Oleh: KHS
Datuk Salleh dengan USBOnya. Salleh mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tun dan Harris.
Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun (Allahyarham) adalah Bapa Kemerdekaan Sabah. Walaupun dia telah lama meninggalkan kita, namun namanya masih disebut-sebut. Beliau adalah pemimpin Negeri Sabah yang mempunyai krisma yang tinggi di peringkat antarabangsa dan Nasional.
Datuk Harris Mohd. Salleh dianggap sebagai Bapa Pembangunan Sabah. Dalam era kepimpinannya, Sabah mengalami perubahan fisikal yang pantas dan dapat dilihat dan di nikmati sehingga kini. Era kepimpinan Tun Mustapha dan Datuk Harris diibarat sebagai pelayaran dua perahu yang berbeza. Mereka kalah di tangan PBS. Seperti kata Datuk Datu Amir Kahar Tun Mustapha, “Dalam perjuangan kita perlu berkayuh bersama serentak kerana kita adalah seperahu. Penumpang-penumpang seperahu akan hanyut dibawa arus jika tidak berkayuh bersama-sama. Perahu juga tidak akan sampai ke mana-mana jika penumpangnya berkayuh ke arah yang berbeza-beza”. Begitulah ukiran sejarah keadaan USNO dan BERJAYA suatu waktu dulu yang perlu menjadi pengajaran kepada kita semua.
Kendatipun besarnya jasa dan sumbangan Harris Salleh dalam pembangunan Negeri Sabah, usaha bertali arusnya untuk kembali ke arena dan pentas politik Negeri Sabah menemui beberapa siri kegagalan. Namun sumbangannya kepada pembangunan tetap terukir dalam lipatan sejarah Negeri Sabah yang sukar dinafikan.
Ketiadaan pemimpin KDM seperti Tun Fuad Stephen dan Datuk Peter Mojunting di arena politik Sabah telah dapat diisi oleh Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan sebagai Huguan Siau dalam kategori Bumiputera Bukan Islam. Namun ketiadaan Tun Mustapha dan Harris Salleh masih dinantikan penggantinya. Tun Mustapha dengan USNOnya dan Harris Salleh dengan BERJAYAnya dan Pairin pula dengan PBSnya.
Kemelut politik tanahair masakini meletakkan masyarakat bumiputera Islam di Sabah, dalam kontek politik, dalam keadaan yang tersepit, haluannya semakin kurang jelas dan berpecah-pecah. Ramai bumiputera Islam menjadi pemimpin dan ahli serta penyokong parti-parti negeri yang bukan dominan Bumiputera Islam seperti PBS, PBRS, SAPP, dan LDP dan sebagainya. Memang tidak salah and tiada halangan dalam negara demokrasi dan di segi hak individu tetapi ianya meletakkan Bumiputera Islam secara vitalnya dalam kedudukan “disadvantage” sedangkan lebih kurang 44 dari 60 kawasan DUN Sabah adalah didominasi oleh penduduk Sabah dalam kategori Bumiputera Islam.
Apabila kerajaan BN yang ditunjangi UMNO di peringkat pusat diselamatkan oleh Sabah dan Sarawak dari runtuh, Sabah masih seperti terpaksa merayu-rayu belas kasihan dan simpati. Seperti Kata YB. Datuk Anifah Haji Aman dan YB. Datuk Ghapur Haji Salleh.
“sudahpun kita dianak tirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianak tirikan, dihina pula, nak ke mana kita. Rumah terespun rumah tereslah YB. Apa guna bunglo kalau sekumpulan saja yang merasai nikmat. Kita mau, biar teres sama-sama kita kongsi. Kalau bunglo sama-sama kita menikmatinya. Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam bunglopun tidur di tepi tandas apa gunanya”.
Yang Berhormat Datu Anifah Haji Aman,
MP Kimanis, Sabah
“semua tahu , dunia tahu. Kalau bukan Sabah dan Sarawak, 54 kerusi, maka kerajaan BN sudah tidak ada..... Negeri Sabah, Datuk Speaker, Negeri Sarawak yang menyelamatkan BN. Negeri Sabah 3 kerusi menteri. Ini memalukan rakyat Sabah. Ini memalukan. Ini harus diperbaiki. Kita tidak boleh biarkan begitu saja... Sudahlah kita ini ketinggalan, kemudian kita dianaktirikan....Mungkin itu dianggap oleh pucuk pimpinan Negera enteng, Sabah can be taken for granted... Kalau tidak diperbaiki keadaan ini, pilihanraya akan datang bukan saja BN kalah, sayapun termasuk ikut kalah juga”
Yang Berhormat Datuk Ghapur Haj Salleh,
MP Kalabakan, Sabah yang menang Tanpa Bertanding.
