Saturday, September 20, 2008

ISA-YB. Teresa Kok, MP Seputeh Dibebaskan


YB. Teresa Kok, dibebaskan dari Tahanan ISA.

Pembebasan YB. Teresa Kok, MP DAP Seputeh pada awal tengahari 19 September, 2008 dianggap oleh sesetengan pihak sebagai satu kemenangan dan ganjaran kepada tekanan yang dilakukan kepada pihak berkuasa keselamatan dalam negera. DAP terus menyuarakan kehendaknya supaya blogger, Raja Petra Kamaruddin juga dibebaskan segera dan seterusnya lima pemimpin Hindraf yang masih dalam tahanan ISA. DAP juga menyuarakan keinginan supaya ISA terus dihapuskan.

Amerika adalah negara yang amat lantang mengutuk ISA. Namun dalam beberapa keadaan Presiden Amerika, George W Bush juga pernah menyatakan bahawa, ISA tidak semestinya dikategorikan sebagai kejam dan zalim. Penyataan ini dibuat ketika Amerika meluluskan rang undang-undang "anti terrorisma" sedikit masa dulu.

Amerika juga mempraktikkan penahanan tanpa "due process of the law". Dunia tahu nasib mereka yang ditahan di kem tahanan Guantanamo, Cuba. Malah dalam tahan itu, tahanan dizalimi dan diganasi dengan kejam, tanpa perikemanusiaan.

Apapun sistem dan perundangan, jika disalahgunakan pastinya yang patut dipersalahkan ialah pelaku dan penguatkuasa undang-undang dan peraturan yang menyalahgunakan (abuse) peruntukan undang-undang dan peraturan itu; bukannya undang-undang dan peraturan itu per se. Rasanya banyak lagi undang-undang dan peraturan yang dianggap baik oleh seseorang namun dianggap tidak baik bagi sesetengah kumpulan. Maka tidak lah wajar bagi membubarkan undang undang dan peraturan itu kerana ada sesetengah kumpulan tidak menyukainya.

Misalnya, saya tidak suka undang-undang sebat ke atas pendatang haram atau tanpa izin. Saya berhak untuk menzahirkan hasrat saya supaya kerajaan membubarkan undang-undang itu. Tetapi ada pihak yang bersetuju dengan undang-undang tersebut dan mereka juga berhak untuk menzahirkan hasrat mengekalkan undang-undang itu. Asasnya pendatang hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan agar tidak dikenakan hukuman sebat.
.
Saya juga tidak menyukai ISA kerana ianya sering disalahgunakan dan menafikan hak dan kemerdekaan seseorang untuk mendapat perlindungan undang-undang.
.
ISA juga demikian. Jika anda tidak ingin untuk ditahan tanpa bicara, hendaknya janganlah anda melakukan perkara-perkara yang membuatkan anda ditahan di bawah ISA. Misalnya mengancam keharmonian negara, keselamatan negara dan mengancam ekonomi negara yang dikategorikan sebagai menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
.
DAP hanya mengutamakan MP mereka, RPK dan Pemimpin Hindraf. Ternyata DAP seolah-olah hanya cenderung ke arah mempertahankan "associate" mereka dan tidak langsung menyebut tahanan ISA lain seperti 12 orang dari Sabah yang lain-lain yang masih merengkok dalam tahanan ISA tanpa melalui "due process of the law". Tidak juga DAP menyebut nama blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang lebih dikenali sebagai Kickdefella, yang turut ditahan di bawah ISA, namun juga dibebaskan setelah selesai di soal siasat.
.
Apakah kerana YB Teresa sudah insaf akan perbuatannya manakala 12 Sabahan, dan yang lain belum insaf atas perbuatan mereka kerana itu mereka belum dibebaskan? Bagaimana nasib mereka yang lain yang tidak ada sesiapa yang membela dan memberi tekanan kepada pihak berkuasa?

Saya teringat kata pujanggah, "jika kita menangisi kematian seseorang tapi hati kita tidak tergerak untuk sebuah kematian yang lain , maka kemanusiaan tidak wujud di makhota kebenaran"-Khairil Anuar.
.
Jika DAP membakar lilin demi keadilan kepada YB Teresa namun tidak tergerak hati mereka untuk membakar lilin kepada 12 orang Sabahan, kepada Syed Aizidi Syed Abdul Aziz dan yang lain yang masih dalam tahanan ISA, maka di manakah kita letakkan mahkota kebenaran dan keadilan?.
.
Baca bersama....

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)