Bantahan terhadap Malaysia kurang bijak - Warga Indonesia
Oleh SYAHIDI BAKAR
pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 8 Sept. -
Rakyat Indonesia di negara ini menyifatkan provokasi pihak tertentu di republik itu sebagai satu tindakan terdesak yang kurang bijak dan tidak bertamadun.
Menurut mereka, sejarah rumpun Melayu yang berkongsi bahasa, budaya serta adat sejak ribuan tahun lalu perlu dihayati kembali agar sejarah hitam yang pernah tercetus tidak akan berulang. Razak Mawardi, 22, dari Riau berkata, provokasi dan ancaman yang dicetuskan itu sebenarnya tidak menggambarkan senario keseluruhan pendapat rakyat di republik itu. Katanya, isu tersebut tidak perlu disensasikan kerana sudah jelas kedua-dua negara mempunyai kaitan sejarah serumpun yang sama dan tidak perlu dipertikaikan.
''Saya rasa isu itu tidak wujud sama sekali. Ini mungkin tindakan sesetengah pihak atau individu tertentu yang mempunyai kepentingan untuk cuba mengalihkan perhatian rakyat. ''Lagipun sejarah telah membuktikan bahawa kedua-dua negara adalah serumpun dan banyak berkongsi kebudayaan, bahasa malah agama yang sama,'' katanya ketika ditemui di Masjid Jamek di sini hari ini.
Razak diminta mengulas laporan agensi berita asing mengenai sekumpulan 486 sukarelawan di Indonesia yang mempersiapkan diri kononnya untuk berperang dengan Malaysia. Dua hari lalu, penyelaras kempen anjuran Kumpulan Pemuda Nasionalis Bendera, Mustar Bonaventura memberitahu agensi berita AFP, sukarelawan itu telah menyimpan stok makanan, ubat-ubatan termasuk senjata seperti pedang samurai bagi menghadapi kemungkinan perang. Tindakan itu diambil ekoran tuduhan Malaysia mencuri Tarian Pendet yang berasal dari Bali yang dilemparkan oleh media massa Indonesia terhadap Malaysia.
Malaysia turut menjadi sasaran beberapa demonstrasi di Jakarta kerana tuduhan itu walaupun pihak kedutaan telah memberikan penjelasan bahawa satu klip video 30 saat yang menyelitkan sekilas Tarian Pendet dibuat oleh syarikat swasta di Singapura dan tiada kaitan dengan pihak Malaysia. Sementara itu seorang pembantu kedai, Yanti Puteri Sikumbang, 24, yang berasal dari Sumatera Utara berkata, tindakan dan ancaman perang itu bukan merupakan tindakan bijak. Katanya, mungkin terdapat isu atau perkara yang tidak diselesaikan dengan baik sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli kumpulan tersebut.
Namun, katanya, banyak ruang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu berbangkit dan diselesaikan secara aman, berbanding menggunakan tindakan kekerasan yang ternyata tidak praktikal dan bertamadun. ''Saya sama sekali tidak bersetuju dengan provokasi dan ancaman perang yang cuba dibuat oleh kumpulan tertentu yang sebenarnya tidak senang dengan hubungan serumpun kedua-dua negara sejak sekian lama. ''Tindakan yang dibuat itu lebih bersifat peribadi kerana sebarang isu atau masalah antara kedua-dua negara sebelum ini pasti akan dapat diselesaikan dengan baik melalui rundingan,'' ujarnya.
Dalam pada itu, seorang peniaga, Anne Ismail, 33, yang berasal dari Dumai berkata, provokasi dan ancaman tersebut tidak perlu dipandang serius dan ia hanyalah retorik semata-mata. Katanya, tindakan kumpulan tersebut semata-mata cuba menarik perhatian ramai yang akan dapat meningkatkan sokongan terhadap mereka. ''Kebiasaannya sebarang isu yang berbangkit antara dua negara berjiran ini yang berkongsi banyak persamaan seperti bahasa, budaya dan juga agama pasti akan dapat diselesaikan oleh kebijaksanaan pemerintah kedua-dua negara melalui jalan rundingan. ''Justeru saya berpendapat isu ini tidak berasas dan tindakan serta ancaman dibuat itu hanyalah sekadar untuk meraih populariti,'' jelasnya yang telah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki tempatan.
