siang pada PRU10, lalu mereka meninggalkan PAS dalam BA yang sudah tidak mendatangkan keuntungan kepada DAP.

Selepas memberi amaran kepada PAS beberapa hari yang lalu supaya "bercermin diri" dan sedar dari mimpi bahawa mereka BUKAN parti dominan dalam Pakatan Rakyat, Karpal sekali lagi membuat kenyataan terbaharunya, bahawa PAS "berhutang" permohonan maaf kepada DAP. PAS diminta memohon maaf kepada DAP!!!

Apakah masih ada makna bagi keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat dalam situasi begini? Bila saja DAP terhidu bahawa PAS sedang mengalami krisis dalaman terutama krisis kepimpinan, DAP terus memberi tekanan tambahan kepada PAS dan bertubi-tubi menuduh PAS sebagai parti yang mengalami "krisis keyakinan".

Betolak dari keadaan ini, ramai yang melihat bahawa kenyataan "I love you" dan "tiada pilihan yang lain melainkan PAS" oleh Kelab Penyokong PAS hanya akan menjadi kenyataan di pinggir bibir kerana majoriti ahli KPP adalah kader-kader DAP dari seluruh negara yang nyata dan jelas tetapi sebahagian di antara kita hanya melihatnya dengan menggunakan mata yang tidur sambil bermimpikan kuasa di menara Puterajaya.

1 comment:

Senjaliza said...

Slepas Karpal, Lim Kit Siang dan Guan Eng warning PAS, kini Kelab Penyokong PAS pula beri NIG WARNING kepada PAS terutama Presiden PAS TGHH. Wahh!! besar kuasa KPP bila bersandar pada DAP. Memangpun KPP adalah kader-kader DAP, cuma segelintir kita mula "tak mencelikkan mata hati" maka jadilah demikian. "hati dan usus mereka ditumis dan dihidangkan untuk mereka santap"..

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)