DALAM SEJARAH:
Pada 3 Mac, 2005, Pukul 2.18 Petang, Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Kini Timbalan Perdana Menteri Malaysia) bergerak meninggalkan Kawasan cadangan Jelapang Padi Kota Belud. Hingga pada hari ini jelapang padi itu masih menjadi igauan dan buah mulut masyarakat. Apakah pengumuman peruntukan RM1 billion terkini hanya sekadar memperbaharui janji menjelang PRU 13 atau bakal menjadi mimpi ngeri?.
Kajian demi kajian yang berbentuk spara komprehensif mengenai Jelapang Padi Kota Belud sudahpun dibuat dan dikemukakan kepada pihak berwajib. Pasukan perunding telahpun dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industeri Asas Tani Malaysia untuk mengkaji semula Dasar Padi dan Beras Negara. Basically, semua informasi dan keperluan mengenai pengujudan kawasan jelapang padi, khasnya bagi Negeri Sabah, telah dikemukakan dengan detail di atas kertas. Hampir setebal enam inci.
Pada asasnya persetujuan untuk mewujudkan Jelapang Padi Kota Belud sudahpun diputuskan. Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun melawat kawasan cadangan dan berpuas hati mengenainya. Peruntukkan dan keperluan sudahpun diumumkan ke pengetahuan masyarakat sejak tahun 2005 lagi.
Juruperunding sudahpun dilantik untuk membuat kajian dan rekabentuk infrastrukur yang diperlukan. Kontrak berjumlah jutaan ringgit pada asasnya telahpun dipersetujui dengan juruperunding ini namun setakat ini kemajuan dan perkembangan mengenainya masih belum diketahui umum apatah lagi keujudan jelapang padi yang uar-uar sehingga kini. Rakyat tahukah bahawa jumlah kontrak untuk juruperunding itu juga berjumlah jutaan Ringgit?

.
Pengayuh sudah di tangan, pahlawanpun sudah di atas sampan. Malangnya sampan masih terikat di pohon bakau dan tersimpul mati. Pahlawan jenis apa ini?
YB Datuk Musbah wakil Rakyat Tempasuk dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan memanglah cukup gembira kerana kawasannya akan dimajukan. Rakyatnya akan menilmati kemajuan hasil dari perancangan kerajaan Negeri dan Persekutuan. Beliau pernah mengatakan bahawa pelaksanaan Program Jelapang Padi akan bermula November, 2008 di samping lain-lain program pertanian yang dapat meningkatkan pendapatan rakyat. Namun demikian apa yang dirancang di atas kertas belum dapat dilaksanakan sehingga kini. Manakala janji telahpun ditabur dan bertaburan.
Rakyat hanya dapat berdoa agar janji pemimpin-pemimpin ini tidak mereka lupakan kerana rakyat tetap mengingatinya sampai bila-bila. Janji ini akat tetap ditagih terutama bila musim pilihanraya tiba.
Terkini, janji 1 billion ringgit dibawa lagi ke pengetahuan rakyat. Program ini barangkali hanya terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang, lima tahun, seperti prosedur biasa dalam perancangan di atas kertas. Biasanya SULIT. Namun keghairan sesetengan pemimpin mengatasi keSULITan ini dan mengumumkannya bagi membeli hati rakyat. Begitu murahkah hati rakyat? Berapa ramai yang tahu bahawa ”peruntukan itu” masih di atas kertas dan dalam tempoh lima tahun pelbagai sesulitan dan kebarangkalian akan berlaku?
Berapa ramai yang masih ingat bahawa Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yahya Hussien pernah menyatakan (dengan membaca deraf ucapan yang disediakan pihak Kementeriannya-MOA) bahawa sasaran 60% SSL- Self Sufficently Level (Tahap Kecukupan Sendiri), keperluan beras Sabah akan dapat dipenuhi menjelang tahun 2010 seperti yang terkandung dalam Dasar Pertanian Negeri Sabah?.
Melihat keadaan semasa dan jangka waktu tinggal kurang 150 hari lagi, adakah anda yakin bahawa sasaran 60% keluaran beras itu dapat memenuhi SSL dalam kontek keperluan beras tempatan akan dapat dicapai selaras dengan Dasar Pertanian Negeri Sabah seperti yang pernah disebut oleh MOA itu?.
Pada pandangan saya, sasaran SSL itu pasti gagal untuk dicapai. Bila berlaku demikian maka jari telunjuk akan mula menjadi lurus atau diluruskan kerana ianya akan bakal digunakan untuk menundingkannya ke arah orang lain termasuk menunding ke arah rakyat khasnya petani-petani yang tidak bersalah. Sudah tentu jari itu TIDAK akan dihalakan ke diri sendiri.

9 comments:
Salam Sdra,
As I see it, what you had post here is actually a melancholy story of the past. Reminiscing an oscillating act of broken promise. In fact an act of empty and never ending promise, so to speak.
saperti sdra, saya juga telah mengikuti perkembangan yang bersangut paut dengan ke Jelapang padi di Kota Belud ini.
Selaku seorang yang pernah sdra label kan sebagai professional thinker, saya faham kenapa kadang-kadang hal-hal saperti ini berlaku.
Saya juga faham bilamana perancangan tidak selari dengan kemampuan kewangan negeri atau negara.
Saya faham kenapa sesuatu projek ini mempunyai kos bermillion-million atau berbillion ringgit.
