Thursday, August 7, 2008

PERHITUNGAN DI PERMATANG PAUH

Kes liwat Anwar hanya akan menjadi senjata Anwar meraih simpati pengundi. Cerita di Permatang Pauh pasti jauh berbeza dengan cerita di Mahkamah.

Di ambang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Anwar telahpun menerima serangan peribadi yang pertama. Sekalipun YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia membuat kenyataan menafikan dakwaan liwat melibatkan Anwar sengaja dirancang bagi memesongkan perhatian rakyat daripada pelbagai masalah yang sedang dialami oleh kerajaan ketika ini, pandangan umum masih tetap menyatakan bahawa kes liwat itu adalah senjata yang diharapkan sebagai pemusnah karear politik Anwar.

Permatang Pauh memang sarat mengandung dengan “sejarah masam” bagi BN sejak Anwar dipecat dari UMNO. Pada saat BN hampir menyapu bersih kerusi parliament dalam PR11, permatang pauh tetap membuahkan “pauh yang masam” buat BN. Datin Seri Puan Wan Dr. Azizah Wan Ismail (DSPAWI) tetap menjadi pilihan majoriti para pengundi di Permatang Pauh.

Pilihanraya Umum ke 11 hampir menjeratkan Presiden PKR itu ke perangkap tangan-tangan ghaib sehingga pada penghitungan pertama undi, DSPAWI telah didapati “kalah”. Namun lawannya seorang Ustaz yang takut dan berpegang kuat kepada hukum Allah SWT, akur pada kiraan semula yang memihak kepada presiden PKR itu.

DSPAWI adalah bayang-bayang DSAI di Permatang Pauh. Kali ini, DSAI menjelma sebagai calon yang bakal ditentang calon BN. Pertentangan kali dilihat bukanlah antara Anwar semata-mata dengan Mr X ,calon BN. Perhitungan kali ini adalah antara PR dengan BN. Lebih ketara ialah pertarungan mempertahankan posisi Anwar sebagai “Perdana Menteri Menanti” bagi menafikan kedudukan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang juga sebagai “Perdana Menteri Menanti” selepas Pak Lah.

Seluruh anggota dan jentera BN pasti akan dikerah ke Permatang Pauh. Seluruh anggota dan jentera PR pasti akan menyambut mereka dengan lebih ghairah. Ghairah kerana inilah julung kali mereka dilihat bukan sebagai “underdog”. Mereka adalah “Tuan Rumah”. Sebagai tuan rumah, mereka rasa “membujur lalu melintang patah”. Keyakinan mereka adalah keyakinan Tuan Rumah.

Hakikatnya, pertemuan BN vs PR ini bagaikan permainan bola. ” Bola itu bulat. Peluang tetap terbuka untuk mana-mana parti yang bertanding memenanginya. Istilah kemenangan mutlak dan percuma tidak terpakai pada pilihan raya kecil ini. Jelasnya pertembungan sengit pasti akan berlaku. Anwar anak Penangist, Pak Lah juga anak Penangist. Di belakang Pak Lah ada Najib yang dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri. Di belakang Anwar, juga sebagai penuntut “Perdana Menteri Menanti” ada Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Memang satu pertembungan sengit bagi kedua-dua belah pihak.

Isu-isu pilihanraya nanti pada dasarnya telahpun rakyat tahu dan maklum. Para pengundi atas pagar bilangannya hanyalah sedikit memandangkan kawasan ini kawasan yang maju dan terdedah kepada informasi yang mutakhir. Perkara yang menjadi perkiraan BN ialah mengalahkan Anwar di Permatang Pauh sebagai langkah yang vital bagi memadamkan semarak api perjuangan PR. Bagi Anwar pula, sekiranya dia kalah, “patah sayap terbang jua”. Sekiranya Anwar menang, BN tidak akan hilang kuasa. BN tetap juga memerintah seperti sedia kala. Namun ngauman Anwar bakal menjadi mimpi ngeri buat BN di pentas politik dan parlimen kiranya dia menang dengan majoriti yang besar dan penuh berwarna warni.

Percaturan BN dan PR di permatang Pauh amat menarik. Ujian Makkal Shakti dan Agenda Pengukuhan Nasional akan bertembung bagi mencacat sejarah yang bakal diwarisi anak-anak bangsa sampai bila-bila. Apapun isu-isu yang bakal dilemparkan, rasanya, perkara yang menjadi determinan adalah kebolehpercayaan dan keupayaan menawan keyakinan rakyat terhadap pihak yang bertanding dalam merealisasikan "impian indah" anak-anak bangsa. Perkara ini akan pasti akan menjadi sandaran dalam menganugerahkan kemenangan, di Permatang Pauh atau di mana-mana bumi di Permata Nilam.

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)