Monday, April 13, 2009

KRISIS DI THAILAND-SEMPADAN DAN PENGAJARAN.

I object to violence because when it appear to do good, the good is only temporary; the evil it does is parmanent ... Victory attained by violence is tantamount to defeat, for it is momentary - Mahatma Ghandi
.
Gambar:
i. Mahatma Ghandi, Gambarnya disanjung dan dipuja para penyokong Hindraf namun falsafah perjuangannya mereka ketepikan.
.
ii. Jalanraya menjadi lautan "Baju Merah Darah" dan Pihak Keselamatan diperolok dan persenda sedangkan mereka adalah si baju hijau, pembela bangsa dan negara termasuk yang mempersenda dan memperolok mereka. Bukankah perbuatan memperolok dan mempersenda ini juga sedang berlaku di Malaysia? Loceng amaran perlu kita dengar dengan teliti, dengan kebijaksanaan yang bijak.

Sejak September 19, 2006, apabila mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra terpaksa meninggalkan jawatannya dalam satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah, kepimpinan Thailand sering silih berganti dalam waktu yang singkat. Namun begitu , pelbagai cemuhan terbuka dan media dalam dan luar negera yang dilemparkan terhadap Thaksin, pengaruhnya di kalangan penduduk Thailand, terutama penduduk luarbandar dan berpendapatan rendah sukar dihakis.

Pilihanraya pada bulan December, 2007 menampakkan pengaruh Thaksin semakin ketara dan jelas teruji. Samak Sundraravej, Pengerusi PPP (The People’s Power Party) sebuah parti yang menyokong Thaksin, telah berjaya dalam piliharaya parlimen Thailand. Samak menjadi Perdana Menteri atas sokongan penyokong Thaksin. Bagaimanapun, Samak hanya dapat bertahan selama lebih kurang sembilan bulan apabila didapati telah melanggar Perlembagaan Thailand setelah menjadi host siaran prorgam masak-memasak dalam TV di Thailand.

Samak kemudian diganti oleh Somchai Wongsawat Naib Pengerusi PPP yang juga ipar kepada Thaksin. Somchai hanya dapat bertahan selama kurang dari tiga bulan apabila PPP bersama-sama dua lagi parti kecil yang bekerjsama dengan PPP yang diistyiharkan mansuh pada 2 Desimber, 2008 oleh mahkamah Perlembagaan Thailand. Lebih malang bagi Somchai ialah dia ditegah dari menyertai politik secara aktif dalam tempoh lima tahun.

People's Alliance for Democracy (PAD), sebuah parti pembangkang utama di Thailand memainkan peranan utama di belakang tabir dalam semua gerakan melemahkan kebangkitan semula Thaksin dalam arena politik Thailand.

Semasa pemerintahan Samak, PAD (yang memerintah Thailand kini) dan para penyokongnya telah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran mendesak Samak meletakkan jawatan. Pada 26 Ogos, 2008 penunjuk perasaan pro PAD menawan bangunan-bangunan kerajaan di kota Bangkok. Diikuti oleh satu tunjuk perasaan bersejarah yang disifatkan sebagai terburuk sejak lebih 16 tahun di Bangkok di mana sekurang-kurangnya 500 penunjuk cedera dan sekurang-kurang dua orang dilapurkan terbunuh.

Kemuncak tunjuk perasaan pro PAD terjadi apabila dianggarkan 18,000 penunjuk perasaan pro PAD berjaya mengepong Parlimen Thailand pada 24 November 2008. Selepas itu, pada keesokan harinya (25 November, 2008) mereka menguasai Suvarnabhumi International Airport dan the Don Muang Airport. Penguasaan PAD ini menyebabkan perhubungan utama melalui udara ke Thailand lumpuh. Perdana Menteri Samchai masa itu akhirnya terpaksa akur kepada tuntutan penunjuk perasaan pro PAD dan meletakkan jawatannya.

Abhisit Vejjajiva, pemimpin kanan PAD, telah dilantik Perdana Menteri Thailand ke 27 pada 15 Disember, 2008. Namun penyokong Thaksin menggangap perlantikannya sebagai mengkhianati Demokrasi di Thailand.

Lebih kurang dua minggu selepas Abhisit dari PAD menjadi Perdana Menteri, penyokong Thaksin pula mula menganjurkan "demonstrasi" sebagai membalas perbuatan dan kaedah PAD menjatuhkan PPP. Sejak dari itu sehingga kini demonstrasi demi demonstrasi dilancarkan di Kota-kota utama dan Bangunan Resmi kerajaan di Thailand. Terakhir mereka berjaya "menggagalkan Sidang Kemuncak ASEAN di Pattya yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Rajak, yang terpaksa bergegas kembali ke tanahair mengelak kemungkinan buruk. Delegasi yang lain juga terpaksa meninggalkan Thailand.

