Kiranya anda masih ingat, suatu waktu dulu, berlaku krisis kepimpinan dalam parti Angkatan Keadilan Rakyat-AKAR, sebuah parti dalam komponen Barisan Nasional Sabah. Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, ADUN Bingkor, pada masa itu telah meninggalkan AKAR setelah gagal dalam perebutan jawatan Presiden Parti itu kepada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (kini speaker Dewan Parlimen Malaysia). Beliau juga gagal dalam percubaannya menyertai UMNO Sabah. Sehubungan dengan itu, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas Barisan Nasional.
.
Keadaan itu tidak dapat diterima oleh DUN Negeri Sabah dan tidak juga di rujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia masa itu. Akhirnya, walaupun nyata pada masa itu beliau "subscribes " kepada ideologi BN, mau tak mahu, Datuk Dr. Jeffery terpaksa menjadi ADUN Pembangkang. Keputusannya, dia menyertai semula Parti Bersatu Sabah-PBS yang masih sebagai pembangkang pada masa itu.
Terkini, setelah SAPP bertindak meninggalkan BN, Datuk Raymond Tan Su Kiah, terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Perhubungan Kerja Raya walaupun beliau "subscribes" kepada ideologi BN. Surat peletakkan jawatannya telahpun diserahkan kepada YAB Ketua Menteri Sabah. Datuk Tham Nyip Shin, YB. Datuk Melanie Chia dan lain-lain pemimpin SAPP juga melepaskan semua jawatan mereka masing-masing dalam kerajaan.
Datuk Raymond Tan kini dianggap "partiless" walaupun menyokong konsep BN. Datuk Dr. Jeffery dulupun "partiless". Soalnya, apakah kewajarannya Raymond Tan dikekalkan ke dalam jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perhubungan Kerjaraya? Apakah seseorang "partiless", boleh memegang jawatan dalam Kabinet Kerajaan BN?. Bukankan kes Dr. Jeffrey dulu tidak langsung dibenarkan sekalipun sebagai ADUN BN Bebas?
Sekiranya Raymond Tan dengan rasminya meninggalkan SAPP dan menyertai parti berasaskan Kaum Cina seperti MCA, LDP dan Gerakan, bukankan pada lazimnya, Raymond Tan terpaksa memohon menjadi ahli biasa?. Bagaimana pula dengan pucuk pimpinan parti-parti itu yang senior? Perkara ini belum berlaku, jadi apakah kewajarannya beliau terus memegang jawatan yang dia sendiri telahpun lepaskan dengan rasminya?
Rakan-rakan komponen BN dan pemimpin BN Sabah telahpun mengeluarkan kenyataan tidak menyetujui tindakan bagi Raymond Tan dilantik semula ke jawatan yang telah diletakkannya.http://egagah.blogspot.com/2008/09/is-datuk-raymond-tan-willing-to-be_25.html. "Ada ubi ada batas" tidak sepatutnya menjadi pilihan mengatasi prosedur, peraturan, undang-undang dan lain-lain amalan siasah.
No comments:
Post a Comment