Thursday, July 30, 2009

Wang Tak Co Ltd, Firma Hong Kong kini pemegang saham tunggal terbesar BERNAS

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memberi jaminan akan melindungi kepentingan petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang sahamnya walaupun firma pelaburan Hong Kong, Wang Tak Co Ltd kini muncul pemegang saham tunggal terbesar syarikat strategik pembekalan beras negara.

Dalam kenyataannya semalam, Bernas berkata, perlindungan itu turut dinyatakan dalam peruntukan dan syarat Memorandum dan Tataurusan Syarikat serta Perjanjian Penswastaan yang ditandatangani Bernas dan kerajaan pada 1996.

Katanya, Artikel 8 dan 9 memorandum itu menetapkan, pemegang saham khas Bernas iaitu Kerajaan Malaysia mempunyai kuasa veto ke atas sebarang resolusi lembaga pengarah atau pemegang saham atau sebarang peruntukan dalam memorandum dan tataurusan syarikat jika kerajaan mendapati ia perlu berbuat demikian untuk kepentingan nasional dan keselamatan negara.

“Urus niaga itu tidak menjejaskan kerana ia tidak akan mengakibatkan perubahan struktur penguasaan dan pengurusan Bernas. “Bernas yakin dengan kerjasama kerajaan, sebarang risiko ke atas penguasaan pelabur asing dalam industri strategik seperti padi dan beras dapat dibendung,” katanya.

Syarikat itu juga menjelaskan, selepas penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 25 Ogos 1997, hala tuju dan pengurusan Bernas di kawal sepenuhnya lembaga pengarah yang diwakili secara adil oleh pemegang saham utama dan minoriti, termasuk kerajaan melalui Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. “Sebagai syarikat senaraian awam, urusan perniagaan Bernas tertakluk kepada terma dan ketetapan Bursa Malaysia, selain tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pembelian saham oleh mana-mana pihak di pasaran terbuka,” katanya.

Syarikat itu menegaskan syarat pegangan dan penguasaan pelabur asing juga termaktub dalam Artikel 3 (1) memorandum dan tataurusan syarikat, di mana penggabungan yang boleh mengakibatkan pindahan kuasa atau pengurusan syarikat kepada mana-mana individu atau firma asing atau firma kawalan asing tidak dibenarkan.

Artikel sama turut menyebut, selain individu yang tersenarai, sebarang individu atau wakil mana-mana pihak yang ingin dilantik lembaga pengarah perlu mendapat persetujuan bertulis kerajaan.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata beliau akan mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu penjualan saham Bernas daripada pengurusan syarikat berkenaan dalam masa terdekat.

“Biar saya dapatkan maklumat berhubung perkara itu daripada Bernas sebelum membuat sebarang kenyataan... mungkin juga ia strategi perniagaan mereka.

“Lagipun Bernas disenaraikan di Bursa Malaysia yang juga pasaran terbuka, jadi perkara ini (jual beli saham) boleh berlaku,” katanya.
BERITA HARIAN

1 comment:

ANAK TANI said...

Pelbagai pihak termasuk ahli politik, tokoh akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan segera campur tangan untuk mengelak syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dikuasai firma asing.

Sambil menyuarakan kebimbangan berhubung penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid menegaskan kerajaan perlu memandang serius dan menyatakan pendiriannya berhubung isu itu.

"Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi.

"Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera. Saya hairan bagaimana saham ini boleh dibeli firma dari Hong Kong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)