Friday, June 13, 2008

ANWAR PM MENANTI-RUMAH TERES RUMAH BUNGLO DAN SEMUA TAHU DUNIA TAHU


Oleh: KHS
13 Jun, 2008

Kalau dulu, 1963, tanpa Sabah, tanpa Sarawak tiada Malaysia. Setelah empat puluh lima tahun berlalu, PRU 12 berakhir Mei, 2008, senario berlaku hampir sama. Kali ini tanpa MP Sabah , tanpa MP Sarawak tiada kerajaan Barisan Nasional. Kali ini suara garau dua pemimpin Sabah membuat Dewan Parliment berhenti sebentar dari kesebokan mengemukakan “point of order”.

“sudahpun kita dianak tirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianak titikan, dihina pula, nak ke mana kita. Rumah terespun rumah tereslah YB. Apa guna bunglo kalau sekumpulan saja yang merasai nikmat. Kita mau, biar teres sama-sama kita kongsi. Kalau bunglo sama-sama kita menikmatinya. Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam bunglopun tidur di tepi tandas apa gunanya”.
Yang Berhormat Datu Anifah Haji Aman,
MP Kimanis, Sabah


“semua tahu , dunia tahu. Kalau bukan Sabah dan Sarawak, 54 kerusi, maka kerajaan BN sudah tidak ada..... Negeri Sabah, Datuk Speaker, Negeri Sarawak yang menyelamatkan BN. Negeri Sabah 3 kerusi menteri. Ini memalukan rakyat Sabah. Ini memalukan. Ini harus diperbaiki. Kita tidak boleh biarkan begitu saja... Sudahlah kita ini ketinggalan, kemudian kita dianaktirikan....Mungkin itu dianggap oleh pucuk pimpinan Negera enteng, Sabah can be taken for granted... Kalau tidak diperbaiki keadaan ini, pilihanraya akan datang bukan saja BN kalah, sayapun termasuk ikut kalah juga”
Yang Berhormat Datuk Ghapur Haj Salleh,
MP Kalabakan, Sabah.


Kali ini, kata-kata dua MP Sabah ini bukan ugutan. Kata-kata ini real. Datuk Anifah siang-siang menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Manakala Datuk Ghapur meletakkan jawatan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia dalam tempoh 8 hari selepas dianya mengangkat sumpah. Datuk Ghapur Salleh juga melahirkan kebimbangan bahawa Tsunami politik yang melanda Semenenjung Malaysia akan melanda ke Sabah sekiranya keluhan dan permintaan rakyat Sabah diremehkan. Katanya lagi, di Sabah mungkin akan wujud parti baru sendiri yang mampu menguasai Negeri Sabah dan bakal memilih mana-mana parti di Semenanjung Malaysia sebagai “partner” bagi membentuk kerajaan akan datang. Akhirnya peluang untuk Barisan Nasional untuk bertahan, tipis sekiranya tidak ada perubahan positif dan gerakan agresif pemimpin-pemimpin BN, khasnya UMNO sebagai tunjang BN, dalam masa terdekat ini.

Dalam kekalutan kerajaan BN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim DSAI terlalu bijak mengambil peluang. Walaupun dia bukan MP dan hanya penasihat PKR. Namun dengan 82 VS 140 kerusi MP yang dapat menafikan BN 2/3 majoriti di parlimen, dengan kualiti kepimpinan dan semangat juangnya yang luar biasa, beliau mampu beraksi seperti pemenang dan menonjol sebagai Perdana Menteri Malaysia Menanti. Beliau pernah mendapat gelaran ini dalam era Tun Mahathir, namun hasratnya menjadi PM tidak kesampaian. Malah beliau pula mendapat lebam mata sebelah kiri.

Isu rumah teres dan semua tahu, dunia tahu semakin menguatkan semangat DSAI untuk menumbangkan kerajaan Pak Lah dan membawa visi PR dan ketuanan rakyat.

Dalam satu kenyataan, DSAI memberitahu bahawa dia begitu yakin bahawa akan memperolehi jumlah MP yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Sokongan dari UMNO Semenanjung Malaysia yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan dan mereka yang bosan dengan krisis dalaman parti yang dilihat amat sukar dirungkaikan dan MP BN dari Sabah dan Sarawak yang telah dinafikan hak perkongsian mereka dari segi pembangunan dan royalti minyak adalah menjadi sandaran DSAI.

