Sunday, February 14, 2010

DATUK ZAHARIN MD HASHIM BERPATAH ARANG.

 
Datuk Zaharin Mohamad Hashim berpatah arang dengan PKR. Dia menggunakan haknya. Apapun orang lain kata mengenai haknya, sudah tidak bernilai di sudut hak asasi.
 
Sebelum Zaharin, Fairus juga tidak disenangi LGE yang membawa Fairus hilang dalam senarai pimpinan Kerajaan Pulau Pinang. Apakah yang menggantika Fairus rasa selesa bekerajaan dengan LGE?

Dengan tegas dan resmi Datuk Zaharin Mohamad Hashim meninggalkan PKR, menggunakan letterhead resminya dan menyatakan sebab-sebab dia meletakkan jawatan. Alasan jelas yang dapat diterima umum ialah dia sudah lama memendam rasa tidak puasa hati terhadap kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bila Zaharin meninggalkan PKR, dia tidak sedikitpun melakukan jenayah. Dia benar-benar bersedia bertanggungjawab ke atas keputusannya dan alasannya meletakkan jawatan. Satu demi satu dibariskannya dengan resmi. Jika ada pihak yang mahu menggunakan evidence mengenai alasannya boleh menggunakan alasan resmi itu anytime, anywhere.

Buka sekali LGE tidak menyenangi kepimpinan PKR. Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terdahulu, Mohammad Fairus Khairuddin jua tidak disenangi LGE dan Fairus juga tidak semestinya menyenangi cara mempimpin LGE. Akibatnya Fairus terpadam dalam senarai pimpinan LGE di Pulau Pinang. Fairus hanyalah mentimun.

Zaharin, sebagai mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dan sumbangannya tidak mudah dinafikan. Janganlah kerana dia meninggalkan PKR maka segala struggle nya menaikkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dipandang terlalu sepi. Umum melihat kepergiannya meninggalkan kesan yang besar terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat dan PKR dan PKR Pulau Pinang khususnya. Jika dia kurang dan silap, masakan fellow MP PKR seperti Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng memberi sokongan kepadanya dengan mengatakan LGE pemimpin yang tiada kelas dan berat sebelah.

Ura-ura yang mengatakan lebih ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat khasnya PKR akan mengikuti jejak Zahari, menunjukkan penurunan sokongan terhadap PKR. Tindakan Zaharin plus Sodomi II yang sedang dibawa ke muka pengadilan, seakan menyepikan suara PKR yang suatu ketika terlalu mencanang dan menjadi eko dalam suara politik Malaysia. Kini sepi seolah-olah telah kematian semangat. Ura-ura kematian PKR sedang berlegar di dunia cyber. Norma dan style PKR yang agresif dan offensive sukar di fine tune menjadi lebih bertoleransi dan berlemah lembut. Oleh itu bila berlaku pertembungan, ianya mudah meledak dan perpecahan berlaku dengan tiba-tiba dna hampit tidak diduga.

PAS yang sebelum ini menjadi "back up singer" kepada nyanyian Pakatan Rakyat dan PKR telah menghentikaan penyertaannya. PAS sudah menyedari bahawa asas kekuatan partinya ialah ideologi, BUKAN sentimen semata-mata. Sebarang kegelinciran PAS dari ideologi akan membawa padah pada partinya. Oleh itu langkah mengelak dari terjerumus dalam persengkataan dan kemelut PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, PAS menutup mikrophonenya.

PAS memiliki penyokong yang mantap dengan induktrinasi dan pegangan ideologi PAS. PKR tidak memiliki semua ini menyebabkan PKR terlalu vulnerable terhadap ancaman Tsumani Politik. PKR adalah penyambung DAP-PAS terutama DSAI. Dalam kesibukan DSAI menghadapi Sodomi II, Pakatan Rakyat menjadi kucar-kacir. Seolah-olah tanpa DSAI PR akan tenggelam. Bilakah akan reda Tsunami yang melanda PR ini? Atau ia bakal tidak lagi reda kerana kelihatan DAP semakin menguatkan persediaannya secara sendiri-sendiri dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Keadaan seperti inilah yang menjadi Berita Utama dalam dunia cyber sambil mengetengahkan persoalan: Apakah pakatan Rakyat akan surcive sehingga PRU 13.

Mungkin Zaharin, Mungkin Tang Tee Beng, mungkin YB Zulkiflee Noordin MP Kulim Bandar Baharu, mungkin mantan SUA PKR, Mungkin Bendahari PKR atau mereka semua tahu bahawa sesuatu yang lebih hebat melanda PKR. Kita hanya mampu berteka teki. Namun, jika gambaran bahawa kapal PKR bakal tenggelam, samada PAS atau DAP tidak mungkin akan dapat membantu lagi. begitupun, PKR tidak lagi berupaya sebagai penyambung DAP-PAS.

Ke manakah Zaid Ibrahim, sebagai Pengerusi Penaja, akan membawa Pakatan Rakyat Malaysia?

Apakah ini message yang ingin disampaikan oleh Datuk Zaharin Mohamad Hashim untuk seluruh Rakyat Malaysia sehingga dia sanggup berpatah arang?

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)