Thursday, September 24, 2009

70 peratus bosan usaha cegah rasuah VVIP tidak berhasil

Presiden Transparency International (TI), Datuk Paul Low Seng Kuan (kiri) Pengarah Eksekutif, Mark Chay Menyerahkan Lapuran GlobalCorruption 2009: Rasuah dan Sektor Swasta.Gambar oleh : Sharil Amin

Lebih 70 peratus daripada sekumpulan responden yang disoal selidik berhubung rasuah di negara ini mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah dan bosan dengan penularan gejala itu.

Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Datuk Paul Low, berkata antara rungutan utama di Malaysia ialah mengenai kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang kenamaan dan tokoh politik yang terbabit dalam kes rasuah besar.

"Umum berpendapat perubahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menghasilkan keputusan diharapkan, sebaliknya lebih banyak kepincangan agensi itu didedahkan sejak kebelakangan ini.

"Kes kematian Teoh Beng Hock ketika disoal siasat SPRM menimbulkan pelbagai persoalan berhubung kaedah operasi agensi ini, terutama cara mengendalikan soal siasat serta mengumpul bukti.

"Selain itu, pihak berkuasa di sini juga didakwa pilih kasih ketika mengambil tindakan dan tidak bersikap saksama," katanya pada sidang media mengumumkan Laporan Rasuah Global 2009 TI yang dikeluarkan di sini, semalam.

Laporan yang menjurus kepada isu rasuah dalam sektor swasta membabitkan maklum balas daripada 46 negara itu adalah penilaian awal kepada Barometer Rasuah Global, merangkumi laporan terperinci untuk setiap negara, yang akan diumumkan November ini.

Low berkata, kedudukan Malaysia sekarang di kalangan negara serantau tidak boleh dianggap selesa kerana Indonesia sudah jauh mengatasi dengan 76 peratus rakyatnya berpuas hati dengan tindakan kerajaan mereka membanteras rasuah.

Antara sebab utama, katanya, isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ketiadaan tindakan susulan terhadap kes VK Lingam yang membabitkan campur tangan dalam pelantikan hakim dilihat rakyat sebagai pencabulan hubungan antara kerajaan, sektor awam dan swasta.

Beliau berkata, majoriti yang disoal selidik mahu hubungan sektor korporat, swasta, kerajaan dan ahli politik dipantau berterusan untuk memastikan mereka sentiasa dikawal selia bagi menjamin tiada amalan rasuah.

Berita Harian 24 Sept, 2009

1 comment:

ERAKITA said...

TQ SABAHKITA atas post ini. Tajuk besar itu amat wajar direnungi oleh semua lapisan masyarakat di negara ini. Untuk kupasan lebih lanjut mengenai tajuk ini, saya dengan sukacita mengalu-alukan anda semua untuk menikmati pelbagai maklumat di blog ERAKITA di alamat http://erakita.wordpress.com.

Satu lagi tajuk menarik yang yg tidak boleh disia-siakan dalam blog ERAKITA ialah FENOMENA KEMATIAN YB SELEPAS PRU-12: ADA HIKMAHNYA.

Tahniah dan terimakasih.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)