Bagi Suci Eltrianti Ahamad, 36, dari Sulawesi, provokasi tersebut adalah cetusan kumpulan-kumpulan baru di Indonesia untuk mendapatkan sokongan kumpulan lebih besar. Menurutnya, kumpulan ini akan membangkitkan apa juga isu yang berpotensi untuk mendapat perhatian rakyat yang secara tidak langsung akan menyokong perjuangan mereka. ''Kumpulan-kumpulan baru ini biasanya akan cuba menarik perhatian ramai dengan perjuangan yang cuba dibawa oleh mereka lalu membangkitkan isu yang mampu mempengaruhi tindakan rakyat. ''Bagaimanapun, saya berkeyakinan sebarang isu dua hala yang timbul ini akan dapat diatasi jika ruang perbincangan antara dua pihak diusahakan secepat mungkin,'' katanya.
Seorang lagi rakyat Indonesia, Budirman Sukiman, 25, dari Jawa Barat pula menjelaskan, tindakan perang seperti yang dicanang itu tidak mungkin terjadi dalam keadaan hubungan erat antara dua negara berjiran. ''Sukar untuk menjelaskan apa motif sebenar tindakan kumpulan tersebut untuk melancarkan perang ke atas Malaysia sedangkan tiada isu besar yang menggugat keselamatan negara. ''Bagaimanapun, saya percaya ini hanyalah tindakan pihak tertentu yang tidak menyenangi hubungan yang terjalin serta bertujuan meraih populariti sementara,'' katanya. Dalam pada itu, beliau turut memohon agar rakyat Malaysia tidak mengendahkan provokasi tersebut kerana ia tidak mungkin terjadi.
UTUSAN MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About This Blog
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)
"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795
santapan rohani ii
Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
PEGANGAN
Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27
"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah
“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)
4 comments:
Salam, bukan semua rakyat Indon yang terikut-ikut bodoh macam dia orang. Mereka yang buat kerja itu, terdiri dari golongan yang tidak berpelajaran, tidak berilmu, fikiran jumud, tidak ada kerja, bila ada orang upah, mereka ikut saja, janji perut berisi........
Melaysia+indonesia=nusantara melayu.
Tidak ada jaminan kekeluargaan pada zaman ini walupun kita berjiran.Oleh yang demikian,berhati-hatilah kita dalam menjalankan kehidupan harian sementara jiran masih mahu mengasihi kita.
Jika tiada angin bertiup mustahil pokok boleh bergoyang.
sama-samalah kita berkasih sayang dan hormat menghormati.Pasti satu hari nanti kita akan memerlukan jiran tetangga kita dalam menghadapi pelbagai musibah dunia.
sekian
Saya masih ingat semasa saya diraikan sebagai seorang guru tahun 80-an di Tawau. Dalam satu pesta di persembahkan "Tarian Pendet" lengkap dengan pakaian tradisi dan make upnya sekali. Memangnya ali tarian ini disebut "tarian Bali" Keluarga itu masih memerihara budaya warisan moyang mereka walupun sudah jadi rakyat Malaysia
Dulu saya senang dengan rancangan ASEAN yang mempersembahkan budayanya dan tariannya. Tarian dari Thailand Misalnya amat mempunyai kesenian yg tinggi.
Malaysia adalah negara yang banyak asimilasi terutama di Sabah, Malaysia. Di sini kita akan biasa melihat tarian indegenous people dan tarian luar seperti Tarian Hola dari Hawaii. Apahtah lagi tarian Kipas dan tarian singa dari China. Runsai Kagayan dari filipina, sudah menjadi tradisi org Kagayan Malaysia. Tarian dan silat Jawa juga mustahil dapat dikikis dan dipisahkan dengan dari orang jawa Malaysia.
Rasanya Dunia akan dihiasi keindahan jika seni ini dihormati dan dikongsi keindahannya untuk kita semua cintai.
Punca ketegangan terbaru ini ialah tuduhan kononnya Malaysia mencuri tarian Pendet untuk promosi pelancongannya, yang kemudiannya terbukti tidak benar kerana klip video promosi itu dibuat oleh syarikat swasta berpejabat di SINGAPURA yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan Malaysia. nah LIHATLAH SIAPA BARUAH LAKNAT...
Post a Comment