Sudah hampir 3 tahun selepas Thaksin, Thailand dilanda krisis kepimpinan. Demonstrasi seakan sudah menebal dan sebati dengan kehidupan saban hari rakyat Thailand. Industri pelancongan Thailand yang menjadi nadi kekuatan ekonomi Thailand kini lumpuh. Ekonomi Thailand pasti terjejas teruk kerana demonstrasi. Hubungan antarabangsa Thailand tentunya lemah. Para peniaga di Thailand pastinya mengalami kerugian dan kesusutan. Akibatnya rakyat menderita dan Negara menjadi lesu dalam memacu ekonominya.

SEMPADAN DAN PENGAJARAN

Thailand bernasib baik kerana, rakyatnya masih patuh dan hormat kepada raja mereka. Mereka tidak "derhaka" atau "mohon derhaka". Mereka berbaring dan sujud ke lantai bila Raja Mereka "mencemar duli".

Andainya demonstrasi demikian (seperti di Thailand) berlaku di Malaysia, pastinya satu malapetaka besar akan menimpa. Malapetaka Nasional yang amat sukar dirungkai. "The Evil would do it parmenant". Perkataan Mahatma Ghandi barangkali sudah tidak diindahkan lagi. Kemungkinan besar Jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur sudah tidak sesak dengan kenderaan tetapi dengan manusia. Pelancong-pelancong tidak lagi berkunjung ke Malaysia. Genting Highland akan sunyi sepi, Bandar Sunway tidak berpengunjung, KLCC. Menara Maxis dan menara Petronas "menangis", KLIA dan Terminal LCC berdukacita.... Barangkali Macam Padang Jarak Padang Tekukur...Penjajah akan tersenyum lebar. Syaitan bermaharajalela dan erti kemanusian akan menjadi kabur. Transformasi dan reformasi akan hanya jadi mimpi ngeri. Naujubillahi minn zalliq..

Kerana Thaksin berperang menggunakan senjata "lisan", menyuarakan bahawa hanya "kuasa keramat rakyat" yang mampu mengembalikannya untuk menjadi Perdana Menteri di Thailand. Thaksin tidak ungkapkan Makhal Sakhti tapi maknanya tidak jauh berbeza. Hatta rakyat berpakaian merah darah mula mewarnai politik Thailand. Para petunjuk perasaan mula berbondong-bondong mewarnai seluruh bandar utama di Thailand. Umum tahu Thaksin kaya raya namun pernah disabitkan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan lari dari cukai sehingga dia terpaksa menyelamatkan diri ke negara asing. 10 tahun dalam buangan bagi Thaksin untuk melepasi hukuman 2 tahun penjara di Thailand, terlalu lama dan menyeksa jiwanya. Kata Thaksin bahawa dia mampu menaikkan taraf dan kesejahteraan negeri lain tetapi kenapa BUKAN negerinya sendiri. Alasan inilah yang diungkapkan nya untuk kembali ke tanahairnya, Thailand, dan mengambilalih jawatan "Perdana Menteri". Apakah tindakan Thaksin berpaksikan kesejahteraan Thailand dan rakyatnya dalam erti kata yang sebenarnya? Lalu dia memilih "kuasa rakyat". Umum tahu bahawa dia mampu beli baju merah barang sepasang dua untuk penyokongnya. Dia memilih demonstrasi.

Bagi Abhisit yang menaiki taktha melalui gerakan demonstrasi adalah satu risiko yang "calculated". Abhisit boeh buat pada Thaksin, Thaksin boleh buat ke atas Abhisit. Persoalan umum ialah bagaimana nasib rakyat yang diperintah? apakah beliau dapat mengatasi gerakan yang pernah digunakannya untuk menaiki taktha-demonstrasi?. Apapun rakyat Thailand dan Negara Thailand tetap rugi dari Demonstrasi ini. Sesungguhnya mencegah supaya ia tidak tercerus lebih mudah dari menghentiknnya setelah ia tercetus.
.
Apakah Rakyat Malaysia mendambakan keadaan ini? Apakah keadaan di Thailand belum cukup untuk menjadi sempadan dan pengajaran kepada kita? Lantaran kemahuan yang tinggi untuk menjadi Perdana Menteri, jiwa raga dan kehidupan rakyat dikorbankan? Kecintaan terhadap agama, bangsa dan negara dipergadai...?
.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)