Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

JEFFREY: CERAHKAH MASA DEPAN POLITIKNYA DI PANGKUAN PKR?



Seteru politik yang belum menmpakkan kesudahan  segera.

"If you can't beat them, joint them". Perumpamaan Inggeris ini sering menjadi strategi kebanyakan. Namun bagi Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, perumpaama Inggeris itu seakan tidak 'significant" kepada perjuangannya. Barangkali, Dato Seri Anwar Ibrahim telah meniupkan jampi serapah ke dalam sanubari Jeffrey sehingga dia bersemangat,, "lawan tetap lawan".

Ramai yang memberi penailaian bahawa Jeffrey ada seorang ahli poitik yang berkualiti dan berkalibar. Namun jika dia tidak mampu memenangi pilihanraya, kualiti dan kalibar itu hanyalah sekadar menjadi "milik peribadi atau harta intelek" yang tidak memberi impak kepada penggubalan polisi dan dasar kerajaan. dalam ertikata yang sebenarnya

Kualiti dan kalibar semata-mata tidak juga dengan mudah menganugerakan kemenangan kepada Jeffrey. Ternyata dia kalah dalam beberapa siri pilihanraya yang ditandinginya. Dia, calon BN,  pernah kalah kepada Dr. Maximus Ongkili, calon PBS, dalam pertandingan kerusi Parliment Kota Marudu, Kalah , atas tiket bebas, kepada Kurup di Pensiangan, Kalah, atas tiket PKR, kepada  Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, abang kandungnya, di MP Keningau dan kalah, atas tiket PKR,  kepada Gusting Gunka di DUN Bingkor, Keningau. Jeffrey hanya pernah menang sekali dalam PRU, iaitu di kawaan Bingkor atas tiket PBS pada tahun 1994.

Ramai yang berpendapat bahawa Jeffrey yang dkatakan sebagai "tokoh politik yang baik" memang akan menharungi kepayahan dalam mana-mana pilihanraya akan datang kecuali apabila ia berada dalam perahu yang sama dengan abangnya, Pairin. Lantaran itu, bila dia mengumumkan meletak semua jawatannya dalam Parti KeADILan Rakyat-PKR, ramai yang meramal bahawa Jeffrey bakal menjadi YB dengan mudah di atas tiket PBS. Naumn ramalan itu tidak tidak menjadi kenyataan. Tidak, buat sementara waktu.

Jeffrey yang meletakkan kesemua jawatan dalam PKR telah tidak diizinkan DSAI. Malah dia diberi peranan baru sebagai Pengerusi Majlis Permesyuaratan PKR bagi Sabah dan Sarawak, satu jawatan yang tidak wujud dalam parti tetapi, "sound glamourous", dan satu jawatan yang tidak menjadi angan Jeffrey. Jeffrey sebenarnya lebih mengidamkan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang kini di sandang DSAI sendiri.

Kenapa Anwar tidak terima perletakkan jawatan Jeffrey?.  Walaupun.Jeffrey telah "membakar jambatan perhubungan dengan PKR" dan membuat kenyataan terbuka bahawa "dia tidak mungkin membiarkan diri dan penyokongnya untuk menjadi alat politik Kuala Lumpur"; Dia juga diuar-uarkan sebagai individu di belakang tabir permohonan pendaftaran sebuah parti, Parti Cinta Sabah, PCS; DSAI masih tetap enggan melepaskan Jeffrey.

Sebelum itu, DSAI pernah memberi amaran yang solah-olah ditujukan  khas kepada Jeffrey- "patuh, berundur atau dipecat"- selepas perlantikan Thamrin Haji Jaini sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah menggantikan YB Azmin Ali, MP Gombak, Kuala Lumpur. Harapan DSAI disandarkan kepada  Jeffrey dapat menyumbangkan kerusi  MP dari Sabah yang dianggap sebagai fixed deposit BN Malaysia dan terbukti sebagai penyelamat Kerajaan Persekutuan semasa PRU 12, 2008.

