KUALA LUMPUR 15 Julai – Berselindung di sebalik empat syarikat berdaftar yang menjalankan perniagaan runcit dan pemeliharaan ikan, 17 anggota sindiket dadah jenis syabu termasuk seorang yang bergelar Datuk mengumpul kekayaan lebih RM22 juta.
Kekayaan luar biasa itu termasuk RM65,994 tunai, akaun bank berjumlah RM4.63 juta, lapan unit rumah dan kedai, 16 bidang tanah sekitar Johor Bahru, Pontian dan Kota Tinggi. Anggota sindiket terbabit turut memiliki tujuh kenderaan dari jenis Kia Sportage, Mitsubishi Triton, Honda City, Ford Ranger dan Toyota Harrier.
Bagaimanapun, undang-undang membuktikan hasil pendapatan jualan serta pengedaran dadah itu tidak akan ke mana. Segala aset tiga perancang utama dan 14 sekutu sindiket itu dirampas susulan terbongkarnya kegiatan haram mereka dalam serbuan di Rompin, Pahang, baru-baru ini. Rampasan tersebut adalah yang terbesar bagi satu kes rampasan narkotik di negara ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Pelucutan Hak dan Harta Tahanan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ismail Yatim berkata, rampasan melibatkan hak milik anggota sindiket yang diperoleh menerusi aktiviti perniagaan dalam empat buah syarikat berdaftar. “Pihak polis masih menyiasat secara terperinci mengenai kes ini dan percaya, lebih banyak lagi harta akan dirampas tidak lama lagi. Kita juga percaya ahli sindiket ini terlibat dalam kegiatan jenayah lain termasuk ah long dan penggubahan wang haram. “Syarikat-syarikat yang digunakan kumpulan ini berdaftar atas perniagaan pemeliharaan ikan dan peruncitan am,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Pada Mei lalu, JSJN Bukit Aman dan Johor menahan tiga lelaki dan merampas kontena yang berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan lebih 978 kilogram bernilai RM254 juta di Rompin. Menurut laporan polis, ketika ditahan, dua daripada tiga suspek yang berusia antara 40 dan 50 tahun itu berada di bahagian belakang kontena dan sedang memuatkan bahan-bahan terlarang itu ke dalam tong-tong plastik.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, rampasan harta milik anggota sindiket itu yang dilakukan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988 akan disimpan oleh pihak berkuasa sementara menunggu perbicaraan dimulakan tidak lama lagi. Tegas beliau, polis tidak akan berhenti menyiasat serta mencegah aktiviti jenayah tersebut.

UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment