Kenapa membiarkan Wang membeli kemerdekaan Kita?. Kenapa membiarkan wang menyesatkan keputusan kita?
Ada sekeping tanah di Kota Belud yang keluasannya lebih kurang 900 ekar yang terletak di Jalan Rampayan Laut, Kota Belud Sabah, Malaysia. Tanah ini dulunya milik oleh Lion Group, satu syarikat yang beribu pejabat di Singapura. satu syarikat yang listed dalam KLSE. Selain itu Syarikat itu memiliki Sabah Forest Industries di Sipitang.
Tanah 900 ekar ini dianugerahkan oleh Kerajaan Berjaya dan SFI diswastakan semasa kerajaan PBS dan diletakkan ke tangan Lion Group semasa kerajaan BN. Semuanya berlaku di atas kehendak dan kuasa yang menggunakan "political will" kalau bukan political guts.
Lion Group pada asalnya mengusahakan Perladangan Udang atas intiti syarikat AQUA BIO. Khabarnya tanah seluas 900 ekar itu kini telahpun dimiliki oleh Air Keroh Resort Sdn Bhd. Nyatanya Air Keroh RESORT ini punya rencana DI ATAS KERTAS VERY DECEPTIVE untuk melaksanakan Aqua Tourism? Jika tidak, kenapa ianya menggunakan intiti sebagai RESORT di atas tanah yang asalnya diluluskan untuk AQUACULTUR.
Tapi yang jelas tanah itu kini telah BERTUKAR tangan aka bertukar tuan. Dijual? Ditransfer sebagai pelaburan Saham? Digadai?.. Kita semua masyarakat Kota Belud sudah tiada kuasa ke atas tanah itu kerana ianya sudah menjadi "PRIVATE PROPERTY" ATAU "HARTA PERSENDIRIAN". Hatta kita menangis dengan airmata darah sekalipun, hak ke atas tanah itu tidak akan bertukar semula ke tangan Masyarakat Kota Belud.
Oleh kerana tanah itu diluluskan dengan menggunakan political power kalau bukan political guts, adakah pemimpin dan pembesar negeri yang sanggup mengambil kembali tanah ini dan mengembalikan kepada rakyat dengan menggunakan "political power kalau bukan political guts?
Lion Group sebuah syarikat besar bertaraf antarabangsa. Apakah Kinsa Mewah yang dreaming merampas Tanah Warisan Rampayan lebih mewah dan besar dari Lion Group? I am sorry to ask!
Tanah Lion Group sudah bertukar tangan dan bertukar tuan. Palis palis, jika Tanah Warisan diluluskan kepada Kinsa Mewah, tidak cukupkah kita belajar dari sejarah yang terpampang di hadapan mata kita?
Jika dagang yang lalu telah kita tanakkan dahulu, apakah kita akan tanakkan dagang lalu yang satu lagi ini? Apakah kita menyerahkan bulat-bulat kepada takdir yakni jika kerajaan menyerahkan tanah Warisan Rampayan itu kepada Kinsa Mewah maka kita PASRAH!.
Dulu ibu bapa kita "hanya bersekolah atap dan menggunakan cap jampol di samping menghadiri kelas Al Quran yang kini sering dikaitkan dengan kelas Fardhu Ain. Kini kita naik turun di menara gading. Apakah kita semakin lemah atau mudah kelabu kerana habuan pangkat dan wang ringgit dari PROJEK?
Dulu ibu bapa kita "hanya bersekolah atap dan menggunakan cap jampol di samping menghadiri kelas Al Quran yang kini sering dikaitkan dengan kelas Fardhu Ain. Kini kita naik turun di menara gading. Apakah kita semakin lemah atau mudah kelabu kerana habuan pangkat dan wang ringgit dari PROJEK?
Saya teringat kata-kata mantan SKN..Setiausaha Kerajaan Negeri.. Katanya "Politicians come and go BUT before they leave, they have done a lot of damages"...Well I agree to disagree anyway...Tetapi pemimpin dengan kalibar tetap teguh dengan pendirian "mengenepikan kepentingan peribadi demi kepentingan dan maruah umum" adalah yang disanjung dan sebalik akan kita sanggah!
Selamat meneruskan Ibadah Puasa dan Selamat Maju jaya.
12 comments:
Wow!!!
Wow!!!
Pengamatan dan pengalaman yang cukup memukau..
Ma kasih ayahanda Sabahkita!...
Sabahkita. I know who u mean.
apa pun yang ingin dibuat banyak pekara perlu dipertimbangkan dan memang susah untuk memuaskan hati semua. sebaiknya perbincangan dibuat untuk mencapai keputusan terbaik dan kepentingan semua terjaga.
Kita berpelajaran lah kita fikirkan tentang positifnya untuk membangunkan tanah itu. Cuba fikirkan peluang pekerjaan dan pulangan jangka masa yang panjang....
Kenapa membiarkan Wang membeli kemerdekaan Kita?. Kenapa membiarkan wang menyesatkan keputusan kita?
Tepuk dada tanya selera :)
Apapun, harap hal ini diberi perhatian sewajarnya.
Mungkin perjuangan masih perlu diteruskan. Tapi biar wakil penduduk dan kerajaan yang akan membincangkan masalah ini. Cari kata sepakat untuk menangani masalah ini.
Masalah kg Rampayan ini semakin tersebar. biar pemimpin menerangkan kes ini.
Ambil perhatian..Jangan biarkan penduduk terseksa. Mungkin kerajaan ada penjelasan yang buat untuk memastikan penduduk boleh menerima semua ini.
rasanya mungkin lebih baik kabinet negeri membatalkan sahaja projek ini dan fokus kepada jalan raya, air dan elektrik di daerah ini.. dan laksanakan projek ini mengikut cadangan asal..
Macam mana kita boleh pastikan bahawa tanah tersebut kepunyaan kerajaan ataupun rakyat?
akhirnya penduduk tidak mendapat apa2 hasil dari tanah yang dimajukan. itulah yang berada di fikiran penduduk sekarang. hak ke atas tanah pun hilang.
Post a Comment