Lembu-lembu inipun tersingkir kerana Pembangunan Nexus Karambunai. Tapi lembu Tidak mengapa! Kita BUKAN lembu, kita pengundi.
Masyarakat Kota Belud sudah masak dengan permasalahan Tanah Adat, Tanah Simpan Ternakan (Padang Ragut) dan Tanah Kampung. Bagi masyarakat Kota Belud kesemua kategori ini dianggap sebagai Tanah Warisan Turun Temurun.
Status tanah-tanah ini semua sukar dirungkai menggunakan perundangan yang bertulis. Oleh kerana itu soal-soal kebijaksanaan, budibicara, intelek yang bermaruah dan norma tolerasi yang tinggi perlu digunapakai. Kota Belud sendiri sebahagian besarnya ialah Tanah Simpan Hidupan Liar yakni habitat burung dan statusnya tidak terbatal dengan sendirinya.
Di Kota Belud ini beberapa Kawasan Padang Ragut ternakan telah dikenal pasti dan diperuntukkan. Padang Ragut Gunasama (Dulunya dipanggil Padang Ragut Pintasan), Padang Ragut Kg Sadok-Sadok, Padang Ragut Kg Rosok Surun dan Padang Ragut Rampayan Ulu.
Sedikit masa lalu, saudara-saudara kita di Kampung Labuan berhimpun kerana membantah tindakan kerajaan "menggunakan" Padang Ragut Gunasama untuk program Agropolitan. Mereka bersatu menentang apa yang disifatkan sebagai "penafian" hak mereka ke atas Padang Ragut Gunasama itu.
Tetapi yang and tidak pernah dengar barangkali ialah hilangnya Status Tanah Padang Ragut Rampayan Ulu yang keluasanya melebihi 700 ekar yang lenyap beberapa puluh tahun yang lalu. Ceritanya tanah ini diberikan kepada Syarikat swasta konon untuk dimajukan AGAR DAPAT GENERATE INCOME KEPADA PENDUDUK SEKITAR DAN LIMPAHAN PEMBANGUNAN EKONOMINYA (Economic spill over effect) DAPAT DIRASAI OLEH RAKYAT SETEMPAT berserta PELUANG PEKERJAAN YANG TERWUJUD!!.
Tanyalah masyarakat setempat kini APA LIMPAHAN EKONOMI YANG MELIMPAH setelah tanah Simpan Padang Ragut Rampayan Ulu itu diberikan kepada pihak swasta? Jawabnya ZERO! atau KOSONG. Inilah kes genuine "Dagang Lalu Ditanakkan". Pemimpin luar itu kembali ke asalnya dan tanah yang diluluskan kepadanya itu digadainya atau dimorgage untuk mendapat wang tunai!. Kalaupun tanah ini tergadai, apa ruginya pihak swasta yang mendapat tanah ini? Nothing!. Sekali lagi "Dagang Lalu Ditanakkan".
Berapa banyak lagikah tanah warisan, tanah adat, tanah padang ragut dan tanah simpan yang bakal diserahkan kepada syarikat swasta atas alasan LIMPAHAN EKONOMI dan PELUANG PEKERJAAN? dan PROGRAM BESAR? Tidakkah kita sedar bahawa penduduk di Karambunai di mana terbinanya Hotel Nexus dan Padang Golfnya yang terbentang akan sedikit masa lagi akan dihalau dan terhalau dari tanah yang mereka diami sejak turun temurun. Kenapa? Kerana tanah Kampung Karambunai tiada status NCR! ker? Atau kerana ada pemimpin yang berbuih mulutnya menusuki ubun-ubun pemikiran rakyat bahawa LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN akan datang berbondong bondong dan bertali arus?
Setelah Hotel Nexus terbina sebagai "some say its heaven", MANA LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN kepada penduduk Kg Karambunai? Berapa ramai pendatang asing atau buruh asing yang berkerja di Karambunai?
Dan tidak jauh dari Karambunai anda akan melihat KKIP...Ke mana perginya penduduk dan pemilik tanah KKIP dahulu setelah omongan LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN yang diluahkan para "teknokrat" yang belajar dari Israel!? Ke saku untuk mempertahankan kedudukan?
10 comments:
Slm Ayahanda Sabahkita..
saya sangat teruja membaca artikel ini....sangat bernilai ertinya bagi generasi yang baru dipapah ideologinya...
tanah yang dirampas tersebut umpama sebatang pokok durian yang berstatus 'donkomolohingan' bagi kaum dusun di mana jika pokok durian tersebut sudah berbuah sesiapa saja penduduk di kampung tersebut boleh mengambil buahnya kerana ia diwarisi turun temurun oleh nenek moyang. namun, masa berlalu akan mengubah keadaan ini. ada penduduk kampung akan mengatakan pokok durian tersebut miliknya dan dia akan melarang orang lain untuk mengambil buah tersebut sedangkan ia sebenarnya tidak dinyatakan hak milik individu melainkan hak milik bersama. apa yang saya tekankan di sini ialah bila penduduk kampung yang memelihara tanah dan menganggapnya sebagai turun temurun tapi tidak dinyatakan oleh sebarang bentuk bukti terutama berbentuk bertulis maka tanah tersebut mudah untuk menimbulkan masalah sehingga akhirnya tanah tersebut jatuh ke tangan pihak lain yang tidak sepatutnya.
Mungkin tidak sempat untuk menunggu peluang kerja yang ditawarkan di Karambunai , mereka sudah mendapat pekerjaan lain....
Pastikan suara rakyat didengar dan rakyat seharusnya diutamakan.
Peluang pekerjaan itu mungkin banyak tapi mungkin kerana sikap orang kita yang memilih pekerjaan menyebabkan kurang penduduk kg bekerja di resort tersebut. Harap sikap ini dapat diubah oleh penduduk itu sendiri.
jika di sabah sekarang ini tidak wujud resort, shopping complex, ladang dan kilang kelapa sawit, dan sebagainya, dimana agaknya sabah memperolehi limpahan ekonominya? mungkinkah pada waktu ini saya dan penduduk Sabah yang lain masih bercucuk tanam untuk menjana ekonomi diri sendiri dan negeri sabah?
Harap rakyat sendiri pandai menilai isu ini dengan bijaksana.
Peluang kerja memang ada.. Tapi masalahnya bukan pasal pilih kerja cuma bagi saya mcm mana mo survive kalau gaji cukup bayar tambang ja???
Persoalan yang ditimbulkan tersangatlah benar. Namun apa yang harus kita lakukan selain daripada mengaharapkan hal ini dapat ditanggani dengan baik??
Harap pihak yang berkenaan akan campur tangan dalam perkara ini.
Post a Comment