PART I
Sejak Pilihanraya Kecil (PRK) Parliment Permatang Pauh yang menjadi kubu kebal Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI), deman pilihanraya semakin merebak hampir di seluruh tanahair. PRK Permatang Pauh agak unik kerana tindakan Penyandangnya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti KeADILan Malaysia, apapun alasannya, dipandang sekadar memberi laluan kepada kepada DSAI untuk menjadi Ahli Parliment. Datuk Seri Wan Azizah sihat wal afiat. Cuma peranannya sebagai Ketua Pembangkang masa itu masih "lembut" dan mendambakan “push” dan “eco” dari pemimpin pembangkang yang lain seperti Lim Kit Siang (DAP) dan Karpal Singh (DAP) sedangkan DSAI menjadi laksamana gendang perang di luar dewan.
Sejak PRK itu, PRK Kuala Terangganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Batang Air diadakan. Deman PRK belumpun sembuh, Wabak PRK merebak lagi. Kini menyerang Penanti, Pulau Pinang. Dikhabarkan akan merebak lagi ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, khasnya di tanah kelahiran anak sulung UMNO di Sabah iaitu di Usukan, Kota Belud, setelah ADUNnya Datuk Japilin Akim ditangkap SPRM berkaitan tuduhan rasuah.
Wabak PRK juga dikhabarkan masih menyerang di Pulau Pinang. Kepala Batas menjadi tumpuan memandangkan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima dikatakan sudah ingin menjauhkan diri dari “penyakit politik”. Lebih dari itu dia sudah pasti tidak akan rasa selesa duduk sebaris dengan para MP yang lain di Dewan Rakyat. Lalu dia kononnya akan memilih kaedah “isolation” dan akan mengosongkan Kepala Batas. Dengan rebahnya Pak Lah sebagai Perdana Menteri, apalah istimewanya Kepala Batas pada dia.
Selain itu sekurang-kurang terdapat dua lagi kawasan yang kemungkinan di serang wabak PRK. Kawasan Pandamara, Selangor dan kawasan Tebing Tinggi, Perak yang masing-masing di wakili oleh Ronnie Liu (DAP) dan Ong Boon Piau (DAP). Ronnie Liau menghadapi tuduhan menghalang penjawat-penjawat awam dari Majlis Perbandaran Subang Jaya melaksanakan tugasan mereka semasa serbuan ke atas sarang pelacuran di Hotel Chile di Jalan Kenari, Puchong. Ronnie akan dibicarakan pada Oktober 29, 2009 di Mahkamah Mejistrate Petaling Jaya. Manakala Ong Boon Piau dikhabarkan telah ditangkap polis berhubung dengan penyebaran DVD “Democracy Tree” yang boleh didakwa di bawah Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman minima RM5,000.00 hingga RM30,000.00, tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Jika didakwa dan sabit kesalahan, pangkat dan kedudukannya sebagai YB akan lucut dengan sendirinya.
PART II.
Pihak Pembangkang tentu sekali berasa selesa kiranya deman PRK ini menjadi epidemik kerana kawasan-kawasan yang disebutkan, kecuali DUN Usukan, merupakan “padang permain” mereka. Mereka sudah “immune”. Sekurang-kurangnya “momentum pilihanraya” dapat mereka heret sehinggalah ke PRU 13. Keadaan seperti ini memihak kepada Pembangkang; kerana itu “muncung senapang” mereka harus terus dihalakan ke Barisan Nasional khasnya UMNO dan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. UMNO harus terus dilebel sebagai “pengecut” bermula di Penanti. Hantu Altantuya harus terus di jampi dengan mentera agar terus “roaming” dan dapat disensasikan pembangkang. Isu rasuah akan mereka lambakkan, keputusan mahkamah akan terus diragui dan pihak keselamatan akan mereka beri gelaran sebagai serigala Barisan Nasional dan bermacam-macam lagi.
Dalam masa yang sama, rakyat biasa terus keliru dan dikelrukan. Wang rakyat digunapakai untuk untuk “mendapat kuasa” sedang kebajikan mereka kian jauh, kian hilang dan bakal dilupakan setelah antara mereka dan pemimpin saling ingat memperingati di musim pilihanraya. Bagi Barisan Nasional, jangka waktu talian hayat sebelum PRU 13, semestinya diperguna untuk merealisasikan transformasi dan pengukuhan nasional seperti “semula”. Paluan gendang perang Pembangkang semasa demam PRK bermaharajalela hendaklah diredakan.
Pengukuhan parti-parti komponen Barisan Nasional harus menjadi tanggungjawab bersama, bukan parti sendiri-sendiri (masing-masing), tanpa boleh dilengah-lengahkan. Tradisi “grassroot leaders” dan “grassroot suppoters” yang asyik mengerumuni pemimpin mereka dengan permintaan mestilah dinoktahkan. Persembangan golongan muda dan elite yang asyik membicara “kenderaan mewah model baru”, “handphone canggih”, "butang suit emas putih" dan kepekaan telinga mereka mengenai projek mega dan separa mega mesti direhatkan. Andainya mereka gagal mengengkang “kehendak” yang tidak mempunyai batasan ini, natijahnya menanti di ambang PRU 13. Lalu, wacana pengukuhan ummah dan gagasan transformasi akan hanya menjadi mimpi ngeri.

No comments:
Post a Comment