Rumah Teres atau rumah Bunglo; semua tau duniapun tahu, yang nyata Bumiputera Islam di Sabah memerlukan sebuah rumah milik sendiri yang dapat dan mampu dikongsi semua dan berjiran tetangga dengan semua rakyat Sabah dengan aman dan harmoni.
Organisasi yang menjadi sebutan umum kini adalah USBO yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, sebagai Presidennya. Selain itu, ada ura-ura untuk menghidupkan semula USNO. USNO dahulu adalah parti tunjang bagi bumiputera Islam Sabah yang diisytiharkan pembubarannya oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad setelah Tun Mustapha bersetuju menerima UMNO menjadi perahu besar bagi ahli-ahli dan penyokong USNO pada Pada 23 Februari 1991, sempena Perhimpunan Agung Parti USNO yang telah diadakan di Dewan Perdana Norsaadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah
“....Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada Umno umpama USIA dengan USNO dahulu...,” menurut Haji Jabar Khan Nafi, seorang vateren politik dan bekas tahanan ISA yang masih mempertahankan bahawa penahanannya yang berlanjutan telah menzaliminya dan tidak adil baginya dan keluarganya.
Salleh yang mengepalai USBO bagaikan berjuang dalam UMNO bak “hatinya mengusik keinginannya untuk menangis sedang airmatanya enggan keluar”. Salleh telah tidak dicalonkan untuk mempertahankan BN di Parliment P.169 Kota Belud. Rakan-rakannya dalam USBO seperti Pandikar Amin Haji Mulia dan Datu Amir Kahar juga digugurkan dari mempertahankan Kerusi N.6-Tempasuk dan N.1. Banggi. Majoriti rakyat Sabah melihat ini sebagai sesuatu yang tidak wajar berlaku namun ianya telahpun berlaku.
Pemerhati politik mengatakan bahawa menghidupkan USNO bagai menimbulkan semula sebuah kapal yang telah karam dan tenggelam. Sukar tapi tidak mustahil. Dalam keadaan politik tanahair yang kalut kini, USBO perlu bijak memposisikan dirinya bagi mengisi "keperluan amat perlu" ini. USBO telah berada pada landasan yang baik. Kepimpinan USBO telah berjaya melakar keikhlasannya dan memperlihatkan komitmennya kepada perjuangan bagi keutuhan nasional. Salleh, Pandikar dan Amir Kahar telah bertindak jujur kepada UMNO, namun UMNO belum padu dalam memperjuangkan hak dan maruah bumiputera Islam di Sabah dan belum jernih keikhlasannya kepada USBO.
Dalam kekalutan UMNO, parti kebangsaan Melayu yang kalah di Tanah Melayu, UMNO sudah pasti menjadi parti yang longgar dan beransur lesu kepaduannya bagi mempertahankan keutuhan dan hak-hak majoriti bumiputera Islam di Sabah. UMNO yang mengenepikan USBO kini mula merasakan bahang sesilapannya. Dalam masa yang sama, seandainyanya kerajaan BN tumbang kerana ura-ura Anwar Ibrahim menjelang 16 September, UMNO Sabah bakal melihat kemenangannya dalam PRU12 tidak membawa "erti yang bermakna" buat masyarakat Bumiputera Islam Sabah yang menumpanginya. Dalam situasi inilah kita perlu mentelaa dan memperinci apakah USBO itu tidak "releven" bagi menyatupadukan masyarakat Bumiputera Islam di Sabah?
Apakah kita ketandusan pemimpin Bumiputera Islam yang berkrisma dan berwibawa di Sabah?. Ramai pemimpin Bumiputera Islam yang mendapat sokongan penyokong dengan begitu “commanding’ dalam beberapa pilihanraya yang lepas. Ramai juga pemimpin Bumiputera Islam yang digugurkan walaupun mempunyai sokongan dan pengaruh yang kuat. Dalam apapun keadaan, permasalahan kewibawaan dan krisma tidak dapat diukur dengan besarnya bilangan undi kerana sokongan pengundi lebih banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kepincangan dalaman dan luaran parti-parti lawan, muslihat dalam perjalanan pilihanraya dan politik wang serta materilisma.
Terdapat pelbagai ukuran dan penentuan yang berbeza-beza mengenai tahap dan darjah krisma dan wibawa. Pastinya element “agree to disagree” sentiasa terpakai dalam merungkai kontek ini. Dalam banyak kes, krsima dan wibawa para pemimpin hanya akan diuar-uarkan umum secara positif apabila mereka sudah tidak lagi bernafas di dunia yang fana ini.
