Thursday, June 19, 2008

RAYMOND TAN SU KIAH LETAK JAWATAN TIMBALAN KETUA MENTERI DAN MENTERI KERJA RAYA?

Oleh: KHS

YB. Datuk Raymond Tan Su Kiah, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Negeri Sabah dan Timbalan Presiden SAPP. Terpaksa memilih antara Pangkat dan maruah partinya SAPP.

Bila ditanya reaksi samada YB. Datuk Raymond Tan Su Kiah (RTSK) menyokong tindakan Dua MP yang digunakan oleh bosnya, Datuk Yong Teck Lee (YTL) untuk mengundi tidak percaya pada PM, beliau tentunya akan menggelabah mencari jawaban yang selamat. Lalu katanya dia belum dimaklumkan mengenai perkara berkenaan. Masyarakat umum tentunya terus saja mengatakan bahawa RTSK memang tahu tetapi pura-pura dalam perahu.

SAPP boleh dikatakan sudahpun berada di luar BN secara automatik setelah pengumuman YTL mengenai keputusan partinya, SAPP, yang mengarahkan dua MPnya mengundi tidak percaya kepada pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi walaupun motion itu belum tentu dapat dikemukakan di persidangan parliment. Seorang pemerhati politik mengatakan bahawa "belum table motionpun SAPP sudah mengundi, ini ternyata tindakan pembangkang".

Apapun, SAPP tidak dapat lari dari kenyataan. Dalam mesyuarat Agung Perwakilannya, ramai yang menyokong usul SAPP Kota Belud yang diketengahkan oleh Tuan Haji Madri Akong supaya keberadaan SAPP sebagai komponen BN dikaji semula.

Seminar anjuran PIPPA, Progressive Institute of Public Policy Analysis, minggu lepas yang bertajuk "Economy In Jeopardy" kemudian muncul di skrin putih semasa dalam bilik seminar sebagai bertajuk "Malaysia Economy in Jeoparday" yang menjemput Ms. Foong Wai Fong, yang lantang mengkritik sebarang policy kerajaan, ternyata sebagai program "exit" SAPP dari BN.

Beberapa siri Mesyuarat YTL dengan DSAI menguatkan lagi anggapan umum bahawa SAPP tidak lagi berpaksikan perjuangan BN. Beberapa tindakan kepimpinan SAPP hanya dilihat sebagai "cari pasal saja".

Tambahan pula, Dr. Jeffry Kitingan dari PKR diberikan tepukan gemuruh dan kehadirannya dalam seminar itu diberikan "acknowledgement" khusus. Saya lihat mantan MP Tuaran, Datuk Madius Tangau juga turut berada di situ dan menjadi pengerusi penal selepas "ceramah" dari jemputan khas itu. Itu semua adalah tindak tanduk bahawa SAPP sudah tidak selari dan serasi lagi dengan BN.

Kini SAPP telahpun membuat keputusan dan keputusan itu sukar dikaji semula lagi. Ianya satu tindakan yang sudah pun menyatakan "selamat tinggal" kepada BN. Apakah pula tindakan Datuk Raymond Tan sebagai Menteri Kabinet dari SAPP, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Perhubungan Kerjaraya? (ada lagi jawatan-jawatan lain yang bertaraf "politically appointed" yang diberikan kepada SAPP). Apakah beliau pula akan menghadapi SAPP dan mendabik dadanya bahawa beliau juga anak lelaki dan ada pengaruh peribadi dan bukannya "excess bagage" kepada SAPP?

Dia tak mampu berpura-pura lagi. Dia terpaksa meninggalkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Perhubungan Kerjaraya jika ingin terus berada dalam SAPP. Jika tidak ingin melepaskan jawatan-jawatannya dalam kerajaan dia wajib menukar haluan dengan menyertai parti komponen BN lain di Sabah yang didominasi kaum Cina. Beliau terpaksa membuktikan bahawa tanpa SAPP, karier politiknya mampu bersinar atas wibawanya.

Namun sudah pasti SAPP akan mengutuk beliau sebagai "pengecut, "strike breaker" atau kambing hitam SAPP". Pasti dia akan digelar "pentingkan pangkat". Apapun RTSK terpaksa memilih antara pangkat dan maruah partinya SAPP sebagai gambaran kepada masyarakatnya bahawa dia adalah RTSK yang ada pendirian dan ada maruah.

5 comments:

Anonymous said...

Haiiya, Dulu PBS Mark Koding ada buat juga maa. Rekod dia, dia kalah. Tapi rekod mana ada suumua sama.Mau cuba try test apa salah maa.Mau kasi tingok sama Musang juga pasai pakai itu wang punya bulum tau moleh manag bah!.

Anonymous said...