Secara tidak langsung, "memang sukar dinafikan bahawa  motif di sebalik penolakan perletakkan jawatan Jeffrey  oleh DSAI kerana dia berpotensi menjadi sebagai "alat politik" Kuala Lumpur, Apakah Jeffrey akan berpaling sekali lagi demi mempertahankan prinsip "tidak mahu menjadi alat politik Kuala Lumpur"? Di manakah dia berada untuk mengelak dari menjadi alat politik Kuala Lumpur? Atau benarkah Jeffrey mudah dijinakkan dengan "posisi" dan pangkat kerana dia adalah Jeffrey Kitingan, "typical of him"?


Penyataan Tan Sri Joseph Kurup yang mengakui Pencapaian PBRS kurang membanggakan  memberikan sedikit kelegaan dan keceriaan kepada Jeffrey. Sekurang-kurangnya musuh politiknya mengakui kekurangan dan kelemahannya. Sekurang-kurangnya musuh mendedahkan kod rahsianya. Ia bakal menjadi azimat Jeffrey jika berlaku pertembunganya dengan Kurup di Parliment Pensiangan, salah satu kawasan favorite Jeffrey.

Sebagai orang veteran dalam politik, Kurup juga masih menyaksikan kekurangan dan kepincangan kepimpinan PKR Sabah. Anwar yang kembali menerajui  PKR Sabah, kembali ke Ibu Negara tetapi  meninggalkan  asap  peperang masin berkepul kepul. Kem Jeffrey dan kem Thamrin masih lagi belum dapat disatukan. Pertentangan mereka belum reda. Kepimpinan PKR Sabah masih "vulnerable and fragile".  Jeffrey  pula dilapurkan masih lagi "unhappy" dengan strukur organisasi PKR Sabah terkini.

Jeffrey, Sebagai seorang yang berendidikan tinggi dan telah banyak melalui ranjau  sepanjang kerjaya politik nya di Sabah Kenyataan "Not to know Jeffrey is not to know Sabah Politic". Realitinya ,tiada seorang pun yang boleh mendabik dada mengatakan sebagai "penasihat" atau "penunjuk ajar Jeffrey dalam membuat keputusan poitiknya atau masa depan perjuangannya. Jeffrey adalah sorang politikus yang amat sukar diramal. In a blink of eyes, Jeffrey masih mampu berubah atau membuat keputusan yang di sendiri fikir baik mengikut perkiraannya.

RELATED STORIES:
1. PBRS.-Parti Bersatu Rakyat Sabah, Members Must Study Party's Weaknesses In Order To Be Strong
2. Jeffrey/Christina..The Thorn in PKR? 
3. Beware of DSAI Political Tricks.

Wednesday, November 11, 2009

BERUNDUR ATAU DISINGKIR: EPISOD TERAKHIR DRAMA DR. J. DALAM PKR?


Mungkinlah ini episod terakhir drama Dr. J dalam PKR? Gambar dari Senjaliza

DSAI sudah menilai dan menghitung syarat-syarat yang dikenakan Dr. J dalam pelan damai yang ditawarkan Dr. J. Bagi DSAI, syarat-syarat Dr. J tiada tujuan lain melainkan "cari pasal". Mana mungkin DSAI mengubah keputusan kolektif PKR Pusat yang melantik Ahmad Thamrin Haji Zaini dan Datuk Kong Hong Ming sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Mana mungkin Dr. J seorang cuba sewenang-wenangnya  "over rule" keputusan kolektif PKR Pusat itu.

Sejak awal PKR memasuki Sabah, DSAI tidak pernah memberi penekanan utama ke atas Deklarasi Tambunan. Dalam PRU12 pun DSAI membisu mengenai Deklarasi Tambunan. Tetapi Dr. J insist Deklarasi Tambunan ini untuk diterima PKR Pusat sebagai salah satu pra syarat  bagi Dr. J  mematuhi "plan damai " dengan PKR bersabit krisis kepimpinan PKR Sabah yang terkini. Isu lain, mengenai Royalti Minyak 20%, Autonomi PKR Sabah, Kebebasan membuat keputusan PKR Sabah untuk Sabah tanpa campur tangan PKR Pusat. Itulah antara keistemewaan yang Dr. J gariskan. Bagi kebanyakan, permintaan Dr. J memang  sukar dan kelihatan sekadar "cari pasal" untuk menghancurkan PKR dari dalam sebelum meninggalkan PKR sepenuhnya. Jelas Dr. J tidak lagi mahu mematuhi displin dan ideologi PKR.

Berikutan dengan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai 'pengacau' di dalam PKR. Dengan ini Dr. J adalah tergolong dalam kategori "PENGACAU".

"Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir 'pengacau' dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan," DSAI -di sini

Episod, di mana Dr. J mengenakan syarat-syarat yang sukar dipenuhi PKR pusat ini, malah di luar bidang kuasa PKR sendiri, dilihat sebagai episod terakhir dalam drama Dr.J dalam PKR. Sebagai "pengacau" Dr. J tiada pilihan melainkan BERUNDUR ATAU DISINGKIR.  syarat-syarat Jeffrey kepada PKR...

Sunday, April 19, 2009

Sultan Perak: Negara kini terlalu berlebihan berpolitik

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah menganugerahkan pingat Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) kepada Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang membawa gelaran Datuk Seri, pada majlis penganugerahan pingat di Istana Iskandariah, sempena hari keputeraan baginda ke-81 hari ini. Zambry dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan baginda pada majlis penganugerahan itu. -- foto-BERNAMA
.
KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
SELANJUTNYA.........

Monday, April 13, 2009

KRISIS DI THAILAND-SEMPADAN DAN PENGAJARAN.

I object to violence because when it appear to do good, the good is only temporary; the evil it does is parmanent ... Victory attained by violence is tantamount to defeat, for it is momentary - Mahatma Ghandi
.
Gambar:
i. Mahatma Ghandi, Gambarnya disanjung dan dipuja para penyokong Hindraf namun falsafah perjuangannya mereka ketepikan.
.
ii. Jalanraya menjadi lautan "Baju Merah Darah" dan Pihak Keselamatan diperolok dan persenda sedangkan mereka adalah si baju hijau, pembela bangsa dan negara termasuk yang mempersenda dan memperolok mereka. Bukankah perbuatan memperolok dan mempersenda ini juga sedang berlaku di Malaysia? Loceng amaran perlu kita dengar dengan teliti, dengan kebijaksanaan yang bijak.

Sejak September 19, 2006, apabila mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra terpaksa meninggalkan jawatannya dalam satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah, kepimpinan Thailand sering silih berganti dalam waktu yang singkat. Namun begitu , pelbagai cemuhan terbuka dan media dalam dan luar negera yang dilemparkan terhadap Thaksin, pengaruhnya di kalangan penduduk Thailand, terutama penduduk luarbandar dan berpendapatan rendah sukar dihakis.

Pilihanraya pada bulan December, 2007 menampakkan pengaruh Thaksin semakin ketara dan jelas teruji. Samak Sundraravej, Pengerusi PPP (The People’s Power Party) sebuah parti yang menyokong Thaksin, telah berjaya dalam piliharaya parlimen Thailand. Samak menjadi Perdana Menteri atas sokongan penyokong Thaksin. Bagaimanapun, Samak hanya dapat bertahan selama lebih kurang sembilan bulan apabila didapati telah melanggar Perlembagaan Thailand setelah menjadi host siaran prorgam masak-memasak dalam TV di Thailand.

Samak kemudian diganti oleh Somchai Wongsawat Naib Pengerusi PPP yang juga ipar kepada Thaksin. Somchai hanya dapat bertahan selama kurang dari tiga bulan apabila PPP bersama-sama dua lagi parti kecil yang bekerjsama dengan PPP yang diistyiharkan mansuh pada 2 Desimber, 2008 oleh mahkamah Perlembagaan Thailand. Lebih malang bagi Somchai ialah dia ditegah dari menyertai politik secara aktif dalam tempoh lima tahun.

People's Alliance for Democracy (PAD), sebuah parti pembangkang utama di Thailand memainkan peranan utama di belakang tabir dalam semua gerakan melemahkan kebangkitan semula Thaksin dalam arena politik Thailand.

