Saturday, April 4, 2009

NAJIB KE PUTERAJAYA

Oleh: Alhsa.
"Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional". -Najib

Akhirnya Najib juga yang ke Puterajaya. Walaupun pelbagai gagasan lain untuk menawan Puterjaya yang berhujankan pelbagai "senjata berat-berat" dan isu yang datang dari segenap arah, Najib juga yang berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.

Pada saat-saat akhir, halangan berupa "memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung" terus diutus. Namun ia, di mata kebanyakan, sekadar penyataan ketidaksetujuan pihak pembangkang. Perkara ini sudah lazim. Walaupun demikian, ramai yang melihatnya sebagai tindakan dan usaha yang sia-sia, terdesak dan berupa "penyataan kecemburuan" yang teramat dan penyataan kecewa.
.
Najib tidak pernah berdiri di tengah-tengah para demonstran menjanjikan 916. Dia tidak mendesak Pak Lah untuk menyerahkan kuasa. Dia tidak pernah membuat gagasan menawan Puterajaya. Namun dia terus diasak dengan tomahan dan "peluru tak berpandu" hampir saban hari.
.
Hakikatnya, Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam, Perdana Menteri rakyat Malaysia secara keseluruhan. Mungkin ada yang mengalami kesukaran menerima kenyataan ini; tetapi ketentuan Allah Subhanahu Wataallah (SWT) tidak mampu ditepis oleh mana-mana makluk. Barangkali, masih ada yang tidak menerima kententuan Allah SWT ini..?.
.
Sekurang-kurangnya telah didedahkan kepada umum bahawa Najib pernah diiktiraf sebagai "seorang yang cerdik" oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walau apapun alasannya, pengiktirafan itu masih "laku" apatah lagi setelah Najib dapat menimba telaga pengalaman secukupnya yang dapat memperkaya ilmunya dan kecerdikannya sebelum ke Puterajaya.
.
Pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri telah melalui norma dan system yang menjadi amalan di Negara ini sejak merdeka. Ini merupakan satu kesinambungan yang terpelihara. Ia berjalan licin dan beretika. Jauh berbeza dengan peralihan kuasa di sesetengah negara yang terpaksa membayar nyawa dan mengalirkan darah. Tidak mampukah kita berbangga dengan system ini?
.
Hakikat ini terbentang di hadapan mata kita. Apakah ada di antara kita yang masih menolak dan tidak menerima ketentuan Allah SWT ini?.
.
Tahniah Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Semoga darah yang mengalir ditubuh Najib membawa warisan Tun Razak yang telah mampu dengan cemerlang dalam melerai himpunan masalah berat di zamannya.
.
NOTA (Dari agendadaily)
Langkah sulung: Najib bebaskan 13 tahanan ISA. Dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke seluruh negara yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 Jumaat malam (3 April, 09), Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 13 orang tahanan ISA akan dibebaskan. Selain itu proses kajian semula terhadap Akta ISA akan juga dimulakan. Beliau juga memberitahu larangan sementara ke atas dua penerbitan yang dipercayai organ PKR- Suara Keadilan dan PAS Harakah akan ditarik balik.
Related......
.
PERUTUSAN PERTAMA SEBAGAI PM.................

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)