Ketua perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman telahpun meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan SAPP membuat resolusi akan mengundi usul tidak percaya terhadap kepimpinan PM, Pak Lah.
Setiausaha Agung MCA telah mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan semakin kuat dengan tiadanya SAPP dalam komponen BN. Katanya bahwa SAPP gagal menghargai pengorbanan semua 14 komponen BN. Dalam keadaan BN yang tertekan, SAPP menangguk di air yang keruh.
LDP awal-awal lagi menyatakan pendiriannya bahawa SAPP perlu dipecat dari BN. Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan, siang-siang lagi telahpun menuduh bahawa Yong Teck Lee bertindak “oppurtunist”. Ini dikaitkan dengan tindakan Yong memenikam dari belakang PBS dan mebentuk SAPP apabila PBS menang dengan majoriti kecil.
MP dari Tuaran, YB Datuk Wilfred Mojilip Bumburing, dari UPKO, tidak menyatakan terus terang pendiriannya terhadap hukuman yang wajar dikenakan kepada SAPP. Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa tuntutan SAPP juga mempunyai asas untuk “dilihat”.
Tun Mahathir Mohammad mengatakan bahawa “tiny SAPP” tidak mampu untuk menurunkan Pak Lah dari takthanya. Katanya, menurunkan Pak Lah dari jawatanya kenalah disertai oleh majoriti termasuk kepimpinan UMNO sendiri.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tindakan tikam belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa.
"Tikam kawan ini kerja orang yang kecewa, sepatutnya kita kena bincang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di Kota Bahru, Kelantan.
UMNO Sepanggar pula ternyata kehilangan kepercayaan kepada MPnya. Mereka berpiket menunjukkan kehilangan kepercayaan kepada MP Eric Mojimbun. Manakala para penyokong BN di Tawau telahpun menunjuk perasaan mendesak Datuk Chua Soon Bui untuk meletakkan jawatan sebagai MP Tawau.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pengurusan BN, semalam, berkata jawatankuasa itu turut menggariskan beberapa cadangan kepada Dewan Tertinggi BN mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap SAPP.
Apakah motif SAPP sebenarnya hanya sekadar inginkan Pak Lah untuk meletakkan jawatan kerana mereka kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan Pak Lah atau SAPP sememangnya hendak meninggalkan BN dengan melontarkan isu-isu yang membantunya meraih sokongan apakala ianya berada di atas kapal yang lain? Apakah muslihat SAPP?
Ramai mengetahui bahawa Yong telah beberapa kali mengadakan menyuarat dengan Penasihat PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim, temasuk pertemuan sulit yang bukan sulit lagi di Hong Kong. Ramai juga yang tahu bahawa DSAI telah mengatakan bahawa PR akan membentuk kerajaan menjelang 16 September, 2008. Anwar juga telah menyatakan bahawa ramai pemimpin Parti komponen BN dan UMNO telah “menemui beliau secara sulit” menyatakan kesediaan mereka untuk melompat kapal PR “kerana kapal BN bocor dan bakal tenggelam”. Kenyataan Anwar ini masih dipertikai dan diragui umum. Ramai yang melihat bahawa menggantikan kerajaan dengan melompat parti atau dengan demonstrasi tidak akan mampu mewujudkan atau membentuk kerajaan yang stabil. Contoh terdekat ialah rampasan kuasa yang berlaku di Thailand baru-baru ini.
Yong dan SAPP telah melihat keadaan dan perkembangan politik ini sebagai peluangnya bertindak “curang” terhadap BN. SAPP sudah tidak perlu mematuhi kod etika parti komponen BN. Dia tidak perlu beradab lagi dengan BN kerana sebilangan kecil orang BN sendiri sudah mulai melatah dengan kepimpinan Pak Lah.
Umum melihat bahawa perkiraan SAPP ialah BN akan jatuh dan PR akan membentuk kerajaan. SAPP perlu membantu dan bermain lincah untuk menjatuhkan BN, sekiranya ingin dilihat sebagai pemain utama dalam padang politik mengalahkan BN. Ianya perlu bermain “outstanding” untuk menjadi pemain yang bakal diberi pangkat besar oleh PR.