Semasa pemerintahan Samak, PAD (yang memerintah Thailand kini) dan para penyokongnya telah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran mendesak Samak meletakkan jawatan. Pada 26 Ogos, 2008 penunjuk perasaan pro PAD menawan bangunan-bangunan kerajaan di kota Bangkok. Diikuti oleh satu tunjuk perasaan bersejarah yang disifatkan sebagai terburuk sejak lebih 16 tahun di Bangkok di mana sekurang-kurangnya 500 penunjuk cedera dan sekurang-kurang dua orang dilapurkan terbunuh.

Kemuncak tunjuk perasaan pro PAD terjadi apabila dianggarkan 18,000 penunjuk perasaan pro PAD berjaya mengepong Parlimen Thailand pada 24 November 2008. Selepas itu, pada keesokan harinya (25 November, 2008) mereka menguasai Suvarnabhumi International Airport dan the Don Muang Airport. Penguasaan PAD ini menyebabkan perhubungan utama melalui udara ke Thailand lumpuh. Perdana Menteri Samchai masa itu akhirnya terpaksa akur kepada tuntutan penunjuk perasaan pro PAD dan meletakkan jawatannya.

Abhisit Vejjajiva, pemimpin kanan PAD, telah dilantik Perdana Menteri Thailand ke 27 pada 15 Disember, 2008. Namun penyokong Thaksin menggangap perlantikannya sebagai mengkhianati Demokrasi di Thailand.

Lebih kurang dua minggu selepas Abhisit dari PAD menjadi Perdana Menteri, penyokong Thaksin pula mula menganjurkan "demonstrasi" sebagai membalas perbuatan dan kaedah PAD menjatuhkan PPP. Sejak dari itu sehingga kini demonstrasi demi demonstrasi dilancarkan di Kota-kota utama dan Bangunan Resmi kerajaan di Thailand. Terakhir mereka berjaya "menggagalkan Sidang Kemuncak ASEAN di Pattya yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Rajak, yang terpaksa bergegas kembali ke tanahair mengelak kemungkinan buruk. Delegasi yang lain juga terpaksa meninggalkan Thailand.

Sudah hampir 3 tahun selepas Thaksin, Thailand dilanda krisis kepimpinan. Demonstrasi seakan sudah menebal dan sebati dengan kehidupan saban hari rakyat Thailand. Industri pelancongan Thailand yang menjadi nadi kekuatan ekonomi Thailand kini lumpuh. Ekonomi Thailand pasti terjejas teruk kerana demonstrasi. Hubungan antarabangsa Thailand tentunya lemah. Para peniaga di Thailand pastinya mengalami kerugian dan kesusutan. Akibatnya rakyat menderita dan Negara menjadi lesu dalam memacu ekonominya.

SEMPADAN DAN PENGAJARAN

Thailand bernasib baik kerana, rakyatnya masih patuh dan hormat kepada raja mereka. Mereka tidak "derhaka" atau "mohon derhaka". Mereka berbaring dan sujud ke lantai bila Raja Mereka "mencemar duli".

Andainya demonstrasi demikian (seperti di Thailand) berlaku di Malaysia, pastinya satu malapetaka besar akan menimpa. Malapetaka Nasional yang amat sukar dirungkai. "The Evil would do it parmenant". Perkataan Mahatma Ghandi barangkali sudah tidak diindahkan lagi. Kemungkinan besar Jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur sudah tidak sesak dengan kenderaan tetapi dengan manusia. Pelancong-pelancong tidak lagi berkunjung ke Malaysia. Genting Highland akan sunyi sepi, Bandar Sunway tidak berpengunjung, KLCC. Menara Maxis dan menara Petronas "menangis", KLIA dan Terminal LCC berdukacita.... Barangkali Macam Padang Jarak Padang Tekukur...Penjajah akan tersenyum lebar. Syaitan bermaharajalela dan erti kemanusian akan menjadi kabur. Transformasi dan reformasi akan hanya jadi mimpi ngeri. Naujubillahi minn zalliq..

