Tuesday, September 15, 2009

"Siapa Mempersenda Keadilan"?.

DSAI menghadapi cubaan yang amat getir di hadapannya.

Tindakan DSAI dan pihak pembelaan kes Liwat kedua DSAI mengundang pelbagai reaksi. Kebanyakannya tidak memihak kepada DSAI. Sejak mula kes ini disebut, ramai pihak yang melihat bahawa kes ini merupakan kes yang amat getir untuk dihadapai DSAI.

Bermula dengan isu keengganan DSAI bermubalaha dengan bersumpah laknat dengan pelbagai alasan. Pada awal kes sumpah laknat ini diajukan, TGNA sendiri pernah menzahirkan kesediaannya untuk menjadi orang tengah. Namun akhirnya setelah mendapat pandangan beberapa ulama dan melihat ketidaksediaan DSAI sendiri untuk bersumpah laknat, maka isu TGNA menjadi orang tengah telah lenyap begitu sahaja dan tidak lagi diwar-warkan. Apakah jika DSAI bemubalaha maka kes ini akan diserahkan kepada Allah SWT untuk mengadilinya dan segala pertuduhan di mahkamah sivil digugurkan?

Tindakan menolak untuk diambil DNA oleh DSAI sehingga terdapat usaha untuk mewujudkan akta yang berkait dengan keperluan ujian DNA di Parliment juga dilihat sebagai usaha untuk mengelak dari terjebaknya DSAI dari pergelutan undang-undang yang berkait dengan kes Liwat DSAI. Bukanlah bermaksud bahawa akta itu semata-mata kerana kes DSAI, tetapi sebagai persediaan dan keperluan masa depan jika kes berkaitan DNA akan timbul.

Percubaan awal yang dilakukan supaya kes ini tertangguh ialah dengan mendapat cuti sakit pihak peguam bela utama DSAI. Walau ianya "dokumented" namun tidak kurang yang melihat ianya hanya sebagai helah. DSAI sendiri dengan barisan pembelaannya pernah memohon supaya kes ini digugurkan saja kerana kononnya "tiada kes untuk "didengar". Percubaan ini juga gagal. Ianya sekadar berjaya menangguhkan perbicaraan kes.

Terakhir pihak pembelaan telah memohon dan memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai "sama seperti mempersenda keadilan". Beliau menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden. Dalam permohonan ini, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Kes ini agak unik kerana walaupun ada peruntukkan undang-undang yang membenarkan permohonannya untuk mengenepikan pasukan pendakwaan, tetapi seolah-olah DSAI dan pihak pembelaan cuba membuat "pilihan" ke atas pihak yang mendakwanya. Dalam bahasa gayangnya dia "bertindak memohon untuk memilih lawannya".

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sendiri mengakui bahawa ".....isu yang dibangkitkan bukan isu biasa... ini adalah isu yang unik sedikit, beliau mahu lebih masa untuk memikirkan apa yang telah dihujahkan di hadapan beliau sebelum ini....,"

Apapun yang akan terjadi selepas ini, umum akan tetap mempersoal, siapa yang cuba untuk mempersenda keadilan sehingga kes liwat ini ditangguh dan ditangguh lagi? Siapa pula yang cuba mengelak dari keadilan untuk ditegakkan?
.
Perlu diingat bahawa dalam kes liwat yang pertama, Mahkamah persekutuan telah mengambil ketetapan bahawa sebenarnya wujud perbuatan liwat seperti yang didakwa, namun kerana sebab-sebab teknikal dalam perundangan (yang tidak mudah difahami ramai), hukuman liwat telah tidak dikenakan. Apakah akan berulang kes seperti ini dalam kes liwat kedua DSAI?

Spekulasi mudah saja dibuat berkait kes ini. Ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan pertemuan DSAI dengan PM, DS Najib Tun Razak baru-baru ini. Mereka mengandaikan bahawa "perundingan" sedang berjalan supaya kes ini diberhentikan demi kestabilan politik negara. Apapun yang sedang berlaku, ianya sukar memadam "kegetiran" cubaan terhadap DSAI dan tidak mudah merungkai persoalan "siapa mempersenda keadilan".

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

3 comments:

Ronald Mohoni said...

DSAI nih orang yang peliklah. dia nih macam banyak betul masalah. Bersumpah pun takut.

Rajawali said...

hari ini sumpah sudah menjadi mainan..sikit ja masalh sumpah..kertas pun boleh sumpah sekarag..hinggakan sumpah tidak dipercayai masyarakat.org yg menjadi saksi sumpah pun x percaya kepada sumpah individu membuat sumpah.apa dah jd..bagi yang mengetahui dan dapat menghalusi makna sumpah sebenar memang takut bersumpah walaupun di pihak yg benar.
mudah2han kebenaran akan berpihak kpd yg benar..insyallah

SABAHKITA said...

Apapun Sumpah Laknat tak boleh main-main...

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)