Young Teck Lee macam seideologi dengan nama-nama macam Karpal Singh, Lim Kiet Siang yang sebetulnya terdiri daripada orang-orang yang jelas mengamalkan budaya politik yang ekstremis yang selalu mengambil kesempatan ke atas situasi dan senario semasa sosio-politik negara dan BN khasnya. Budaya "tikam dari belakang" adalah salah satu nilai amalan YTL.

Anonymous said...

"SAPP tikam kawan dari belakang" Nik Aziz
Oleh Bernama
Khamis, 19 Jun 2008
KB: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tindakan tikam belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa.

"Tikam kawan ini kerja orang yang kecewa, sepatutnya kita kena bincang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di sini hari ini.

Anonymous said...

Saya anak Batu Sapi. Saaya tidak suka sama orang yang hanya mengambil dan menikmati Negeri ini tapi menyumbang hanya dengan "air liur". Bila resign. bila? Saya kenduri kesyukuran.

Anonymous said...

BPR siasat kes rasuah Yong
Oleh Veena Rusli dan Norfatimah Ahmad

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam memulakan siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri itu.

Siasatan itu dibuat berikutan pendedahan bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said ketika pemeriksaan utama dalam perbicaraan kes terhadap bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam, di Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata siasatan pihaknya akan bertumpu kepada keterangan yang dikemukakan Wasli dalam prosiding kelmarin, berhubung arahan Yong supaya pembayaran lebih RM5 juta yang menjadi sebahagian keuntungan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) kepada ejen pilihannya.



"Berdasarkan afidavit, Wasli menyatakan Yong menerima wang. Keterangan itu adalah antara perkara utama yang perlu diteliti dengan terperinci.

"Kita akan panggil semua individu yang terbabit untuk membantu siasatan dan arahan juga dikeluarkan supaya siasatan segera dijalankan terhadap kes ini kerana ia membabitkan kepentingan awam dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup kursus pegawai penyiasat kewangan bertauliah mengenai Akta Pengubahan Wang Haram (Amla) di Akademi Pencegahan Rasuah (Maca), di sini, semalam.

Dalam perbicaraan kelmarin, Wasli berkata kejadian itu berlaku ketika beliau menjadi Pengurus Besar LKTNS yang terbabit dengan cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham dalam Sapi Plantation milik lembaga berkenaan.

Wasli memberitahu mahkamah, selepas beberapa kali bertemu Yong, beliau diarah membayar sebahagian keuntungan penjualan saham itu kepada ejen pilihannya.

Selain kepada Yong, katanya, beliau juga membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga pengarah Briskmark sebagai derma. Mereka ialah Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong.

Keterangan Wasli itu dibuat pada perbicaraan Kasitah, 60, yang didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi LKTNS untuk kepentingan peribadi dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham Sapi kepada Briskmark.

Mengenai siasatan yang dijalankan, Mohd Shukri berkata, BPR menjurus kepada dua aspek utama iaitu Seksyen 15 Akta Pencegah Rasuah 1997 berhubung salah guna kuasa dan perbuatan rasuah mengikut Seksyen 11a akta sama.

Seksyen 15 dan 11a akta berkenaan menyebut, jika bersabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Ditanya sama ada BPR akan turut menyiasat pemberian RM500,000 sebagai derma kepada lapan anggota pengarah Briskmark, Mohd Shukri berkata, perkara itu juga akan diteliti bagi menentukan sama ada ia perlu disiasat berasingan atau bersama kes membabitkan Yong.

Sementara itu, Yong dalam sidang medianya di Kota Kinabalu semalam menyifatkan kenyataan BPR itu sebagai percubaan untuk menakutkannya.

"Saya hairan dengan suasana masa kenyataan itu dibuat. Saya rasa sasaran pertamanya ialah saya dan keduanya ini adalah amaran kepada yang lain. Ada perumpamaan menyebut 'sembelih ayam sebagai amaran kepada monyet-monyet', jadi saya ayam yang kena potong dan monyet-monyet lain jangan ikut.

"Kenyataan BPR itu nak buat orang takut dan ini tidak sihat untuk negara. Ini kes sejak 12 tahun lalu, mengapa sekarang baru ditimbulkan dan bukan minggu lalu," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan memberi kerjasama kepada BPR jika diperlukan, Yong yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1996-1998 berkata, agensi itu pernah mengambil kenyataannya berhubung kes sama beberapa tahun lalu.

"Kalau ini satu ugutan supaya SAPP berkompromi dengan perjuangan kita, ia tidak baik dan saya bersedia menerima apa juga akibat demi perjuangan untuk rakyat dan Sabah.

"Sekiranya saya melakukan kesalahan, kalau ditangkap, kalau dihadapkan ke mahkamah dan kalau dipenjara, apa boleh buat tetapi jangan gunakan ini sebagai ugutan supaya perjuangan politik kami terjejas," katanya.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)