Kerana Thaksin berperang menggunakan senjata "lisan", menyuarakan bahawa hanya "kuasa keramat rakyat" yang mampu mengembalikannya untuk menjadi Perdana Menteri di Thailand. Thaksin tidak ungkapkan Makhal Sakhti tapi maknanya tidak jauh berbeza. Hatta rakyat berpakaian merah darah mula mewarnai politik Thailand. Para petunjuk perasaan mula berbondong-bondong mewarnai seluruh bandar utama di Thailand. Umum tahu Thaksin kaya raya namun pernah disabitkan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan lari dari cukai sehingga dia terpaksa menyelamatkan diri ke negara asing. 10 tahun dalam buangan bagi Thaksin untuk melepasi hukuman 2 tahun penjara di Thailand, terlalu lama dan menyeksa jiwanya. Kata Thaksin bahawa dia mampu menaikkan taraf dan kesejahteraan negeri lain tetapi kenapa BUKAN negerinya sendiri. Alasan inilah yang diungkapkan nya untuk kembali ke tanahairnya, Thailand, dan mengambilalih jawatan "Perdana Menteri". Apakah tindakan Thaksin berpaksikan kesejahteraan Thailand dan rakyatnya dalam erti kata yang sebenarnya? Lalu dia memilih "kuasa rakyat". Umum tahu bahawa dia mampu beli baju merah barang sepasang dua untuk penyokongnya. Dia memilih demonstrasi.

Bagi Abhisit yang menaiki taktha melalui gerakan demonstrasi adalah satu risiko yang "calculated". Abhisit boeh buat pada Thaksin, Thaksin boleh buat ke atas Abhisit. Persoalan umum ialah bagaimana nasib rakyat yang diperintah? apakah beliau dapat mengatasi gerakan yang pernah digunakannya untuk menaiki taktha-demonstrasi?. Apapun rakyat Thailand dan Negara Thailand tetap rugi dari Demonstrasi ini. Sesungguhnya mencegah supaya ia tidak tercerus lebih mudah dari menghentiknnya setelah ia tercetus.
.
Apakah Rakyat Malaysia mendambakan keadaan ini? Apakah keadaan di Thailand belum cukup untuk menjadi sempadan dan pengajaran kepada kita? Lantaran kemahuan yang tinggi untuk menjadi Perdana Menteri, jiwa raga dan kehidupan rakyat dikorbankan? Kecintaan terhadap agama, bangsa dan negara dipergadai...?
.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Monday, April 6, 2009

TRANSFORMASI VS REFORMASI.

OLEH: KHS.
"Tranforamasional Leadership" dan "Reformasional leadership" merupakan dua corak kepimpinan yang sedang dimomok-momok dan dihidangkan di pentas politik tanahair masakini.

Sebagai negara "Demokrasi Berperlembagaan" rakyat negara ini mempunyai kebebas untuk memilih-"freedom of choices" dan ianya satu norma Malaysia, mengikut acuan negara ini, Negara Malaysia yang kita cintai. Dalam pada itu, kita juga mengamal konsep "equal right to be unequal" kerana kita tidak menghalang mana-mana pihak untuk maju, membangun dan progresif atas datausaha/inisiatif dan daya innovatifnya. Kebebasan yang tidak dikawal dan tidak terkawal hanya akan menjadi malapetaka terhadap Negara dan rakyat negara ini. Apatah lagi masyarakt kita terdiri dari masyarakat majmuk dan berwarna-warni.

Kesedihan dan kepiluan terkadang mengetuk pintu hati kita bila sebilangan rakyat negara ini mula menenepikan kepentingan negara, kepentingan nasional; lantaran agenda, kemahuan dan kehendak yang berlainan. Fitrahnya memang perbezaan itu wujud tetapi dalam mencapai dan merealisasikan agenda masing-masing, pertembungan ideologi dan keberlainan pendekatan yang sering berlaku harus menjalani proces yang menjadi amalan dan norma Negara. Samada process itu mengguna pendekatan "transformasi" atau "reformasi", masih sering boleh diperdebatkan dengan hati terbuka dan telus.

