Seteru politik yang belum menmpakkan kesudahan segera.
"If you can't beat them, joint them". Perumpamaan Inggeris ini sering menjadi strategi kebanyakan. Namun bagi Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, perumpaama Inggeris itu seakan tidak 'significant" kepada perjuangannya. Barangkali, Dato Seri Anwar Ibrahim telah meniupkan jampi serapah ke dalam sanubari Jeffrey sehingga dia bersemangat,, "lawan tetap lawan".
Ramai yang memberi penailaian bahawa Jeffrey ada seorang ahli poitik yang berkualiti dan berkalibar. Namun jika dia tidak mampu memenangi pilihanraya, kualiti dan kalibar itu hanyalah sekadar menjadi "milik peribadi atau harta intelek" yang tidak memberi impak kepada penggubalan polisi dan dasar kerajaan. dalam ertikata yang sebenarnya
Kualiti dan kalibar semata-mata tidak juga dengan mudah menganugerakan kemenangan kepada Jeffrey. Ternyata dia kalah dalam beberapa siri pilihanraya yang ditandinginya. Dia, calon BN, pernah kalah kepada Dr. Maximus Ongkili, calon PBS, dalam pertandingan kerusi Parliment Kota Marudu, Kalah , atas tiket bebas, kepada Kurup di Pensiangan, Kalah, atas tiket PKR, kepada Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, abang kandungnya, di MP Keningau dan kalah, atas tiket PKR, kepada Gusting Gunka di DUN Bingkor, Keningau. Jeffrey hanya pernah menang sekali dalam PRU, iaitu di kawaan Bingkor atas tiket PBS pada tahun 1994.
Ramai yang berpendapat bahawa Jeffrey yang dkatakan sebagai "tokoh politik yang baik" memang akan menharungi kepayahan dalam mana-mana pilihanraya akan datang kecuali apabila ia berada dalam perahu yang sama dengan abangnya, Pairin. Lantaran itu, bila dia mengumumkan meletak semua jawatannya dalam Parti KeADILan Rakyat-PKR, ramai yang meramal bahawa Jeffrey bakal menjadi YB dengan mudah di atas tiket PBS. Naumn ramalan itu tidak tidak menjadi kenyataan. Tidak, buat sementara waktu.
Jeffrey yang meletakkan kesemua jawatan dalam PKR telah tidak diizinkan DSAI. Malah dia diberi peranan baru sebagai Pengerusi Majlis Permesyuaratan PKR bagi Sabah dan Sarawak, satu jawatan yang tidak wujud dalam parti tetapi, "sound glamourous", dan satu jawatan yang tidak menjadi angan Jeffrey. Jeffrey sebenarnya lebih mengidamkan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang kini di sandang DSAI sendiri.
Kenapa Anwar tidak terima perletakkan jawatan Jeffrey?. Walaupun.Jeffrey telah "membakar jambatan perhubungan dengan PKR" dan membuat kenyataan terbuka bahawa "dia tidak mungkin membiarkan diri dan penyokongnya untuk menjadi alat politik Kuala Lumpur"; Dia juga diuar-uarkan sebagai individu di belakang tabir permohonan pendaftaran sebuah parti, Parti Cinta Sabah, PCS; DSAI masih tetap enggan melepaskan Jeffrey.
Sebelum itu, DSAI pernah memberi amaran yang solah-olah ditujukan khas kepada Jeffrey- "patuh, berundur atau dipecat"- selepas perlantikan Thamrin Haji Jaini sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah menggantikan YB Azmin Ali, MP Gombak, Kuala Lumpur. Harapan DSAI disandarkan kepada Jeffrey dapat menyumbangkan kerusi MP dari Sabah yang dianggap sebagai fixed deposit BN Malaysia dan terbukti sebagai penyelamat Kerajaan Persekutuan semasa PRU 12, 2008.
Secara tidak langsung, "memang sukar dinafikan bahawa motif di sebalik penolakan perletakkan jawatan Jeffrey oleh DSAI kerana dia berpotensi menjadi sebagai "alat politik" Kuala Lumpur, Apakah Jeffrey akan berpaling sekali lagi demi mempertahankan prinsip "tidak mahu menjadi alat politik Kuala Lumpur"? Di manakah dia berada untuk mengelak dari menjadi alat politik Kuala Lumpur? Atau benarkah Jeffrey mudah dijinakkan dengan "posisi" dan pangkat kerana dia adalah Jeffrey Kitingan, "typical of him"?
Penyataan Tan Sri Joseph Kurup yang mengakui Pencapaian PBRS kurang membanggakan memberikan sedikit kelegaan dan keceriaan kepada Jeffrey. Sekurang-kurangnya musuh politiknya mengakui kekurangan dan kelemahannya. Sekurang-kurangnya musuh mendedahkan kod rahsianya. Ia bakal menjadi azimat Jeffrey jika berlaku pertembunganya dengan Kurup di Parliment Pensiangan, salah satu kawasan favorite Jeffrey.
Sebagai orang veteran dalam politik, Kurup juga masih menyaksikan kekurangan dan kepincangan kepimpinan PKR Sabah. Anwar yang kembali menerajui PKR Sabah, kembali ke Ibu Negara tetapi meninggalkan asap peperang masin berkepul kepul. Kem Jeffrey dan kem Thamrin masih lagi belum dapat disatukan. Pertentangan mereka belum reda. Kepimpinan PKR Sabah masih "vulnerable and fragile". Jeffrey pula dilapurkan masih lagi "unhappy" dengan strukur organisasi PKR Sabah terkini.
Jeffrey, Sebagai seorang yang berendidikan tinggi dan telah banyak melalui ranjau sepanjang kerjaya politik nya di Sabah Kenyataan "Not to know Jeffrey is not to know Sabah Politic". Realitinya ,tiada seorang pun yang boleh mendabik dada mengatakan sebagai "penasihat" atau "penunjuk ajar Jeffrey dalam membuat keputusan poitiknya atau masa depan perjuangannya. Jeffrey adalah sorang politikus yang amat sukar diramal. In a blink of eyes, Jeffrey masih mampu berubah atau membuat keputusan yang di sendiri fikir baik mengikut perkiraannya.
2. Jeffrey/Christina..The Thorn in PKR?
3. Beware of DSAI Political Tricks.
RELATED STORIES:
1. PBRS.-Parti Bersatu Rakyat Sabah, Members Must Study Party's Weaknesses In Order To Be Strong2. Jeffrey/Christina..The Thorn in PKR?
3. Beware of DSAI Political Tricks.
No comments:
Post a Comment