Peluang untuk rematch?
Perkembangan politik tanahair yang terkini semakin menyeronokkan. Barangkali politik kali ini merupakan subjek yang paling digemari melebihi Peringkat Akhir Akademi Fantasia, Perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia Akhir dan Perlawan akhir Badminton terbuka circuit antarabangsa.
16 September, 2008 semakin hampir. Penyokong kuat DSAI di sana sini “memukul gong” memberi isyarat kepada orang-orang BN bahawa perahu BN akan tenggelam bila-bila masa. Oleh itu mereka hendaklah menyelamatkan diri ke kapal PR jika tidak ingin “mati lemas”. Bagai cerita kura-kura yang memohon supaya tidak dicampakkan ke sungai kerana takut lemas.
DSAI sendiri membayangkan bahawa janjinya, 16 September, tidak akan menjadi kenyataan dengan mengatakan bahawa kemungkinan akan bertemu para MP yang dikatakan akan “crossover” pada atau selepas 17 September, semasa DSAI ditanya oleh para pemberita dalam “lawatan kerjanya” ke Indonesia baru-baru ini. Ini kerana burung-burung MP itu bercuti-cuti Malaysian ke Taiwan. Maka “bakal bangaslah@basilah lada yang dipipis para penyokong fanatik DSAI. Burung burung MP terbang jauh, dipipiskan lada.
Tuan Haji Ansari Abdullah sudahpun menyatakan bahawa “one down, 29 more to go” apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, David Wong Dak Wah, yang bertindak sebagai hakim Election Court, memutuskan bahawa kemenangan tanpa bertanding calon BN, Tan Sri Joseph Kurup (TSJK), di kawasan Parlimen Pensiangan pada PRU 12 yang lalu adalah tidak sah.
Belumpun keputusan final diperolehi, kerana TSJK akan memfail “appeal” terhadap keputusan mahkamah itu, diberitakan bahawa Datuk Dr. Jeffery Kitingan sudah tidak sabar untuk “rematch” dengan TSJK. Dia mahu merebut peluang dari Danny Andipai, calon PKR yang memfail patisyen dengan bantuan para peguam yang dipimpin oleh Tuan Haji Ansari Abdullah yang juga Ketua Perhubungan PKR Sabah.
Burung-burung MP yang terbang jauh ke Taiwan dipipiskan lada. Begitupun, para penyokong fanatik DSAI beralih formula. Mereka mula menyebarkan resepi terkini dengan menghidangkan “santapan politik terbaru” bahawa kononnya DSAI akan menyusuri para MP, yang dikatakan oleh Dr. Jeffery sebagai “pembelot”, ke Taiwan kemudian bersama-sama para MP BN dalam masa terdekat. Ajaib sungguh...
Apapun keputusan “appeal” TSJK, tidak menyeronokkan.“Pilihanraya kecil parlimen kawasan Pensiangan bah” adalah cerita politik yang lebih sensasi. Sebagai rekod, TSJK telah berjaya mempertahankan kerusi ini selama dia bertanding di situ. Dia pernah mengalahkan Datuk Dr. Jeffery dengan kelebihan yang kurang dari 200 undi dalam pertembungan mereka di DUN Sook. Kawasan Pensiangan pula pernah di menangi oleh Benard Maraat, calon BN dari Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS di mana TSJK sebagai presidennya. Benard Maraat seorang bekas pegawai kanan Kementerian Penerangan Malaysia dengan majoriti yang besar yang kini telah menyertai PBS.
Kiranya pilihanraya kecil parlimen akan terpaksa diadakan di kawasan Pensiangan, ianya bakal menjadi pertaruhan PR dan BN yang lebih molek dijadikan ukuran kekuatan dan pengaruh parti masing-masing. Kawasan ini bukan ‘home ground’ kepada mana-mana pihak. Ianya kawasan yang lebih adil dijadikan kayu pengukur kekuatan sokongan dan pengaruh parti dan peribadi. Bagi PKR, ini adalah cabaran bagi mereka memecahkan “rekod telor” mereka di Sabah. Bagi BN, pilihanraya itu kelak akan menjadi sandaran dan bahan “anti climax” pencapaian PKR semasa pilihanraya kecil parlimen kawasan Permatang Pauh.

Related story/ies
Najib: We’ll prepare for by-election in the event Kurup loses appeal
1 comment:
Apa yang dirisaukan. Lawyer sudah press ADO Bubudan OT Majalu untuk declare MTB. Kini tak menyesal kee? Sometimes we got to be real smart and thinking abt the future. Yhe law is the law. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
MURUT VOICE
Post a Comment