Selanjut nya saya faham bilamana sesuatu program pembangunan itu menembusi prioriti rakyat dan negara.
Cuma dalam isu ini, saya tidak faham kenapa program saperti Jelapang Padi di KB ini di laungkan oleh para Pemimpin berganda kali.
Namun kesudahan nya hampir-hampir zero setakat ini.
Kini, dalam daerah yang sama juga sekali lagi dilaungkan bahawa program tersebut mendapat kelulusan bersama dengan projek sampingan saperti projek Agropolitan dsn.
Alang kah mudah nya, kalau hal-hal saperti ini tidak perlu di war-war kan kalau sebenar nya peruntukan tidak ada atau tidak cukup.
Atau peruntukan tersebut di hijack ketempat lain di negara ini.
Bukan nya susah sangat untuk menyatakan ' Tiada, nyaa ruun, iso, dah-dun' dsn. Atau pun nyatakan sahaja bahawa permohonan tidak di luluskan. full stop.
Tidak kah mereka faham bahawa zaman 'janji seribu janji' telah berlalu.
Tidak kah mereka faham, masyarakat di sana telah muak dengan kes rhetorik saperti yang berlaku sekarang.
saya percaya saudara yang saya kenali selaku seorang yang berpengalaman dan berpendidikan tinggi, tidak akan sembarangan menulis isu yang bernada ' provokatif kelas satu' ini, kalau selama ini, semua nya berjalan dengan betul, di daerah sdra.
Penulisan saperti ini kadang-kadang boleh disalah tafsir sehingga menuduh sdra pro pembangkang atau di pengaruhi oleh elemen negatif dsn.
Namun sdra tidak kisah lagi, petanda sdra sudah 'fed' up' dengan pembohongan atau penipuan terhadap masyarakat sdra (warga Kota Belud).
Justru itu, saya sebagai sahabat, solute atas langkah pertama perjuangan sdra.
Mungkin ini lah salah satu ciri pemimpin yang blogger Dayang Wulan impikan.
Whatever it is we, are trained to accept the result of Que Sera-Sera'. Ya?
Good luck dan teruskan missi sdra yang sangat mencabar lagi berterusan sepanjang zaman ini.
Salam sdra... sesuatu yang tidak kena dengan perancangan.. ini lah akibat.. data.. seperti kata komputer.. apabila sampah yang masuk maka hasilnya juga sama. Pembuat kebijaksanaan dalam hal ini orng politik.. cuma membaca, apa yang disediakan.. kredable pegwai kerajaan dalm perkara ini diragukan. Tiba masanya menggunakan pegwai-pegwai yang kreadible agar kejadin ini jngan berulang.
Ai naa! Tuan Engineer Solymone pun ada sini.. Nahh kao! Oklah. Ini soal pembahagian pembangunan peruntukan untuk kemajuan pertanian. Dulu bila harga beras melambung tinggi, baru kelam kabut cari tempat tanam padi. Kawasan padi di Sabah amat luas. Cukup untuk kasi makan rakyat Sabah kalo serius nak dimajukan. Tapi kenapa kemudahan irrigation tidak pandai berubah. Apakah Sabah mau terus dijadikan "dumping ground" bagi beras tiada kualiti. Adillah kepada Sabah. Kasi peruntukkan dengan betul-betul kasi. Jangan atas kertas saja. Kami boleh bah. Ingatlah tanpa Sabah Kerajaan BN sudah jatuh. Jangan paksa kita untuk kasi jatuh pula. Majukan Sabah, maju bersama Malaysia. Kita tidak mahu peruntukan di atas kertas. JANGAN KASI PERUNTUKAN DI ATAS KERTAS.
Salam ziarah.
Petani adalah keluarga penternak dan nelayan. Jika mereka ini bersatu, orang politik terpaksa gigit jari. Maka itu janganlah mempermainkan rakyat yang mendambakan pembelaan dari kerajaan dan pemimpinnya. Jangan biasakan mereka menerima "ikan". Berilah mereka jalan "untuk menangkap ikan" sendiri. Berilah mereka peluang untuk berdikari. Kita sudah merdeka 52 tahun. Nasib rakyat yang menjadikan kita pemimpin mesti dibela. Pemimpin sudah kaya raya. Janganlah lupa daratan atau seperti kacang lupakan kulit. Tanpa rakyat, siapalah pemimpin. Renung-renungkanlah.
salam ziarah,
ikhlas saya katakan saya amat bersetuju dengan ulasan saudara solymone....
tq
Salam,
perjuangan tidak akan berakahir selagi kita ada cita2... jelapang padi yang kita impikan menjadi kenyataan di daerah Kota Belud, seperti guruh berdendtum-dentum di langit namun hujannya belum lagi turun2...
apa pun saya sependapat dengan saudara Solymone
bagus tanam bunga dari tanam padi...
Saya Setuju dng Sdr Musli
Hai Sabahans:)
Memang betul cakap kosong tu x baik... malah amat menyakitkan hati bila janji yang dilaungkan sekadar tinggal janji sedangkan harapan rakayt da tinggi meggunung... mungkin lebih tinggi dari gunung Kinabalu... hehehe
Namun Paquin percaya bahawa apapun yg orang kerajaan buat pasti ada sebab... jadi bagi mereka masa untuk buktikan bahawa kerajaan bukan sekadar memberi harapan tetapi menunaikan janji mereka sebagaimana yang kita harapkan:)
Post a Comment