Thursday, September 18, 2008

RAYMOND TAN SU KIAH LETAK JAWATAN TIMBALAN KETUA MENTERI DAN MENTERI KERJA RAYA DAN POLITIK YANG RESAH.


YB. Datuk Raymond Tan Su Kiah. Tindakan Datuk Yong Teck Lee dan Majoriti AMT SAPP memaksanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Perhubungan Kerja Raya dan Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah.


YB. Datuk Jahid Jahim, Kini Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, ADUN Tamparuli, dan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah; pernah disingkirkan dari Barisan Nasional dan terpaksa duduk di meja pembangkang semasa Datuk Yong Teck Lee Menjadi Pengerusi BN Sabah atas alasan melanggar etika BN..

YB. Dato' Mohd. Khusairi Mohd Talib, ADUN Slim (BN-UMNO), Perak.
Penulis buku " PBS Keluar (BN) Membela Maruah"

RAYMOND TAN SU KIAH LETAK JAWATAN TIMBALAN KETUA MENTERI DAN MENTERI KERJA RAYA? (dalam blog Sabahkita 19 Jun, 2008)

Pada 19 Jun, 2008, apabila SAPP meluahkan ketidak percayaan mereka dengan memuncak terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, saya telah meramalkan bahawa SAPP akan meninggalkan BN dan YB Datuk Raymond Tan Su Kiah (RTSK) akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pehubungan Kerjaya dan Infrastruktur. (link di atas)

Setelah SAPP akhirnya keluar dari menjdi komponen BN, ramalan itu bukan lagi spekulasi malah menjadi seperti ramalan 'nostradamos". Semuanya menjadi kenyataan. RTSK bersama-sama sahabatnya, YB Au Kam Wah dan Jimmy Wong awal-awal lagi tidak sehaluan dengan keputusan Datuk Yong Teck Lee dan AMT SAPP untuk keluar dari BN. Gelagat dan tindakan RTSK dan rakan-rakannya sejak awal lagi menyebabkan RTSK dilucutkan sebagai Ketua penyelaras SAPP Bahagian Sandakan dan digantikan dengan Ricard Yong, Setiausaha Agung SAPP. Ramai yang meramal bahawa SAPP akan berpecah pada masa itu.

RTSK dan rakan-rakannya berpendapat bahawa tindakan SAPP keluar BN adalah tidak wajar. Oleh itu mereka terpaksa meninggalkan SAPP atau SAPP sendiri bertindak meninggalkan mereka. Samada mereka akan menyertai Parti komponen BN atau mendaftar parti baru, suatu perkara yang tidak terlalu awal untuk diramalkan. paling hampir, mereka akan menyertai MCA Sabah atau LDP jika benar mereka masih "subscibe" kepada ideologi BN. Kenyataan ini adalah berlandaskan kenyataan bahawa mereka lebih selesa dan serasi bersama-sama BN.

YAB. Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa "tidak semua pemimpin dan penyokong SAPP bertindak meninggalkan BN. Sebenarnya SAPP telahpun menyatakan secara langsung dan psychology bahawa mereka telah lama meninggalkan "semangat dan etika BN". Lambang BN dan Bendera BN telah lama mereka tanggalkan dari pejabat parti mereka dan semua banner dan iklan mereka. Tindak tanduk mereka sebelum ini memang bernada sumbang dan tidak seirama dengan nada BN. Cuma mereka lebih gah dihalau dari BN supaya mereka, sekurang-kurangnya, ada isu yang dapat diputar belitkan. Lebih dari itu mereka, pendokong SAPP, sering mengungkapkan bahawa BN khasnya UMNO masih lalai dan tidak lagi berupaya mengenali "musuh" mereka yang datang dari pelbagai arah.

YTL dan SAPP memang pernah berjasa kepada BN. BN juga telah berjasa kepada YTL dan SAPP. Kalau bukan kerana BN, YTL tidak mungkin dapat merasai kerusi YAB. Ketua Menteri Sabah. Sekurang-kurangnya tertulis dalam sejarah Sabah bahawa 1996, Datuk Yong Teck Lee telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah. Dalam era pentadbiran YTL sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Barisan Negri Sabah telah memperkukuhkan semangan BN dan Sabah Baru. Etika BN juga diperketat.

