Hari ini satu berita yang bertiup kencang bahawa satu rangka menjual Tanah Warisan Rampayan di Kota Belud, Sabah seluas lebih kurang 1,200 ekar oleh Syarikat Swasta yang memohon Tanah Warisan Rampayan telah terpampang di dada media bebas. Anginnya bertiup kencang. Ibarat "burung terbang dipipiskan lada".
Samada mengena tembakan pemburu ini atau tidak, nyata pemburu ini sedang asyik memburu harta karun dan masih menaruh segunung harapan bahawa pembesar negeri masih menyuburkan harapannya dan masih mahu memberi restu untuk dia menjadi kaya raya walaupun di atas airmata darah rakyat. After all, katanya "kita tidak merampas tanah NCR, kita memohon tanah kerajaan"...Samalah ertinya dengan ALAHAI ada ku kisah dengan rintihan rakyat!
Taktha kekayan angannya masih terus menghiasi impian bahawa Syarikat yang tersenarai dalam KLSE akan bakal membeli "Tanah Warisan Rampayan ini".
Lalu Syarikat swasta ini mula sebuk membuat perencanaan di atas kertas yang dipanggil "Development Plan", termasuklah hotel-hotel 5 bintang yang diuar-uarkan. Kita pasti senjata ampuh bertaraf penipuan, "limpahan ekonomi" atau e"conomic spill over", peluang pekerjaan dsb akan digunakan untuk mengabui mata rakyat. Segelintir yang bermata kelabu bila melihat uwang pasti akan kelabu mata! Maklumlah istilah "tinggi-tinggi sekolah" selalunya canggih-canggih belaka namun tidak langsung mampu dibayangkan oleh rakyat marhaen biasa yang baru mengenal huruf. Rakyat terus tertipu. Si Mata Kelabu terus mengampu.

Ada pembesar-pembesar negeri yang berdiam diri atas isu ini, ada juga yang mengelak. dan berdolak dalih. Samada mesyesal atau takut dan risau menerima hukuman rakyat. Bak berusaha melepaskan "ayam tapi tangannya masih berbau tahi". Sukarlah kita menyelaminya. paling-paling dia ucapkan "alahai" buat melepaskan batuknya di tangga.
Apakah pemerintah merestui PERAMPASAN TANAH WARISAN RAMPAYAN INI? Adakah Pemerintah merestui LADANG RAKYAT di Kelantan? Atau biarlah..." wait and see or we will look into it after we've crossed the bridge"? Atau ALAHAI RAKYAT!
Sehingga kini keresahan rakyat TIDAK terpadam. Barangkali ada pihak yang akan menjadi sebuk membasuh tangan yang bergelumang tahi bila Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak diminta dan didesak untuk campurtangan.
3 comments:
Banyak kes yg dilabel "rampas tanah org kampung" (status state land atau NCR) di Sabah menjejaskan imej kerajaan dan BN sblum PrU 13. Saya ingin tahu, jika niat tanah2 tersebut ingin dimajukan utk kepentingan rakyat knp SEDCO, SUDC, Warisan Harta dan GLC lain tdk diberi kelulusan memajukannya? Kenapa kpd private co. yg tiada pengalaman termasuk co. 2 ringgit?? Apa agenda tersirat?
Saya difaham syarikat yg diberi kelulusan ini akan menjual proposal development tanah berkenaan kpd listed company atau syarikat antarabangsa dgn nilai berbilion ringgit...
Bukan mudah!!! Rampayan akan berjuang mempertahankanya.Kota Belud mempunyai sejarah berkenaan tanah
Post a Comment