Inikah bantuan kuasa asing?
Akibat campurtangan kuasa asing.
Minda Merdeka-Media Merdeka.
Media asing sering melapurkan perkembangan terkini di Malaysia. Seperti biasa, ”good news is no news”. Mereka akan melapurkan berita yang lebih sensasi bagi membuatkan lapuran mereka menarik dan analatikal mengikut acuan mereka.
Mereka menggambarkan ehwal semasa Negara kita seolah-olah mereka lebih arif dari kita mengenai pristiwa di tanahair kita sendiri. Seolah-olah penulis-penulis tempatan, yang berada di sini yang pastinya lebih mengetahui keadaan sebenar dan sesungguhnya mengikuti perkembangan perisiwa dengan lebih dekat dan dari sumber yang lebih sahih dan terperinci, dianggap dangkal pengetahuan mereka mengenai negara mereka sendiri..
Sebilangan kita lebih yakin bahawa ”kita adalah kita seperti yang orang asing kata, kita ini kita”. Seakan-akan berita yang dilapurkan media dan penulis asing lebih tepat dari peristiwa yang kita sendiri tonton di halaman kita.
Apabila Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa “...We are all Malaysians and we all must have a stake in building a progressive, united and cohesive country. This has always been my approach to government and politics. It is even more important…..” Kenyataan ini dianggap oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai kenyataan seorang “loser”. Tetapi bila Dato; Seri Anwar Ibrahim berkata “…anak Melayu anak saya, anak cina anak saya dan anak India anak saya…” . Ianya dianggap seakan fatwa pujangga seorang “negarawan ulung”. Soalnya, tidakkah kenyataan DSAI ini seolah-olah menganak tirikan akan-anak “indigenous people” dari Sabah dan Sarawak?. Atau barang kali “tak apa” kerana DSAI boleh menukar dan menokoh tambah dengan memasukkan “anak-anak-anak indignous Sabah dan Sarawak anak saya” apabila dia berkunjung ke bumi Hornbill dan Negeri Di Bawah Bayu nanti; sama seperti dia menggubal semula janji 916?, Itulah sebahagian kesan indoktrinasi media asing terhadap minda kita.
Media asing juga sering menghidangkan bahawa kerajaan BN yang memperolehi 140 Kerusi Parliment dan PR mendapat 81 dan Bebas 1, sebagai “kerajaan yang sepatutnya kalah” dan sudah tidak mendapat mandat majoriti rakyat. Sehubungan dengan ini, mereka lebih ghairah bila seramai 31 atau lebih MP dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia diuar-uarkan melompat ke Pakatan Rakyat menjadi kenyataan. Kononnya, ianya mesti dilihat sebagai satu elemen positif yang “benar-benar demokrasi” dan perlu diterima rakyat sebagai “turning point” yang amat perlu bagi mengembalikan martabat Malaysia di mata dunia. Kononya sebagai satu formula mengembalikan Malaysia ke era kegemilangan ekonomi dan keharmonian kaum. Apakah media dan penulis asing ini akan bersedia berkata demikian kiranya ada seramai 13 MP dari Pakatan Rakyat melompat ke Barisan Nasional?.
Apakah pula sikap mereka ini sekiranya ada kalangan pemimpin kerajaan akan muncul di tengah-tengah kekalutan politik tanahair, dari Perlis hinggalah ke Sabah, mengatakan bahawa “BN mempunyai numbor yang cukup” untuk menjadikan kerajaan memperolehi atau mengembalikan mandat lebih dari dua pertiga kerana ada 13 atau lebih MP dari Pakatan Rakyat berniat melompat ke Barisan Nasional?. Apakah tanggapan mereka mengenai “demokrasi” akan berubah?
Sejarah telah mengajar kita untuk lebih matang. Kaedah “pecah dan perintah” adalah formula yang amat mujarab bagi kuasa asing menyusupi minda anak-anak bangsa kita sehingga kecintaan anak bangsa kita terhadap tanahair mereka sendiri menjadi goyah.
