Wednesday, September 2, 2009

Rakyat Jepun nanti 'sentuhan emas' Hatoyama


Pengundi tolak LDP selepas 54 tahun memerintah kerana termakan umpan perubahan DPJ

DALAM persaingan pilihan raya umum paling sengit pernah dilihat di Jepun, Yukio Hatoyama berjanji hampir segala-galanya kepada pengundi. Kini Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinannya sudah berjaya mengalahkan Parti Liberal Demokratik (LDP) dan apakah ia mampu menunaikan segala yang dijanjikan?

Bagi kebanyakan penganalisis, janji dibuat hanyalah sekadar memancing undi. Apabila sudah memegang kuasa, Hatoyama akan menyedari bahawa sukar untuk melaksanakannya. Betapa beliau nanti akan sedar keperluan menjaga kepentingan korporat besar Jepun.
Beliau juga akan sedar tanggungjawab kerajaan memastikan ekonomi terus berkembang daripada hanya melaksanakan dasar populis dicanang pada kempen pilihan raya. Apa sekali pun, sebagai Perdana Menteri kelak, Hatoyama bertanggungjawab menguruskan ekonomi kedua terbesar di dunia yang jelas dalam kemerosotan.

Ada dua perspektif mengenai tugas ini. Ada yang masih berpendapat Jepun harus kekal sebagai kuasa ekonomi dunia. Berikutan itu, langkah perlu digubal untuk meningkatkan tahap daya saingnya, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi dijana.

Bagi sesetengah pihak pula, Jepun tidak boleh dibantu lagi. Ekonominya akan merosot dan status sebagai ekonomi kedua terbesar dinikmati sekarang akan dirampas China. Apa yang mampu dilakukan hanyalah untuk menguruskan kemerosotan itu. Daripada apa yang dikatakan ketika berkempen, Hatoyama jelas cenderung kepada pandangan kedua berikutan banyak cadangan diutarakannya yang dianggap mirip 'quasi-solsialis' oleh sesetengah penganalisis, banyak bertumpu kepada program jaminan hidup rakyat.

Antaranya, pemberian tunai kepada setiap anak. Menurut cadangan Hatoyama, jika DPJ dapat menubuhkan kerajaan kelak (kini sudah jelas ia boleh berbuat demikian), setiap keluarga akan diberi 26,000 yen (RM962) sebulan bagi setiap anak sehingga tamat pengajian sekolah menengah rendah.

Pemberian ini adalah tambahan kepada pemberian, sekali gus 350,000 yen (RM12,950) kepada setiap anak dilahirkan, diperkenalkan kerajaan LDP bagi mengatasi masalah penduduk yang bertambah tua.

Program tunai untuk anak ini dilihat sebagai teras kepada usaha Hatoyama untuk mengubah apa yang dikatakannya 'ketaksuban kepada kapitalisme' yang dipersalahkannya sebagai pencetus krisis kewangan dihadapi dunia sekarang. Jika benar ia dilaksanakan, tumpuan utama dasar ekonomi Jepun pada masa depan tidak lagi kepada Japan Inc. (kepentingan korporat besar), sebaliknya keselesaan hidup rakyat. Ia mewakili satu perubahan besar kepada Jepun yang sejak lebih 50 tahun lalu di bawah kerajaan LDP mengutamakan pembangunan industri dalam usaha mencapai status kuasa ekonomi dunia selepas mengalami penghinaan kekalahan pada Perang Dunia Kedua.

Ia juga bererti satu pengakuan bahawa Jepun tidak mungkin mampu mengekalkan status kuasa ekonominya, sebaliknya terbaik baginya adalah untuk berdepan dengan masalah dihadapi negara itu.

Antara yang menjadi punca kepada segala masalah ini ialah hakikat bahawa jumlah penduduk negara matahari terbit itu semakin mengecil dan bertambah tua.

Jumlah penduduk Jepun yang memuncak kepada 127.6 juta orang pada 2006 dijangka merosot kepada 115 juta pada 2030 dan jatuh di bawah paras 100 juta pada pertengahan abad ini. Ini hanya bermakna beban ditanggung generasi muda akan bertambah berat berikutan yang tua dan tidak lagi boleh bekerja semakin ramai.

Apakah dalam senario itu Jepun masih lagi boleh bersaing dengan kuasa kian muncul seperti China? Hakikat seperti itulah yang mendorong Hatoyama mengubah model ekonomi yang diguna pakai negaranya sekian lama.

Persoalannya sekarang apakah beliau mampu melaksanakannya? Selain wang tunai untuk anak, Hatoyama juga menjanjikan penghapusan tol di lebuh raya, pembelajaran percuma sehingga sekolah menengah, bantuan pendapatan untuk petani, elaun bulanan bagi penganggur menjalani latihan, paras gaji minimum yang lebih tinggi, di samping potongan cukai.

Janji yang sudah tentunya manis bagi pengundi, tetapi akan membabitkan peruntukan 16.8 trilion yen (RM626 bilion) untuk dilaksanakan. Ia mungkin terlalu membebankan bagi Jepun yang mengalami defisit fiskal yang tinggi.

Namun, DPJ bertegas cadangannya akan meningkatkan kuasa membeli pengguna, lantas menjana pertumbuhan ekonomi. Penganalisis bersetuju bahawa jika cadangan Hatoyama itu dilaksanakan ia akan meningkatkan kuasa membeli bagi setiap individu. Ini adalah penting bagi Jepun kerana perbelanjaan individu mewakili lebih separuh daripada ekonomi negara itu.

Bagaimanapun, persoalan cepu mas adakah mereka akan membelanjakan wang tambahan itu atau hanya menyimpannya di dalam bank? Bagi kebanyakan penganalisis, program ala 'Robin Hood' (curi daripada yang kaya dan beri kepada yang miskin), adalah resipi untuk bencana pada masa depan.

Malah mereka berpendapat tidak ramai meletakkan harapan ia akan berjaya dilaksanakan. Namun, mengapa pula janji manis itu pada pilihan raya umum Ahad lalu dapat menewaskan LDP yang memerintah sejak 1955, kecuali tempoh 10 bulan pada 1993 sehingga 1994?

Kebanyakan penganalisis berkata rata-rata pengundi menyokong DPJ bukan kerana mereka yakin dengan programnya, tetapi kerana mereka bencikan LDP. LDP bagi kebanyakan pengundi mewakili sesuatu yang sudah basi.

Mereka mahu menyaksikan perubahan dan DPJ menjanjikan perubahan ini. Pengundi sebenarnya kabur mengenai apa yang akan dilaksanakan Hatoyama dan DPJ, tetapi sekurang-kurangan apa yang pasti, perubahan itu akan dirasai.

Oleh Khaidir A Majid
qidir@bharian.com.my

Penulis ialah Pengarang Luar Negara, Berita Harian


No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)