Pernah kita menyaksikan peristiwa YB Jahid Jahim (Kini YB Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah) dan Datuk Kong Hong Ming menjadi "mangsa" apabila mereka terpaksa dipecat dari parti mereka yakni AKAR dan LDP gara-gara tidak menyokong rang undang-undang yang dibentangkan oleh YTL dalam satu sidang DUN Sabah. YB. Datuk Kadoh Agundong pula terselamat dari diambil tindakan serupa kerana tidak hadir dalam sidang DUN itu atas alasan "banjir di Tenom", kendatipun banjir di Tenom itu tidak signifikan untuk dijadikan alasan kukuh. Itulah gambaran bertapa "strick"nya kepimpinan YTL dalam mendahulukan dan meletakkan keutamaan terhadap etika BN dalam era kepimpinannya sebagai Pengerusi BN Sabah 1996-1997. 11 tahun berlalu, kita sendiri menjadi saksi bertapa etika BN YTL itu berubah. Barangkali kerana mendung menutupi politik tanahair maka YTL bersedia mengosongkan tempayannya.

Ramai pemerhati politik berpendapat bahawa "Mendung Tidak Bererti Hujan". Masakini "feel" perubahan politik masih jauh. Angin perubahan politik hanya bertiup sepoi-sepoi. Namun YTL telah menamatkan perjuangan politik BNnya. Dia dan SAPP kini "bebas". MP Datuk Eric Mojimbun menyatakan bahawa mereka "tidak akan" menyertai PR, namun dalam kes ini, ramai yang meramalkan bahawa "tidak akan" membawa makna "ya akan". Pokok tak akan bergoyang kalau tidak ditiup angin.

Pucuk pimpinan PBS, semasa PBS bertindak keluar meninggalkan BN, pernah menyatakan bahawa YTL pernah menjadi sebagai individu yang mendesak supaya PBS keluar dari BN. PBS kini menjadi rakan kongsi dalam BN Sabah. Datuk Mohd. Khusairi Talib penah menulis buku "PBS Keluar BN Membela Maruah". Kini Datuk Khusairi Talib menjadi Ketua UMNO Bahagian dan ADUN Slim, Perak atas tiket UMNO. Barangkali kerana "politic is the game of possible" dan demokrasi masih subur di bumi kita ini. YTL juga mempunyai hak demokrasi dalam memandu dan merangka kerangka dan agenda politiknya.

Apapun hujan politik belum menunjukkan tanda-tanda positif akan turun dalam masa terdekat. Senarai MP BN yang ada dalam tangan DSAI, yang kononnya bakal melompat PR sekadar laungan dan gembar gembur politik. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilantik mejadi Menteri Kewangan sebagai satu strategi menguatkan jentera BN. Khairi Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan yang lain sudahpun mengumumkan bertanding Ketua Pemuda UMNO. Ini adalah bayangan bahawa mentari bakal menyinar.

DSAI tetap memalu gendang perangnya menjatuhkan BN. Terkini, DSAI mendesak agar "undi dan usul tidak percaya dibentangkan di parlimen pada 23 September ini, genap seminggu selepas janji 916nya tidak tertunai. Antara lain, DSAI sekali lagi menyatakan dan meengulangi bahawa "he has the numbers", dan alasan bahawa para pelabur asing, institusi dan badan-badan antarabangsa sedang memerhati kerajaan Malaysia yang lemah ekonomi dan tadbirurusnya.

"Uncertainty" akan terus membayangi keadaan politik tanahair, entah untuk beberapa ketika. Kita akan terus menyaksikan pelbagai peristiwa. Namun, "when the going get tough, the tough get going".

READ MORE.........
IS DATUK RAYMOND TAN WILLING TO BE CALLED THE JUDAS OF SAPP?
http://egagah.blogspot.com/2008/09/is-datuk-raymond-tan-willing-to-be.html

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)