Dalam masa yang sama SAPP perlu menjaga parahunya yang “tiny” agar jangan tenggelam sebelum sampai ke perahu besar PR yang sedang dalam pembenaan.
SAPP memang dalam keadaan dilema. Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan Su Kiah dan Naib Presidennya selaku Ketua Wanita, Melanie Chia masih masing-masing menjawat Timbalan Ketua Menteri, Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Pembantu Menteri kewangan. Mereka tentunya tidak selesa dengan tindakan SAPP.
Dua MP SAPP, Eric E Mojimbun dan Chua Soon Bui menghilangkan diri dari menghadiri sidang parliment dengan alasan diugut dengan SMS. Eric Mojimbun pula mengatakan bahawa dia terpaksa menghadiri pengkebumian. Dua lagi ADUN SAPP, Au Kam Wah dan Liew Teck Chan, pasti "tidak senang" berhadapan orang-orang media. Apapun alasan mereka, masyarakat pasti mengaitkannya dengan perkembangan terbaharu dalam SAPP.
Jelas sekali, mereka dalam SAPP yang berjawatan sememangnya tersepit antara tindakan SAPP dengan posisi politik masing-masing. Antara maruah parti dan kedudukan dalam kerajaan. Sekiranya mereka sebagai pengikut SAPP yang “berdisplin”, seperti yang katakan Yong, mereka mestilah membuat pendirian. Mereka mesti ada prinsip.
Pangkat dan harta bukannya ukuran bagi mempertahankan maruah peribadi dan maruah parti mereka. Atau memang “disiplin” yang Yong maksudkan itu mereka mesti juga mengekalkan jawatan dan dalam masa yang sama, menentang atau tidak perlu terikat dengan kod etika BN. Mesti menjadi duri dalam daging. Ini pasti tidak akan mungkin berlaku.
Penilaian am, SAPP memang berhasrat meninggalan BN. Tindak tanduk terakhir SAPP dan MPnya hanyalah sebagai muslihat. Cuma Raymond Tan, Melanie, Au Kam Wah dan Liew Teck Chan perlu tanya diri mereka. Kiranya mereka sayangkan jawatan mereka dari parti, mereka terpaksa lawan Yong Teck Lee dalam SAPP. Andainya mereka setia dan berdisplin kepada SAPP, mereka terpaksa melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan dan lawan BN. Masa untuk mensandiwarakan muslihat terlalu rapuh dalam era kecanggihan teknologi masakini. Masyarakat akan terus membuat spekulasi. Dan spekulasi tidak seronok bila tidak menghentam dan mengata yang negatif mengenai subjeknya. Sekulasi tidak akan menguntungkan SAPP.
SAPP dilihat, dalam menarik keputusannya, tidak semudah mengundurkan perahu kecilnya yang kelihatan menyeberang ke arah kapal PR yang dalam pembenaan. Pesoalannya, andainya kapal PR tidak mampu disiapkan dan dilayarkan maka SAPP pun tidak akan sampai ke mana-mana. Barangkali masa itu akan timbul kesedaran bahawa guruh dilangit tidak semestinya membawa hujan.
Debaran kini menanti keputusan Dewan Tertinggi BN. Pada hemat saya, tindakan SAPP tidak harus menjadi rujukan dan ikutan pada masa akan datang. Dalam masa yang sama Yong juga telah memberi amaran agar "jangan sembelih ayam bagi menakutkan monyet" yang juga boleh membawa maksud "lawan tetap lawan".
1 comment:
Raymond Tan nak lawan Yong? Sori bro. Tatap hancur punya. Dia suka pangkat punya orang. Dia runding Edward Kho lah masuk MCA. RT memang tiada ball punya. Melanie ikutlah nanti..jadi Hidup MCA,
Post a Comment