Thursday, August 11, 2011

Dagang Lalu Ditanakkan PT1.

Ini bukan Semenanjung Gaza. Ini Kampung Saya. Tiada sijil NCR tetapi Warisan Turun Temurun.

Bertahun saya tidak mengunjung lama ini. Lama saya berehat menulis dalam ruang blog ini. Kekadang rindu juga hendak menulis tetapi kekangan waktu dik kerja selalu mengalahkan niat saya menulis. Rindu kampung halaman yang teramat membuatkan saya ingin menulis dan menggagahi waktu dan kekangan tugas.

Salam ketemu kembali rakan-rakan di dunia cyber.

Dagang lalu ditanakkan, kera dihutan disusukan, anak dibiarkan menangis kelaparan. Anda sudah tahu maksud peribahasa ini kerna saya tahu anda bijaksana. Namun siapakah dagang yang lalu itu lalu kita keluarkan isi dapur kita untuk kita tanakkan buat santapannya?. Dagang ini kan orang luar!!!

Nasib anak bangsa kita TIDAK akan diperjuangkan oleh ORANG LUAR.  Malah Sidagang akan memperdagang kita dan harta kita, hak kita, harta kita termasuk tanah warisan kita hinggalah ke genarasi kita untuk kepentingan si dagang. Dan si dagang akan pulang.

Teringat saya kisah seorang penduduk di Kampung Rosok yang sanggup berkorban dihujung senjata kerana mempertahankan hak dan tanahmya. BUKAN tanah NCR (Native costomery Right) tapi konon tanah kerjaan tetapi telah didiaminya sejak turun temurun tetapi dia tercabar kerana tanahnya diambil pemerintah atau individu. Di mana tanah NCR di Kota Belud?. Orang itu papa harta benda tetapi mati dihujung senjata pemerintah. Ke mana menara dan keagungan ketua pemerintah yang membawa sengketa si papa yang dirampas tanahnya dan diragut nyawanya? Gugur dan gugur dan gugur, rebah dan rebah dan rebah tanpa bisa bangun......

Tanah yang keluarga anda duduki  dengan rumah besar atau usang sejak turun temurun di Kampung Rampayan Ulu, Rampayan Laut dan Kg Kayu Putih, Kg Nanamun, Kilapi, Tapukan..Pintasan ke Pantai Emas. Adakah tanah tapak rumah anda dan halamannya berstatus NCR? Ada surat mengatakan itu NCR? JAWABANNYA TIADA...JADI  status bukan NCR ini senjata yang digunakan untuk merampok harta anak-anak bangsa kita? atau sekadar MENGHALALKAN YANG HARAM?

....bersambung Pt. ii

BACA JUGA
UNCONVENTIONAL WEAPON AGAINST PEOPLE OF GAZA

10 comments:

kelapa mawar said...

Slm Ayahanda Sabahkita..

saya mohon izin copy artikel ini dlm blog KM..semoga ia membantu sdr2 kita yg bjuang untuk mempertahankan tanah warisan mereka...

SABAHKITA said...

dipersilakan.

Anonymous said...

penduduk kadang2 daif dalam soal2 tanah. ada yang tidak memohon geran untuk tanah mereka kerana berfikir tanah itu adalah milik mereka selama2. bila sampai satu waktu datangnya orang2 luar yang melihat tanah tersebut berpotensi untuk diusahakan dan dibuka untuk tujuan pembangunan barulah mereka sedar bahawa tanah mereka sudah dirampas. bila mereka menuntut tanah tersebut mereka tidak berhak lagi kerana tanah tersebut sudah digerankan atas nama orang lain. jadi, tiada apa2 yang boleh mereka perlihatkan sebagai bukti bahawa tanah tersebut adalah milik mereka.

Sanih Alias said...

Nampaknya memang kawasan ini sangat menarik untuk perlacongan. Tengok dari gambar pun sudah menarik apatah lagi berada disana. Setahu saya pantai ini adalah pantai pasir yang terpanjang di Sabah? Benarkah??

Hamdan Hadillah said...

Mungkin susah juga kita mahu menentang kerana tidak ada geran yang benar-benar untuk tanah ini. Tapi kerajaan akan cuba yang terbaik berbincang menangani masalah tanah ini. Harap penduduk akan bersabar buat seketika.

Anonymous said...

bagaimana penduduk kampung sebelum ini mampu memperolehi semula tanah NCR mereka? seperti kes penduduk kg Imahit.. sudah tentulah tuntutan mereka itu disertakan dengan bukti seperti peninggalan nenek moyang mereka sejak dahulu lagi.

jadi sekiranya penduduk kampung Rampaian mempunyai fakta yang boleh menyokong tuntutan mereka, adalah lebih baik isu ini dibawa terus ke Mahkamah untuk mendapatkan keadilan.

Mohd Ishak said...

Bolehkah situasi menang-menang dicapai?

Paquin said...

Kesian ba orang Sabah ni... Kena ulun2 saja. huhu

Paquin said...

Harap hak rakyat dapat dipertahankan. sebolehnya, rakyat juga harus jelas hak mereka supaya tak mudah ditipu.

Paquin said...

Apapun, pastikan setiap dakwaan yang dibuat ada bukti bagi membolehkan kita mempertahankan hak kita.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)