Wednesday, September 17, 2008

FORMULA MENTAKSUBKAN RAKYAT

Mampukah BN menandingi kehebatan PR mentaksubkan rakyat di pentas masyarakat?.
16 September telah berlalu. Apa yang dijanjikan sejak Mac, 2008 tidak tertunai. Sebelum kegagalan 916, rakyat pula dihidangkan dengan perhimpunan raksasa di Studium Kelana Jaya. Ramai yang datang bersesak-sesak untuk mendengar cerita ”peralihan kerajaan”. Kepimpinan PR lebih dan "super extra" berhati-hati dan bagai menarik rambut dari tepung dalam menyatakan hakikat bahawa kerajaan “Harapan Baru Untuk Malaysia” tidak dapat direalisaikan. Maka itu, janji dipohon untuk ditangguhkan sementara ramuan baru direnihkan.

Kini ada janji baru. “Janji 916-sky-change”. Di mana Datuk Seri Abdullah akan ditemui dan akan “….give a categorical public assurance that he would gracefully, peacefully and democratically accept and effect a transition of federal power if Pakatan Rakyat has the support of the majority of the 222 MPs in Parliament - to tell the nation and the world that Malaysian democracy has reached a new maturity at par with first-world Parliaments…..”.

Perkara ini kononnya akan berlaku sehari dua atau seminggu dua. Janji baru ini diiringi dengan azimat yang mengatakan bahawa sejumlah MP BN dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia telahpun menandatangani “sworn statements” yang mengakui bahawa mereka telah bersetuju melompat ke PR. Perkara ini, kononnya akan dibawa ke pangkuan Pak Lah dan restu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong akan dipohon.

Ini tidak lebih dari cerita lama yang diberi nafas baru. Ini adalah formula baru untuk sekali lagi mentaksubkan rakyat dan mensensasikan politik tanahair fasa baru. “sekiranya MP BN melompat ke PR maka konon demokrasi telah mengalamai kematangan baru dan melepasi kualiti ahli MP first-world Parliaments. Sekaligus dan seolah-olah menyatakan kalau tak melompat samalah atau kekallah taraf mereka sebagai MPs of the jungle.

Sejak kegagalan formula 916, lajimnya, adalah sukar bagi kita menerima janji manis yang diubahsuai. Kalau setakat isu ISA yang dikenakan kepada RPK dan Teresa Kok yang menjadi sandaran baru untuk membentuk kerajaan ”Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”, ianya sesuatu yang amat pahit untuk ditelan.

Apabila para MP dari Sabah dan Sarawak menyatakan bahawa mereka tidak lansung berminat untuk melompat ke PR, ramuan baru ”916-sky-change” diperkenal sebagai igauan baru. Motifnya, sekadar untuk hypnotise mereka. Kendatipun, dikatakan bahawa tersedia ”sworn statement” yang telah mereka, para MP, tandatangani. Namun masih segar dalam ingatan rakyat tentang ”akuan bersumpah” yang pernah dibuat oleh seorang pegawai penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan RPK yang mengkaitkan individu tertentu dengan kes pembunuhan model dari Monggolia, Altantuya. Rakyat yang bijak tidak mungkin mudah menerima bulat-bulat penyataan sedemikian rupa. Tidak mungkin rakyat mudah diperdaya berulang kali.

"Apa yang saya boleh katakan rakyat sebenarnya telah diperbodoh -bodohkan oleh PKR dan saya tidak nampak asasnya akan berlaku perkara seperti itu,"YB Tuan Haji Ibrahim Ali, MP Pasir Mas dalam mengulas isu 916.

Apakah rakyat mudah terbuai dan mudah taksub dengan hanya penyataan MP DAP dari Batu Gajah, YB. Fong Po Kuan, bahawa beliau telah memanggil Perdana Menteri dan telah menyatakan kesediaannya (pak Lah) untuk menyerahkan tampuk pemerintah Negara ini kepada PR?. Apakah rakyat masih mampu terbuai dan taksub lagi dengan penyataan mereka bahawa MPs dari Sabah dan Sarawak akan melompat sedangkan para MPs itu menyatakan pendirian bahawa mereka tetap setia dengan BN?. Hakikatnya, apa yang berlaku ialah mereka, para MPs, tetap digoda dengan pelbagai formula dan ramuan agar mereka melompat. Bagaimanpun, ”uncertainty” mengenai ”padi seberang” lebih menggunung.

Kelebihan Barisan Nasional dari segi perpaduan kaum dan tolerasi lebih utuh berdasarkan kepada kepada ciri-ciri parti komponan yang sedia ada berbanding dengan ciri-ciri parti-parti dalam PR. Kebersamaan dan permuafakatan dalam pakatan ini lebih rapuh berbanding ikatan pertalian kaum dalam BN. Kes Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera tidaklah seberat penyataan MP dari Bukit Gelugur sedikit masa lalu mengenai rakan Pakatan mereka kini. Ianya juga tidak seberat kujungan MP Seputeh di Mesjid Bandar Kinrara pada suatu subuh yang menyatakan ketidakselesaannya mengenai kebisingan suara azan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pernah berkata ''Janganlah hendak jadi Mat Jenin. Jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam, Pas tidak akan berkompromi. Tidak kiralah sama ada Anwar atau UMNO yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini adalah pendirian saya sebagai Presiden Pas,'' kata Haji Hadi.

Sekiranya BN masih menderita syndrome ”cultural shock” setelah kehilangan majoriti 2/3 majoriti, dan terus alpa memikirkan kehilangan kuasa sehingga lalai ”confront” masalah sebenar yang dilemparkan PR, maka bencana akan menimpa BN. Kiranya pemilihan kepimpinan dalam UMNO masih bersikap ”bunuh membunuh”, UMNO yang menunjangi BN akan lemah. Bila tunjangnya lemah, BN akan mudah ditumbangkan.

BN sesungguhnya memerlukan reformasi yang segera, terutama mengeratkan semula ikatan sesama parti-parti komponen yang menjadi longgar. BN perlu setanding jika tidak mengatasi PR yang kelihatan lebih berupaya dan bertenaga hingga dapat mentaksubkan sebilangan rakyat. PR lebih sekata. Kiranya BN sekadar berminat dan "confined" bagi meneruskan kerja rutin yang masih bertimbun di pejabat, leka dengan agenda peribadi dan kem, dan sekadar memperagakan Rancangan Malaysia ke 9-10, Koridor pembangunan sana sini dan Budget 2009, rasanya, impian PR tidaklah mudah untuk dinafikan.

Kepimpinan BN perlu mengambil pendekatan agresif dalam mengembalikan keyakinan mereka sendiri. ”Semangat mereka perlu dipanggil pulang” sehingga mereka benar-benar pulih dan yakin bahawa dalam PR12 rakyat telah memberi mereka mandat. Rakyat telah memberikan mereka kemenangan, bukan kekalahan. Mereka perlu kembali semula ke pangkuan rakyat. Mereka perlu menang dalam meyakinkan rakyat bahawa ketaksuban dan formula mentaksubkan itu bukanlah satu elemen yang menentukan kegemilangan masa depan bangsa, agama dan tanahair.
.......
LIHAT INI...

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)