Sunday, September 14, 2008

KERESAHAN RAKYAT atau KERESAHAN PAKATAN RAKYAT?

"Akhir-akhir ini Pak Lah lebih kelihatan berkeyakinan menghadapi media"
Apakah dia pakar menyorokkan keresahanya atau dia tak perlu risau langsung?
"Some think it is political make-believe while others believe that by Sept 16,
Datuk Seri Anwar Ibrahim will be in power.-Pak Lah.

DSAI mahu menemui PM Pak Lah kerana menurut DSAI perkembangan politik kini dan isu ISA menimbulkan kebimbangan dan keresahan rakyat. Beberapa minit selepas tercetusnya berita keinginan DSAI menemui PM dalam blog DSAI, Muncul dan terlintas pula kritikan DSAI terhadap kepimpinan BN yang diketuai Pak Lah dan penyataan bahawa kumpulan hak asasi dari Amerika telah menyatakan kutukan mereka terhadap "draconian" law itu- ISA; juga dalam blog DSAI.

Keresahan yang sebenarnya di kalangan rakyat memang ada, terutama kepada pendokong dan penyokong PR kerana 16 September, 2008 di ambang waktu; namun janji yang di katakan DSAI sejak Mac, 2008 kelihatan semakin kabur dan pudar menepati tarikh yang dijanjikan.

Kesemua ketua-ketua komponen BN di Sarawak dan Sabah telah menyatakan sokongan dan kesetiaan mereka terhadap BN kecuali SAPP yang dipimpin Datuk Tong Teck Lee, yang tidak percaya kepada kepimpinan Pak Lah. Parlimenpun tidak bersidang pada 16 September, 2008 dan 49 MP BN masih dalam rangka lawatan sambil belajar di Taiwan. Kadang-kadang terlepas dari bibir DSAI bahawa janjinya terpaksa diubahsuai tetapi terkini sekali lagi menegaskan bahawa sehari dua BN akan tumbang.
.
Sebenarnya, tindakan mensensasikan 16 September 2008 sejak Mac, 2008 adalah antara faktor yang meresahkan penyokong PR. Bukan yang selainnya. Sekiranya memang benar DSAI memiliki "number 30" atau lebih, kenapa mesti menunggu sampai 16 September 2008?. Ataupun kerana tiada 30 atau lebih itu maka tangguh, tangguh dan tannngggguuhhh lagi. Lagipun kenapa mesti disensasikan agenda yang sepatutnya dirahsiakan? Kenapa?

Rata-rata rakyat negara ini terutamanya dari Sabah menerima perkembangan politik tanahair dan ISA seadanya tanpa kerisauan walau sedikitpun. Rakyat Sabah masih lebih sebuk ke baazar ramadan dari memikirkan perkembangan politik. Apatah lagi resah mengenai politik tanahair. Saya menerima khabar dari sahabat saya di Kucing yang mengatakan "tiada apa-apa yang perlu mereka resahkan di Kucing khasnya dan di Sarawak amnya".

Lalu saya tertanya-tanya. Siapa saja sebenarnya yang resah gelisah? Dan apakah perkhabaran yang membuat rakyat perlu untuk resah gelisah? Siapa yang resah bagai cacing kepanasan?Barangkali kalau ada kuasa asing yang mahu menyerang Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak maka barangkali mereka ada sebab untuk resah gelisah? Ada kah?. Anak-anak dan isteri-isteri para MP barangkali resah. Itupun bukan sebab isu dan soal politik tanahair dan ISA tetapi barangkali kerana tak sabar menunggu ole-ole dari Taiwan.
More..

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)