Tuesday, December 22, 2009

Pendaftaran Pakatan Rakyat dan "Hantu Hantu"


"Ritual perlu dilakukan agar hantu tidak menggangu bangunan ini"

Zaman kanak-kanak "dulu-dulu" ada sejenis permaian yang asasnya "main kejar-kejar" atau disebut main hantu-hantu. Sebelum permainan dimulakan perserta akan menjalani undian, "demokrasi barangkali", dengan mencabut "rumput sundal" yang digenggam, bersifat sebagai "ballot box" ala SPR, salah seorang peserta untuk mempastikan kerahsiaan "ballot SPR". Umumnya sesiapa yang tercabut "rumput sundal yang pendik" dialah yang akan jadi "hantu". Lajimnya semua peserta telah mempersetujui prosedur itu dan ianya seakan universal. Setelah itu, bermulalah permainan hantu-hantu ini di mana setiap peserta mengelak dari tersentuh hantu agar tidak bertukar jadi "ahli hantu".

Amalan demokrasi menarik rumput sundal menarik perhatian kita jika dikaitkan dengan pendaftaran Pakatan Rakyat. Kumpulan pro DAP awal-awal lagi menyatakan bahawa Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak berminat mendaftarkan Pakatan Rakyat secara rasmi. Jika kita tanya "hantu-hantu" pasti mereka menjawab "sebab DAP tidak dapat menerima TGHH menjadi Perdana Menteri"!!.

Dato Seri Anwar bin Ibrahim pula, selepas konvensyen PKR, telah menggunakan skilnya dan kalibarnya berpidato mengatakan bahawa pendaftaran Pakatan Rakyat sedang dalam proses. Jika kita tanya hantu-hantu, mereka dengan mudah menjawab "pakar pidato saja mana cukup".

Hantu-hantu DAP pula pasti akan mudah menjawab "kita mau kasi jadi ini Malaysia Negara Repulik macam Singapura maa"

Kenapakah tidak berlakunya kesealiran penyataan pemimpin-pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat? Apakah ini gambaran sebenar bahawa Pakatan Rakyat itu sebuah pakatan yang memang tidak sepakat? Atau masing-masing dengan agendanya yang tersembunyi dan tersirat? Atau masing-masing mahu menjadi pemegang saham 90%?

Sedikit masa lalu, DSAI mengkritik perbuatan pemimpin-pemimpin DAP yang meminjak-mijak gambar tiga ADUN di Perak. Katanya perbuatan itu tidak bertamadun. YB Karpal Singh terkecuali sebab dia pakai wheelchair. Barangkali jurutolak yang "menjatuhkan" Karpal semasa di mahkamah dulu terikut memijak gambar itu?

Jika hantu-hantu sedia menerima keputusan rumput sundal yang pendik, kenapakah mereka yang berangan-angan menawan Putrajaya masih lagi  jauh terkebelakang dari  sistem zaman kanak-kanak dulu? Apakah kerana jawatan Perdana Menteri itu "hanya satu" dan kini disandang oleh YAB. Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak?.

Kiriman Mat Salem Menthol

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)