Wednesday, June 3, 2009

Najib berazam mempererat hubungan Malaysia-China

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Ijazah Doktor Kehormat daripada Timbalan Menteri Pendidikan China merangkap Presiden Universiti Kajian Asing Beijing (BFSU), Professor Hao Ping (kiri) pada majlis penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat dalam Hubungan Antarabangsa di Beijing, hari ini (3 Julai, 2009).
.
Najib berazam mempererat hubungan Malaysia-China

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar bahawa beliau, sebagai anakanda kepada Tun Razak Hussein yang mewujudkan hubungan diplomatik dengan China 35 tahun lalu, berazam akan membawa hubungan kedua-kedua negara itu kepada suatu peringkat yang jauh lebih baik.

Beliau berkata hubungan akrab yang wujud selama 35 tahun antara Malaysia dan China adalah berasaskan kepada keyakinan antara pemimpin keduadua negara tersebut."Ikatan persahabatan antara Malaysia dan China adalah berdasarkan kepada perkataan yakin. Jika Almarhum bapa saya percaya para pemimpin China, saya juga mempunyai keyakinan yang sama dengan para pemimpin (China) yang ada sekarang," katanya dalam ucapan selepas menerima anugerah ijazah Doktor Kehormat Hubungan Antarabangsa daripada Beijing Foreign Studies University (BFSU) di sini.

Najib berkata apabila ayahandanya membuat lawatan yang bersejarah ke China pada tahun 1974, beliau tidak dapat bersama lawatan itu kerana masih menuntut di universiti.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau sempat mendengar sebuah ayat yang sangat bermakna yang dilafazkan oleh ayahandanya yang masih jelas sampai hari ini dan ia berbunyi,"saya boleh bekerja dengan (Perdana Menteri) Zhou Enlai dan saya amat menghormati beliau."
.
Read more......

1 comment:

Senjaliza said...

Cina di Tanah Besar perlu juga dimaklumkan bahawa Cina di Malaysia sebenarnya tidak tertindas atau ditindas seperti pihah-pihak tertentu sering uar-uarkan dlam bahasa yang lebih familiar kepada Cina Di Tanah Besar. Lawatan Najib ini akan mengubah atau sekurang-kurangnya membaiki precepsi Cina dan NGOnya mengenai sikap dan kebertanggungjawaban kepimpinan negara terhadap rakyatnya tanpa mengira kaum, kepercayaan agama dan budaya. Kita tidam mahu ada pihak yang menyemai bibit kebencian di luar negara dan dalam masa yg sama menuntut bumi Malaysia ini Tanah Tumpah Darahnya.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)