Datuk Salleh (Kanan) dan Tan Sri Pandikar (tengah) yang digugurkan dalam PRU 12. Hanya Datuk Shafie (kiri) tidak mampu diketepikan pada masa itu.
Bagi mereka yang mempunyai agenda politik peribadi, Shafie Haji Afdal, Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Haji Mulia hanyalah dianggap sebagai “pemimpin kuda tua” atau "roti yang sudah luput tarikh" yang telah gagal membangunkan kawasan yang diwakili masing-masing. Kendatipun, bertapa besar sumbangan pemimpin-pemimpin ini kepada masyarakat Sabah umumnya dan kawasan mereka khususnya, bagi mereka yang bersifat ingin "melapis" dan tidak sabar lagi melangkah dalam arena dan kancah politik, semua itu langsung mereka tidak nampak atau nilai apatah lagi menghargainya.
Bagi mereka "beragenda" ini, "SSK, TSP dan SA tidak boleh, mereka baru boleh". Sayangnya mereka pula hanya berkeinginan untuk mengganti kedudukan pemimpin-pemimpin ini terlebih dahulu baru "boleh". Jika mereka diminta untuk merintis jalan terlebih dahulu seperti yang pernah dirintis pemimpin-pemimpin bertiga ini sehingga sampai ketahap di mana mereka kini, mereka yang beragenda ini enggan atau mungkin akan tersesat di pertengahan jalan atau mungkin putus asa sebelum menjejaki jalan-jalan yang pernah SA, SSK dan TSP jejaki.
Apabila Salleh Tun Said (SSK), Pandikar Amin Haji Mulia (TSP) dan Amir Kahar Tun Mustapha (AKTM) digugurkan dari dicalonkan dalam PRU 12, ramai yang telah meramalkan bahawa politik Sabah akan berkecamuk. Namun ramalan itu meleset apabila pemimpin-pemimpin itu menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional semasa piliharaya umum itu berjalan.
Ramai yang menyedari bahawa mereka yang digugurkan ini adalah pemimpin rumpun bangsa yang besar iaitu USBO yang menjadi tulang belakang kekuatan UMNO di Sabah. Perhimpunan besar USBO yang pertama dianjurkan di Lahad Datu Sabah berjaya menghimpunkan puluhan ribu masyarakat rumpun USBO dalam jangkamasa singkat.
Sambutan masyarakat Lahad Datu yang berbaris berpusu-pusu dan berbaris memenuhi sepanjang jalanraya dari lapangan terbang Lahad Datu ke bangunan Dewan Masyarakat Lahad Datu memperlihatkan keadaan bagai "USNO yang bangkit dalam wadah USBO". Pendapat umum mula mewar-warkan bahawa USBO mampu menggantikan tempat USNO di Sabah dan mampu menggugat UMNO. “....Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada UMNO umpama USIA dengan USNO dahulu...,”- Haji Jabar Khan Nafi, seorang vateren politik dan bekas tahanan ISA yang masih mempertahankan bahawa penahanannya yang berlanjutan telah menzaliminya dan tidak adil baginya dan keluarganya.
Ternyata pemimpin-pemimpin tersebut adalah jenis "indespensilbe" yang sukar dinafikan pengaruh mereka samada di peringkat Bahagian, Negeri dan Peringkat Nasional. Mereka BUKAN pemimpin cyber yang "lempar batu sembunyi tangan" atau dipelihara melalui gerakan di sebalik tabir cyber. Mereka bertiga menonjol sehingga kini. Apa yang lebih jelas, mereka ini adalah "halangan besar kepada mereka yang tidak sabar ingin melapis dab beragenda". Maka itu mereka saban hari di balun, diperkecil, dianggap tidak relevent dan diberi gelaran "expired" dalam dunia cyber. terutama oleh mereka yang bersembunyi di sebalik "blog kilat yang tiada identiti". Harapan mereka hanya satu yakni mendapat laluan pintas tanpa perlu "merintis" dan melakukan khidmat yang memenatkan.
Selepas PRU 12 dan Persidangan Agung UMNO, Pandikar dilantik Speaker Dewan Rakyat. Datuk Shafie pula dilantik Menteri Pembangunan Luarbandar setelah memenagi kerusi Naib Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Salleh pula selepas memenangi semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud telah di"hand pick" oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Naib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah bagi membantu Pengerusi Perhubungan UMNO, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman memperkukuhkan lagi UMNO Sabah dan Barisan Nasional Sabah amnya.
