Sunday, February 28, 2010

Analisa DAP: hanya perlukan 40% undi Melayu untuk Perintah Melayu?

 
AWAS! Mungkin pengundi DAP melintas.

Para penganalisa politik DAP sudah mengira untung rugi PRU 13. Seakan mereka terlalu gelojoh untuk mengambilalih kuasa. Lawatan Lim Kit Siang ke Sabah sendiri meniupkan politik perkauaman. Dia bagaikan sudah tidak peduli dengan soal-soal perpaduan kaum.
Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.
DAP seakan menafikan kewujudan ahli-ahli PAS dan sebahagian ahli-ahli PKR sebagai umat Melayu dalam Pakatan Pembangkang dengan menekankan perkiraan merendah-rendahkan, memperhitung dengan merendah-rendahkan kewibawaan pengundi Melayu sebagai variable untuk membentuk kerajaan.

Apa yang PAS perlu nilai dengan hati terbuka ialah 'kematian ideologi PAS" dalam perhitungan orang-orang DAP dalam merampas kuasa dari kerajaan menjelang PRU 13 nanti.
Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).
Walaupun analisa ini telah dibuat beberapa bulan yang lalu dengan menggunakan unjuran lampau, namun ianya masih menggambarkan  idelogi DAP yang sebenarnya yang tidak mudah DAP atau LKS sembunyikan.

Rakyat Malaysia perlu menilai realiti sebenar sebagai rakyat Malaysia. Tidak akan wujud kestabialan negara dimana masyarakat induk yang majoriti diketepikan hak mereka. begitupun, tiada rakyat Malaysia yang perlu dihalang untuk memajukan diri mereka dengan formula dan kaedah yang mengikut norma Malaysia. Kita tidak perlu mengimpot norma asing yang tidak sesuai dengan masyarakat kita. Kekayaan semata-mata dan merebut harta karun semata-mata tidak menjamin kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia secara total. Kekayaan harta benda bukan ukuran kesejateraan.

Keruntuhan Pakatan Pembangkang sejak akhir-akhir ini adalah kerana sikap penyokong dan pendokong Pakatan Pembangkang yang lebih radikal perkaumannya. Ditambah pula dengan sikap angkuh pemimpinnya yang mengagung-agungkan sikap perkauman dan menuntut hak sesuatu kaum yang dijamin oleh perlembagaan diruntuhkan.

Kepada rakyat Malaysia, sedarilah bahawa negara ini adalah negara kita. Negara ini akan hanya bisa dihuru-harakan oleh kuasa asing jika kita mengharap bantuan mereka dan memberikan mereka laluan mudah di samping menganjung sanjung kelebihan mereka. Sikap ini mula wujud di kalangan  mereka yang mengenepikan negara ini sebagai negara yang perlu mereka dilindungi dan mereka bela. Tetapi bagi mereka yang menaruh kepercayaan bahawa negara ini adalah negara tanah tumpah darah mereka dan hidup mati mereka dan setia mereka di sini, maka sebarang manipulasi kuasa asing harus ditentang habis-habisan.

Adakah DAP sudah benar-benar mengenepikan bahawa penyokongnya tiada dari umat Melayu? atau DAP menganggap PAS hanyalah sebagai alat kerana itulah mereka hanya dihitung  sekadar dengan jari jemari dan relevansinya bersama Melayu yang lain  hanya sekadar 40%?

Apakah DAP sudah mengenepikan kaum pribumi lain dalam perkiraan mereka? Atau pribumi juga dianggap DAP sebagai tidak relevent dalam perincian mereka?

Jika demikian, barangkali DAP menyimpan "pengundi rimba" untuk menjamin kemenangan mereka dalam PRU13?

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)