Friday, June 13, 2008

ISLAM HADHARI KARUT KATA NIK AZIZ

Islam Hadhari karut" Nik Aziz
Dari Sinar Harian.
Friday, 13 June 2008
(Sinar Harian) -
Islam Hadhari adalah karut! Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Katanya, kerajaan Kelantan tidak akan mengharamkan sebaliknya lebih gemar menggunakan fakta-fakta dan nas-nas al-Quran. “Walaupun Kerajaan Selangor dan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menolak Islam Hadhari namun Kelantan mengambil langkah sebaliknya. “Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini, semalam.
Mursyidul Am Pas itu berkata, UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di Kelantan. “Kelantan bergerak sejak dulu tanpa mengamalkan konsep Islam Hadhari. Apa jaminan Islam Hadhari diterima Allah? Padahal kita kena ikut perlembagaan Allah. “Sejak saya pegang Kelantan saya buat tiga dasar, ubudiah, itqam, masuliyah supaya kakitangan kerajaan senang ikut supaya senang nampak apa yang kerajaan nak,” jelas beliau ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak Islam Hadhari di negeri yang ditadbir mereka.
Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka berkata, kerajaan Pas di Kelantan tidak akan haram Islam kerana mereka akan menjawab balik soal berkaitan Islam Hadhari dengan dalil dan ayat al-Quran. “Ini sebabnya kami (Pas) tak mahu berdamai dengan UMNO. Sebab UMNO bawa ajaran sesat. Islam Hadhari adalah ajaran yang mengasingkan agama dan politik. “UMNO sekiranya berfikiran panjang mereka tak perlu malu untuk meniru pendekatan yang diambil oleh Kelantan. Boleh tiru Islam macam Islam yang dibawa oleh Kelantan,” katanya lagi. Nik Aziz berkata, Pas dari awal lagi menentang perlaksanaan sistem Islam Hadhari dengan menganggap ianya satu fahaman yang bertentangan dengan Islam. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut menolak konsep Islam Hadhari kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.
Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep Islam Hadhari empat tahun lalu yang menekankan pendekatan ajaran Islam bagi mengeluarkan ummah daripada kemunduran. Perdana Menteri memperkenalkan Islam Hadhari selepas menerajui pucuk pimpinan negara. Islam Hadhari dilancarkan pada pilihan raya umum 2004 dalam melaksanakan pendekatan Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu, beberapa program perkampungan hadhari diadakan dengan kerjasama sebuah stesen TV swasta ke seluruh negara dengan pengisian seperti pameran, ceramah, forum agama dan nyanyian.

2 comments:

ir MUSRAM RAKUNMAN said...
This comment has been removed by the author.
mtun said...

mereka yang memyebar rislah islam tanpa mendalaminya ibarat pokok tidak berbuah. Daunnya rendang tetapi tiada yang ingin berteduh. Hukumnya pokok ini perlu ditebang untuk dijadikan kayu api. FIKIR FIKIRKAN LAH............

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)