Ikrar Salleh untuk menguatkan dan mengekalkan Sabah sebagai "Fix Deposit" atau tunggak kekuatan BN Malaysia sudah cukup memperlihatkan bahawa pengaruh politiknya di peringkat Negeri mula dikembangkan semula. USBO pimpinanya pula mula menerima pengiktirafan Ketua Menteri Sabah, pemimpim-pemimpin Sabah dan Perdana Menteri serta pemimpin-pemimpin Nasional samada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Hanya mereka yang mempunyai agenda peribadi yang menolak kenyataan ini.
Dalam politik, carik carik bulu ayam lama-lama bercantum juga, biduk lalu kiambang bertaut. Dalam keadaan ini SSK, TSP dan SA masih tetap utuh dan kukuh. Masa inilah hubungan mereka dengan kepimpinan Negeri dan Negara menjadi lebih kukuh. Masa ini juga, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman mula menilai semula keperluan kepimpinan pemimpin bertiga ini untuk lebih akrab demi sebuah kekuatan baru yang lebih matang dan mampu mendepani cabaran. Masa inilah kita perlu menilai antara aset dan liabiliti.
Sesungguhnya PRU12, banyak memberi pengajaran politik.
(Bersambung dalam Bahagian III)
6 comments:
A'kum saudara sekampung...
Harap artikel ini tidak beregenda...
nampak keikhlasannya..
sya x org bajau...tetapi sy menyokong pemimpin USBO..sepatutnya di sabah sekarang pemimpin dikalangan USBO la menjadi KM sabah..bajau adalah bangsa mejoriti islam teramai di sabah..
KM sekarang adalah dikalangan minoriti di sabah dan kini mula mengembangkan sayapnya dgn mengangkat kaum kerabat dan kroni2nya supaya dpt mengekalkan kuasa di sabah...kenapa pemimpin USBO x bersuara?
semoga satu masa pemimpin anda akan bangkit semuala
Watababai..InsyahAllah. Saya berusaha sedya upaya berlaku ikhlas dan tidak berselindung.
Raja Wali. Terima kasih. Sebenarnya USBO sudah diiktirat oleh Pemimpin Nasioanl dan Sabah. Terlalu bersuara dalam senario politik kini sering disalah ertikan namun pemimpin USBO berjaya mencorakkan keadaan politik kini...Selamat Berjuang. dan ikuti Bahagian III dan IV. Salam perjuangan.
saya setuju tu saudara sabahkita. apa yang rajawali cakap tu sebenarnya ada relevannya demi kebaikan rakyat sabah terutamanya belia sabah. namun situasi politik tetap menjadi keutamaan politician bertiga ini. seperti komen saya yang lepas-lepas saya selalu memperkatakan DSSK merupakan penyelamat UMNO sabah pada PRU12 dari berkecamuk. dialah yang menenangkan TSP, dan amirkahar dan beberapa pemimpin 13bahagian UMNO yang lain. ini dilakukan demi bajau disabah juga dan playsafe DSSK.tetapi kesannya kini nampak tidak baik untuk yang bukan team DMA. sesalan juga terbayang dimata DSSK kini. seperti ditipu pakistan menjual kain jak. apa akibatnya penipuan pakistan? YTL keluar dari BN bersam SAPP nya dan siunya untuk rakyat sabah.
SLM ZIARAH..
USBO jangan jadi liabiliti UMNO Sabah..Di peringkat akar umbi..USBO belum sangat difahami..rasanya USBO digunakan untuk memahamkan pemimpin sahaja..Salam hormat.
Sdr Paling Berani, Memang Sdr Berani sebab USBO mempunyai rangkaian-rangkaian besar yang bukan ahli USBO sendiri kerana itu UBBO mempunyai pengaruh yang luas. Kerana itu juga USBO diiktraf pemimpin UMNO dan USBO sendiri menjadi pendokong dan kekuatan UMNO. Mcm USIA kepada USNO dulu. Memandnag serong USBO tidak juga memberikan apa-apa kesan kepada USBO seperi orang lain memandang serong USIA sewaktu dulu. USBO tetapi menjalankan peranannya, seperti USIA dulu tetap menjalankan perananya. Pandangan pihak lain seperti menuduh USBO kilang memeperoses PTI dan sebagainya juga tidak menghalang USBO merangka strateginya. Cuma USBO tidak menyibuk sana sini..atau memperlihatkan taji dan taringnya demi tidak mnyakitkan atau menyinggung perasaaan orang lain terutama pemimpin UMNO yg risau USBO menjadi parti politik. Tetapi setakat ini USBO masih NGO yang mendokong kerajaan.
Terima kasih.. Paling Berani. Berani-beranikanlah diri untuk berkata apa saja di ruang kerdil ini atas neama kebenaran dan keikhlasan. Terima kasih. Wasalam
Post a Comment