Tambahan kata dia bahawa dia tidak mempersoal kuasa Pak Lah sebagai PM, Cuma katanya Pak Lah mempunyai kepimpinan yang lemah dan dalam masa yang sama, Pak Lah menghadapai kesukaran untuk mencari penggantinya buat masa ini. Tambahnya lagi, bahawa PR hanya menunggu masa yang sesuai bilamana peralihan kerajaan kelak akan berjalan lancar mengikut prosedur dan peraturan.

Benarkah DSAI akan memiliki jumlah kerusi yang diperlukan untuk mengambil alih kerajaan? Tiada siapa yang dapat memberi jawapan. DSAI sendiri membiarkan keadaan menjadi teka teki. Ramai yang meragui namun tidak kurang juga yang menaruh harapan. Politic is the game of possible.

Kendatipun, keadaan ini cukup meresahkan BN khasnya Pak Lah. Jawatannya bakal direbut dan beliau didesak untuk melepaskannya. Tun Mahathir telahpun memberi kenyataan bahawa sekiranya Pak Lah tidak berundur dalam masa yang terdekat, UMNO akan hancur.

Suara rumah teres rumah bunglo dan semua tahu dunia pun tahu menjadi faktor dilihat menjadi faktor kepada kekerapan Pak Lah menjengok dan melawat Sabah. Dalam sejarah politik Malaysia, belum pernah PM Malaysia didesak begini rupa.

Lawatan terakhir pada 30-31 Mei lepas, PAK Lah memasyurkan pembubaran JPPS dan sekaligus meyakinkan bahawa JKR Persekutuan tidak akan diwujudkan di Sabah. Dana khas sebanyak RM1 billion diberikan, Jawatankuasa Tertinggi Kabinert agi menangani PTI yang dipengerusikan oleh YAB Dato Seri Najib dibentuk. Pembinaan jana kuasa 300 megawat oleh Petronas dengan kerjasama Yayasan Sabah di Kimanis juga diberi penekanan.

Dalam perkhidmatan awam pula, pelaksanaan Skim Tukar Lantik membabitkan pegawai perkhidmatan negeri menyertai perkhidmatan awam Persekutuan di peringkat tinggi dan pertengahan diumumkan. Penubuhkan Focus Group yang berperanan dalam usaha membasmi kemiskinan terutama di Sabah dan Sarawak. Ringkasnya semua perkara ini adalah merupakan isu yang dibangkitkan PKR dalam mencuri sokongan rakyat Sabah. Agaknya ini juga sebagai usaha memikat pemimpin-pemimpin Sabah terutamanya para MP agar tidak melompat ke kapal PR. Sekaligus menyatakan bahawa sekiranya perkara ini menjadi isu yang membuatkan Sabah akan berpaling menyokong PKR maka kembalilah ke BN kerana kini dia sendiri telahpun tunaikan.

Persoalannya kini adalah, apakah isu pembangunan dan bantuan semata-mata akan mampu memikat kepercayaan rakyat Sabah untuk terus menyokong BN?. Adakah pembangunan dan kekayaan menjadi determinan yang kukuh dan signifikan bagi meraih sokongan rakyat kepada BN? Kalau demikian mengapa pula Selangor dan Pulau Pinang sebagai dua Negeri yang kaya dan paling membangun di Malaysia, jatuh ke tangan pembangkang?.

Isu rumah teres rumah bunglo yang mesti jadi asas perkongsian. Semua tau duniapun tau bahawa sebenarnya kita terikat dengan asas dan konsep perkongsian. Tidak dapat tidak, isu ini hendaklah diberi perhatian yang serius dan ditangani dengan segera. Dalam berkongsi kita hendaklah berlaku adil. Kedua-dua isu ini adalah asas yang kukuh yang menentukan bahawa sebenarnya Malaysia adalah wujud atas dasar perkongsian kuasa. Perkongsian inilah yang semestinya direalisasikan. Perkongsian ini jugalah yang dijadikan asas utama bagi DSAI terus berjuang bagi mengakihiri penantiannya.

No comments:

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)