Monday, July 13, 2009

DUNIA: Masyarakat Islam desak China henti tindas Muslim Uighur

Muslim Uighur nenuntut untuk menunaikan sembahyang Jumaat setelah larangan menggunakan Mesjid dikuatkuasakan di Urumqi.
Urumqi satu Pusat Bandar Warna Warni yang terkenal dan sebati dengan pelbagai budaya. Kini diancam perbalahan etnik

DUNIA Masyarakat Islam desak China henti tindas Muslim Uighur
Urumqi terus tegang, penduduk dilarang adakan perhimpunan awam

URUMQI: Masyarakat Islam di beberapa negara menggesa China supaya menghentikan tindakan kejam ke atas kaum etnik Muslim Uighur sehingga menyebabkan mereka menderita dan menghadapi ancaman keselamatan di negara berkenaan.

Di TEHERAN, seorang ulama kanan Iran, Ayatollah Naser Makarem Shirazi berkata China tidak boleh melakukan tindakan kejam ke atas umat Islam di wilayah itu. "Kami mengutuk kekejaman ini dan menggesa umat Islam di seluruh dunia mendesak China menamatkannya dan menghukum mereka yang bersalah," kata Shirazi.

Dalam kejadian 5 Julai lalu, kira-kira 1,680 orang cedera dan 184 maut dalam pertempuran di antara kaum etnik Uighur dengan pihak keselamatan dan masyarakat China Han. Keadaan di Urumqi terus tegang dan penduduknya dilarang mengadakan perhimpunan di tempat awam semalam sempena upacara tradisi berkabung oleh masyarakat China Han. Anggota polis antirusuhan juga turut mempertingkatkan langkah keselamatan di bandar ini terutama di kawasan sensitif.

Sementara itu di JAKARTA, kira-kira 100 penduduk Islam Indonesia menunaikan solat hajat di ibu negara Indonesia itu bagi membantah tindakan kejam ke atas puak Uighur. "Kami umat Islam di Indonesia turut merasai kepedihan yang dialami saudara seagama di wilayah itu dan mendoakan kesejahteraan mereka. Kami juga mendesak kerajaan China segera menghentikan kekejaman yang dilakukannya," kata penyelaras perhimpunan itu, Jamal Aldin.

"Semua umat Islam mesti menunjukkan perpaduan bagi etnik Uighur dan mendoakan keselamatan mereka," kata ketua Forum Umat Islam, Muhammad Al Khaththath, dalam satu kenyataan.

Di ISTANBUL, beribu-ribu umat Islam Turki menunaikan solat ghaib diketuai ahli teologi, Dr Nedim Urhan di Masjid Fatih untuk etnik Uighur yang terbunuh dalam rusuhan di Xinjiang. Mereka turut mengadakan tunjuk perasaan membantah kekejaman kerajaan China kepada penduduk Muslim di wilayah itu dan turut membakar bendera China.

Di TOKYO, sebuah kumpulan aktivis mengadakan tunjuk perasaan menggesa China mengakhiri keganasan etnik di Xinjiang. Persatuan Uighur Jepun berkata, kira-kira 1,000 orang termasuk beberapa kaum etnik Uighur menyertai tunjuk perasaan itu. Polis Jepun tidak memberi anggaran sebenar jumlah penunjuk perasaan itu.

Dalam pada itu, letupan tangki minyak di sebuah kilang kimia di Urumqi bukan disebabkan serangan pengganas, kata timbalan pengurus kilang. "Kami menolak serangan pengganas," kata Liu Jiyuan di kilang milik China National Petroleum Corporation, pengeluar tenaga terbesar negara itu.
AP/AFP

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)