Tuesday, April 7, 2009

Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau


Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Sarawak-Calon BN menang dengan Majoriti 1,854 undi; Ahli Dewan Rakyat Bukit Gantang, Perak-Calon PAS menang dengan Majoriti 2,789 Undi; Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah-Calon PKR menang dengan majoriti 2,403.

Dengan ini bermakna BN mengekalkan kerusinya di Batang Ai, PAS mengekalkan kerusinya di Bukit Gantang dan PKR mengekalkan kerusinya di Bukit Selambau. Tidak ada sesuatu yang baru dan mengejutkan yang merupakan "exitement". "Back to square one".
.
Ini bermakna majoriti pengundi-pengundi secara amnya masih berpegang kepada keputusan yang mereka buat semasa PRU12 yang lalu. Kalaupun berlaku sedikit perubahan, terutama di Bukit Selambau Kedah dan Bukit Gantang, Perak, ianya berpaksikan kepada perubahan pengundi mengikut polarisasi kaum. Kemungkinan berlaku penurunan pengundi "bumiputera khasnya Melayu kepada PR, manakala pengundi Bukan Bumiputera pula meningkat kepada PR. Perkara ini perlu dikaji dan dianalisa dengan lebih terperinci sekurang-kurangnya bagi mengetahui "gelagat pengundi".

Keputusan ini adalah sama dengan keputusan PRU 12 pada Mac, 2008. Perubahan hanyalah semasa PRK Kuala Terangganu di mana PAS berjaya merampas kerusi MP dari BN di Kuala Terangganu. 3PRK itu bukalah satu "exitement " yang baru sehingga mendesak satu refferendum diadakan segera.

Kemenangan BN di Sarawak menunjukkan bahawa "Sarawak Way" masih menjadi pegangan majoriti penduduk Sarawak yang belum"terjangkit" dengan "politik sentiment", "politik retorik". Pendekatan "character asissination" belum menular hingga ke akar umbi di Bumi Kenyalang; walaupun pada hari penamaan calon di Batang Air ramai yang mula memekikkan "Reformasi" dan "Altantuya".

Bagaimanapun, BN tidak boleh "take for granted" bahawa kemenangan BN di Batang Ai sebagai Sandaran bahawa Sarawak, termasuklah Sabah, adalah sebagai "fixed Deposit" atau "safe deposit" kepada Kerajaan Barisan Nasional. Sejarah telah membuktikan bahawa "Tiada Sabah, Tiada Sarawak Maka Tiada Malaysia". Ini merupakan catatan sejarah 1963. Ianya berulang pada Mac, 2008 di mana "Tanpa BN Sabah dan Tanpa BN Sarawak, Tiada kerajaan Barisan Nasional Malaysia"

Ramai penganalisa politik berpendapat bahawa kekalahan Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia banyak dipengaruhi oleh kegagalan Barisan Nasional, UMNO, MIC, MCA, Gerakan, PPP dan yang lainnya untuk menarik golongan muda dan membuka ruang kepada golongan professional dan golongan intelek pelbagai kaum ke dalam perahu dan rumah Barisan Nasional.

Bagi golongan ini, BN tidak harus bertanya kepada mereka kenapa golongan-golongan ini menentang BN atau sekurang-kurangnya tidak menyokong BN. Sebaliknya BN perlu melihat dalam diri, rumah dan perahu mereka. Apa salah rumah mereka, apa kurang perahu mereka dan apa dosa mereka... atau apakah faktor "foundation" rumah komponennya mula tidak stabil?. Lihat saja pilihanraya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau; pemimpin-pemimpin MCA, MIC dan Gerakan kurang diberi tumpuan media massa atau ditonjolkan.

Saranan Tan Sri Muhyidin Yassin untuk dibuat satu kaji, satu "post moterm", mengenai kekalahan itu oleh golongan independent dan BUKAN oleh UMNO sendiri, perlu diberi perhatian serius. Rasanya kajian itu akan lebih bermakna lagi apabila meliputi kajian ke seluruh negara.

Satu yang masih menjadi tandatanya; di manakah Pak Lah, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri semasa 3PRK yang diadakan ini sedang panas?. Apakah dia dan penyokong-penyokongnya di Kedah dan di Perak masih bersedih? atau "simply' dua Tun tidak boleh berkayuh dalam satu perahu?

3 comments:

Anonymous said...

BN DAH TENAT BRO...SAKIT JANTUNG PASAL KRISIS DALAMAN,KENCING MANIS OLEH POLITIK WANG,NAIK DARAH BILA HILANG UNDI MELAYU (BUMIPUTERA),SAKIT GOUT SAMPAI TAK DAPAT URUS EKONOMI TAPI PALING TERUK...KETULAHAN(BESAR PERUT)BILA ALLAH DIKETEPIKAN..BRO..

Anonymous said...

Antara sifat yang mengenepi Allah SWT ialah selalu mengutuk orang mengikut hawa nafsu sendiri, menyalah gunakan hukum Allah dan menyelewengakannya semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu dan kemahuan peribadi. WHB.

Anonymous said...

Hukuman yang di segerakan bagi Pengekor Hawa Nafsu

Allah “azza wa jalla- berfirman: “Apakah mereka mengira
bahwa harta dan anak-anak yang Kami berikan pada mereka
(menunjukkan bahwa) Kami bersegera memeberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sadar.” (Al-Mukminun: 55-56).

Allah –‘azza wa jalla- berfirman: “Barangsiapa menhendaki kehidupan dunia, maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami kehendaki baginya neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.” (Al-Isra’: 18).

Allah –‘azza wa jalla- berfirman: “Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam,dan Jahannam itulah seburuk-buruk tempat kembali.” (Ali Imran: 196-197).

Allah –‘azza wa jalla- berfirman: “Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah-nya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa
kamu tidak mengambil pelajaran.” (Al-Jatsiyah: 23).

Allah –‘azza wa jalla- berfirman: “Jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya ketentuan Kami, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (Al-Isra’: 16).

Allah –‘azza wa jalla- berfirman: “Dan mereka memperturutkan hawa nafsunya, maka perumpamaanya seperti anjing. Jika kamu menghalaunya mengulurkan lidahnya. Dan jika kamu membiarkannya, dia mengulurkan lidahnya (juga).”
(Al-A’raf: 176).

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)