Dalam kontek pemimpin Negeri Sabah, Tun Mustapha dan Harris Salleh dilihat sebagai memiliki krisma yang belum dapat dimiliki pemimpin kini. Lambang kinabalu masih dicari dalam balot apabila menjelang hari mengundi. Ramai golongan tua masih menyimpan lambang USNO sehingga menebal anggapan mereka bahawa “USNO itu Tun Mustapha dan Tun Mustapha itu USNO” dan Tun Mustapha bagaikan memileki kuasa ajaib. Ini antara krisma Tun Mustapha. Harris Salleh pula telah mampu menjelmakan segala kerangka pembangunannya yang diilhamkannya tanpa banyak menghadapi halangan. Malah dikatakan bahawa kelulusan Harris Salleh yang hanya ditulis di atas “tissue paper”, diakuri dalam pentadbiran awam tanpa banyak persoalan birokrasi.
Datuk Salleh Tun Said dengan USBOnya kini dilihat sebagai calon dan “contender” utama yang mampu mengisi ruang yang ditinggalkan Tun Mustapha dan Harris Salleh. USBO adalah kapal baru yang dinakhodai oleh pasukan yang terdiri dan Salleh, Pandikar, dan Amir Kahar manakala Shafie Afdal sebagai Penasihat USBO. Ramai lagi anggota kepimpinan dari golongan professional yang “silent” dalam politik telah menonjolkan diri dalam kepimpinan USBO. Namun hingga kini USBO masih lagi sebagai NGO yang mampu menggugat sokongan kepada UMNO walaupun pada hakikat yang rasional mereka adalah pencukup (complement) antara satu dengan lain.
Sokongan bumiputera Islam Sabah kepada kedua-dua parti, UMNO dan KeADILan hanyalah berpaksikan dasar cinta dan sayangkan parti. Seandainya USBO menjadi sebuah parti politik, maka sokongan Bumiputera Islam Sabah dan rangkaiannya terhadap parti itu adalah atas dasar “cintakan parti dan cintakan rumpun bangsa”. Saya menilai “cinta kepada rumpun bangsa lebih sejati dari cinta kepada parti semata-mata. Kelebihan USBO lagi ialah ianya dilihat lebih “friendly” kepada parti-parti komponen BN Sabah danmbangkang utama, “KeADILan.
Krisma kepimpinan politikus Bumiputera Islam Sabah dalam UMNO kini, dikaburi oleh “rule no 1-The Boss Is Always Right” . Sekiranya boss melakukan kesalahan,”rule no 2, refer to rule no 1”. Sindiran membisikkan bahawa 2 X 5 jawabannya 10; tetapi kepimpinanan Negeri kita masih terpaksa merujuk kepada kepimpinan pusat untuk mensahkan jawabannya. Kerana itulah krisma pemimpin buiputera Islam di Sabah menjadi kabur. Ini adalah berkait rapat dengan sistem politik ferdealisma yang sering dilihat sebagai “menganak-tirikan”, dan membiarkan kita duduk di “rumah teres”.
Tun Mustapha dengan USNOnya, Harris Salleh dengan BERJAYAnya, Pairin Kitingan dengan PBSnya. Atas dasar ini Salleh Tun Said perlu merangka kerangaka perjuangan USBOnya bagi menjamin dia adalah “main contender” bagi mengisi kekosongan pemimpin bumiputera Islam Sabah yang ditinggalkan Tun Mustapha dan Harris Salleh. Salleh perlu “mendengar panggilan” bagi menguji dan merealisasi lakaran krismanya.
3 comments:
PKR Sabah mengalamai krisis kepimpinan dlm negeri akibat Jeffry yang kini agak cacat yg selalu mahu jadi ketua. UMNO krisis dalaman yg maha dasyat dari peringkat cawangan, Bahagian dan Negeri. UMNO punya politik wang menghancurkan harapan rakyat.Menghalalkan rasuah dlm UMNO teruk. Kita mahu USBO jadi base parti BI. UMNO boleh balik semenanjung macam JPPS baru lah kita stabil dan mampu menunjukkan kita boleh. Lihat saja Sarawak.
Betul. Sarawak patut jadi model. Sabah dulu masa di bawah pemerintahan parti Sabahan lebih maju dan amalan pilih kasih, kroni dan rasuah tidak seburuk BN yang diketuai Umeno. Kita tidak sanggup lagi jadi penyelamat seumur hidup sedang kekayaan kita terpaksa kita rayu balik. bah go go USBO..
Yong Teck Lee ada cakap dia mau ada parti Sabah punya. Tapi saya tau dia punya parti SAPP banyak geng five star. Commonlah do good politic.. Sabah people have suffer enough since economy crisis. I thought YTL was a good singer of BN tune..
Post a Comment