Monday, September 28, 2009

Mengintai dan Menjejaki Kepimpinan Rumpun Bangsa Yang Besar Di Sabah- Bahagian I

Shafie Afdal, Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia. Masing-masing Penasihat USBO, Presiden USBO dan Timbalan Presiden USBO.

Kota Belud adalah bumi kelahiran UMNO yang pertama di Sabah apabila Tun Mustapha bertanding di atas kerusi BN-UMNO di DUN Usukan buat pertama kalinya dan menang pada 11Mei 1991. Selaras dengan kemenangan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab membawa UMNO ke Sabah telah diisytiharkan sebagai penerima anugerah gelaran “WIRA NUSARAYA” daripada masyarakat Sabah pada 12 September, 1991 di Usukan, Kota Belud, Sabah. Tun Mustapha adalah “anak sulung UMNO” di Sabah.

Mercu Tanda Kelahiran Anak Sulung UMNO di Usukan, Kota Belud, Sabah pada 11 Mei 1991 dan gelaran “WIRA NUSARAYA” oleh masyarakat Sabah Kepada Tun Mahathir Mohamad pada 12 September, 1991. Mercu tanda ini masih terpahat di Bangunan USIA Kota Belud yang menempatkan Pejabat UMNO yang Pertama di Usukan, Kota Belud.

Bagaimanapun, dalam PRU12, anak Kepada “Anak Sulung UMNO Sabah”, Datu Amir Kahar dan Pemimpin pertubuhan rumpun bangsa yang besar yakni USBO dan anak jati Kota Belud, “bumi kelahiran UMNO", Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia telah digugurkan dari mempertahankan kerusi masing-masing. Sebelum digugurkan sebagai calon, Salleh adalah Ahli Parliment Kota Belud, Pandikar adalah ADUN Tempasuk dan Amir Kahar Tun Mustapha adalah ADUN Banggi.

Amir Kahar, juga adalah anak kepada “Bapa Kemerdekaan Sabah” yang telah mengorbankan partinya, USNO, demi UMNO, Pandikar Amin juga telah mengorbankan partinya AKAR demi UMNO, Pernah menjadi ADUN USNO dan dianggap "singa USNO", pernah menjadi Menteri belia dan Sukan, Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Menteri Pertanian dan Perikanan. Manakala Salleh adalah mantan Ketua Menteri Sabah, Mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan anak kepada Bekas Ketua Menteri Sabah dan Tuan Yang Terutama serta pejuang USNO yang telah banyak berjasa kepada Negeri Sabah dan Kota Belud sendiri khasnya.

2 comments:

Rajawali said...

tiada istilah jasa dan pengorbanan dalam UMNO sabah..yang penting adalah kuasa dan berkuasa...apabila berkuasa beri kepada saudara mara dan inak pinak supaya tidak jatuh ketangan orang lain...betullah kata pepatah"kemana tumpahnya kuah kalau x ke nasi"..kerabat Musa bakal menguasai sabah..Anifah(kimanis),arifin(membakut)Gulam(papar)afis Musa(K>Pemuda sipitang)..adakah afis ini adalah pewaris takhta KM sabah..nantikan saja..Peribumi sabah jangan jadi bodoh..

Anak X-PKR. said...

Salam Ziarah,
Sesungguhnya MUSA AMAN tersalah memilih regu dan terpengaruh membuat perhitungan yang bercorak jangka pendik. Dia kini menanggung liabiliti besar. Begitu juga BN, UMNO dan Kerajaan Negeri kerana regu-regu yang menjadi halangan dan bebanan sentiasa mempunyai agenda yang kabur dan akan menentang MUSA AMAN sendiri apabila tiba masanya. Anda tentu faham siapa-siapa yang menjadi liabiliti ini.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)