Gerakan Reformasi, dalam kontek politik Malaysia, memang sudah sinonim dan nama Dato Seri Anwar Ibrahim. Reformasi ini pula disuburkan dengan konsep "Malaysian Malaysia" dalam era PRU 12 dan post era PRU12.

Terbaharu, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam, mengetengahkan ideolgi "Trasnformasi" dan diperkuat dengan konsep "One Malaysia".

Jelas kini, walaupun tidak secara menyeluruh, di hadapan kita kini ada dua pilihan yakni "transformasi atau "reformasi". Bagi menilai dua pendekatan ini, sila klik link berikut sebagai permulaan.

Reformasional Philosophy:-
http://en.wikipedia.org/wiki/Reformational_philosophy
Transformasional leadership:-
http://changingminds.org/disciplines/leadership/styles/transformational_leadership.htm

Wednesday, April 1, 2009

New Twist to SNAP Drama

New twist to SNAP drama
By Raynore Mering

CEC members meet Najib in KL and promptly declare support for BN candidate in Batang Ai

KUCHING: A group of Sarawak National Party (SNAP) central executive committee (CEC) members have turned their backs on their president Edwin Dundang in what could be a last ditch effort to save their party. Its deputy president Ting Ling Kiew and senior vice-president Kebing Wan met Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in Putrajaya at 11.30am yesterday after making an appointment just a day before. Ling told The Borneo Post last night that during the 20-minute meeting, he conveyed the wishes and hopes of the CEC members to the incoming prime minister and assured him of their support for the Barisan Nasional (BN) in the Batang Ai by-election. He claimed that a majority of the 16 CEC members were together with him, minus Dundang, secretary-general Stanley Jugol and treasurer general Larry Linang. When asked what Najib said to him, Ting replied: “Datuk Seri said that for him the SNAP situation is only a technical thing because of the Registrar of Societies (ROS).

“But for the BN record at the federal level, they never sacked SNAP and SNAP also never resigned from Barisan. So because of the court case, we are just hanging like this.” The party was deregistered by ROS in 2001 following a leadership crisis and since then, it has been battling the deregistration order in court, leaving the party in limbo.

The deregisration led to the formation of the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP). Ting explained that he had sought a meeting with Najib after the majority of CEC members met at an emergency meeting on Monday and decided that they would fully support the BN government and the coalition’s candidate in the by-election.

He said SNAP endorsed and fully supported Najib’s leadership as the new prime minister. Having said that, he revealed that all CEC members were invited to the emergency meeting but Dundang was occupied in Batang Ai, campaigning for Parti Keadilan Rakyat (PKR). He conceded that Dundang was therefore, unaware of his meeting Najib but he was not concerned, adding “we have the majority with us”.

He claimed that Dundang has already committed himself to PKR.“We are doing this because we love our party and we want to save our party and we don’t want to leave the BN,” Ting, who has been a SNAP member since 1969, affirmed. In this respect, Ting urged all SNAP members in Batang Ai to vote for the BN candidate, Malcolm Mussen Lamoh on April 7, saying SNAP Batang Ai division chairman Augustine Sating was leading party members in the constituency to support the coalition.

We appeal to all SNAP members and other peace-loving Malaysians in the state to reject non-Sarawak political parties contesting in Sarawak during this by-election. “SNAP members should not trust leaders who jump like frogs which make irritating sound during the rainy season. SNAP members should reject political opportunists. Do not split the rural natives any further,” he said.

Mussen will lock horns with PKR’s Jawah Gerang, the former five-term MP of Lubok Antu. The Batang Ai by-election was called following the demise of Datuk Dublin Unting on Feb 24.

SOURCE...

Saturday, January 24, 2009

SELEPAS PERMATANG PAUH DAN KUALA TERENGGANU, PENSIANGAN: MILIK SIAPA?