Negara kita yang terdiri dari masyarakat “multiracial” dan “multi religious” sudah pasti lebih “vulnerable” terhadap dakyah-dakyah yang boleh mengancam keharmonian rakyat kita. Kita hendaknya menjadi “manusia besar” yang tidak boleh bertolak ansur terhadap anasir-anasir yang merugikan Negara yang kita cintai ini.
Krisis kaum yang sedikit goyah dan krisis ekonomi yang melanda negara kita kini tidak dapat dipisahkan dengan kemelut politik tanahair dan krisis ekonomi dunia. Keadaan inilah yang menjadi daya tarikan utama bagi media asing bagi menjaja hasil karya meraka.
Saya cukup yakin, sekiranya esok kita tukar kerajaan yang ada kini, esok, lusa, lusa ulat, minggu depan, bulan depan atau tahun depan, tidak mungkin krisis ini berakhir dengan sekelip mata. Ada kemungkinan ianya menjadi lebih buruk jika kita terus gagal mengetengahkan formula, strategi dan pelan tindakan yang berkesan.
Pertembungan politik Democrat-Republican di Amerika lebih hebat dari pertembungan PR-BN di Malaysia. Keadaan ekonomi Australia dan Amerika lebih merunsingkan berbanding keadaan ekonomi Malaysia. Banyak lagi negara-negara di dunia mengalami krisis ekonomi yang diekori krisis sosial bertolak dari fluctuasi ke bawah ekonomi dunia. Inflasi dunia berlaku dengan hebat dan kesannya pasti dirasai di bumi Malaysia. Lazimnya, kerajaan mestilah bertindak lebih bijak dan proaktif dalam menangani isu-isu ekonomi ini tanpa mengizinkan kemelut politik menghantui dan membantutkan usaha mereka. Di Malaysia, isu ekonomi adalah isu pokok.
Lazimnya juga, opponents kerajaan akan terus berusaha menggagalkan sebarang usaha pemulihan umum khasnya pemulihan ekonomi bagi mewujudkan suasana resah dan menanamkan ketidak yakinan rakyat terhadap kerajaan dengan harapan agar kerajaan itu terus lemah dan gagal memenangi hati rakyat. Dengan demikian, kerajaan itu mudah dijatuhkan dan digantikan dengan kerajaan yang baru. Tentunya sebagai “Harapan Baru Untuk Malaysia”. Mungkin.
Kita harus merasa resah dan khuatir bila wujud pihak yang menghalang untuk kita memberi peluang kepada “keamanan untuk mengambil tempatnya”. Kita hendaknya memberi peluang kepada mandat rakyat untuk digunakan bagi kesejahteraan mereka.

.
Campurtangan kuasa asing tidak akan pernah sukarela, girang dan puas hati dalam melihat dan membantu kita maju dan membangunkan negara kita. Tidak ada campurtangan asing ke atas mana-mana negara di dunia yang dapat dijadikan model yang terbaik untuk kita “adapt” dan laksanakan di Malaysia. Iraq, Russia, Afghanistan, Bolivia, Bosnia Herzagovina, Nigeria, Filipina dan banyak lagi negara yang menjadi kucar kacir akibat campurtangan kuasa asing.
.
Oleh itu, padamkan dalam niat, minat dan mimpi kita untuk mengharapkan bantuan asing yang sebenarnya berniat campurtangan dalam hal-ehwal negara kita. Kesejahteraan, kemakmuran dan pembangunan Negara kita harus kita letakkan di tangan kita sebagai rakyat negara ini. Dalam kontek ini, minda kita dan media kita harus merdeka di tangan kita dari dicemari kuasa asing. Dengan demikian kita terhidar dari membuat keputusan yang asing atau bagi pihak kuasa asing ke atas negara kita yang tercinta ini.

No comments:
Post a Comment