(SEKIRANYA PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN AKAN DIADAKAN)

Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganau telah berlalu. Kedua-dua kawasan dimenangi masing-masing oleh PKR dan PAS. Kedua-dua kawasan itu sememangnya BUKAN kubu Barisan Nasional. Kerusi Kuala Terengganu pernah disandang oleh Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi dari PAS dan semua tahu bahawa Permatang Pauh adalah kubu tradisi Dato Seri Anwar Ibrahim.

Semasa PBS menentang BERJAYA, rekod menunjukkan bahawa semua kawasan Pedalaman Atas termasuklah kawasan Parliment Pensiangan telah disapu bersih oleh PBS. Pada masa itu PBS menentang kerajaan, BERJAYA.
Apakah senario pengundi di Pensiangan kini bersikap menentang kerajaan dan sama seperti pengundi Permatang Pauh dan Kuala Terengganu?

Parlimen Pensiangan meliputi dua DUN iaitu kawasan DUN N.37-Sook dan N.38-Nabawan. Rekod PRU12-2008 adalah seperti rajah di atas. Rekod pilihanraya yang lalu adalah seperti berikut:-

PRU 1994
DUN N41-Sook (kini N.37)
1. Joseph Kurup (PBS) Mendapat undi sebanyak 7629
2. Taiming Lumaing (BN) mendapat undi sebanyak 3565
(Menang: Joseph Kurup (PBS)...Majoriti 4064 undi)

DUN N42-Nabawan (Kini N.38)
1. Adot Sigoh (Allahyarham) (PBS) mendapat undi sebanyak 2370
2. Ahwar bin Rassam (BN) mendapat undi sebanyak 1747
(Menang: Adot Sigoh (Allahyarham) (PBS)...Majoriti 632


Datuk Dr Jeffery Kitingan dan Tan Sri Joseph Kurup.
Apakah Pensiangan akan menjadi gelanggang pertarungan semula mereka?

PRU 1999
DUN Nabawan dan Sook dimansuhkan dan kawasan DUN Bingkor dan DUN Pensiangan diwujudkan. Dalam pilihanraya umum 1999, DUN Bingkor menjadi pertarungan pertama antara Datuk Dr. Jeffery Kitingan dengan Tan Sri Joseph Kurup. Dalam piliharaya ini Dr. Jeffery (PBS) telah menewaskan TS Joseph Kurup yang bertanding atas tiket BN-PBRS. Ramai mengatakan bahawa kemenangan Dr. Jeffery adalah atas sentiment dan pengaruh PBS.

Bagaimanapun, dalam PRU11-2004 Kerusi DUN Sook diwujudkan semula. Pada pilihanraya itu, sekali lagi Dr. Jeffery bertembung dengan TS Joseph Kurup. Kali ini, TS Joseph Kurup yang Bertanding atas tiket BN telah mendapat 3973 undi sekaligus menebus kekalahannya dengan menewaskan Dr. Jeffery yang bertanding atas tiket BEBAS yang mendapat undi sebanyak 3578 undi. Seorang lagi calon BEBAS, En. Yapilin Nawawi hanya berjaya meraih 252 undi.

(Menang: Joseph Kurup (BN). Majoriti: 395 undi).

N37-SOOK
ELLRON BIN ANGIN (BN) 5,496
SIDUM BIN MANJIN (BERSEKUTU) 124
SUAIDIN @ SHUHAIDDIN BIN LANGKAB @ LANGAB (BEBAS) 202
PAUL BUNSU BIN GINTANG @ PAUL GITANG (PKR) 3,365
(Menang: Ellron bin Angin (BN) MAJORITI : 2,131)
N.38 - NABAWAN
BOBBEY AH FANG BIN SUAN (BN) 3,414
GABRIEL UWING BIN AGUNSUNG PKR 1,327
ALEXSIUS BIN MANGKA BERSEKUTU 96
(Menang: Bobbey Ah Fang bin Suan (BN) MAJORITI : 2,087

KEPUTUSAN PRU 12-2008

Dari rekod dan stastistik yang ada, siapakah yang bakal memenangi Pensiangan? Apakah gelombang Permatang Pauh dan Kuala Terengganu akan melanda Sabah di Pensiangan?
Read also...

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)