Si Bayau ini dulu muncul kali pertama dalam Sukan Malaysia, SUKMA, di Sabah. Masa itu Si Bayau masih muda dan diminati ramai. Kini Si Bayau sudah tua dan tidak ramai peminat. Barangkali Si Bayau hanya mampu bercerita buat mengisi sisa- sisa hidup yang mampu Si Bayau ceritakan. Bagaimanapun Tahniahlah kepada adik saya yang dapat mempopularkan si Bayau dulu. Terima kasih Sabahkita kerana memberi ruang pada Bayau buat pertama kalinya.
Cerita Bayau Kali ini ringan-ringan dulu sebelum berat-berat:
Di negara-negara maju seperti Amerika misalnya subsidi dibayar sebagai membantu satu-satu perkhidmatan dapat terus dinikmati oleh rakyatnya. Misalnya Pengangkutan Awam seperti Bus diberi subsidi kerana rakyatnya masih memerlukan perkhidmatan itu. Orang-orang tua yang sudah tak berupaya memandu dapat menggunakan perkhidmatan bus. Orang-orang miskin yang tidak mampu membeli kerita juga akan dapat peluang menggunakan perkhidmatan ini. Tambangnya murah dan dikawal oleh pihak berkuasa atau kerajaan. Kiranya perkhidmatan bus ini tidak diberi subsidi, tentulah pengusahanya akan mengalamai kerugian dan menutup perniagaannya. Dengan demikian golongan yang memerlukannya akan kehilangan punca.
Pengusaha peladangan, misalnya gandum akan juga diberi subsidi. Tetapi subsidi diberi kiranya pengusaha ini diminta untuk mengurangkan pengeluarannya demi menjaga kedudukan harga commoditi berasaskan gandum daripada jatuh merudum. Dengan demikian subsidi ini bersifat sebagai gantirugi (pada keadaan tertentu) kepada pengusaha ladang kerana kerajaan menyekat jumlah keluarannya. Dengan menyekat jumlah keluarannya, penawaran komoditi ini dalam pasaran akan menjadi rendah dan harganya akan stabil atau naik. Harga barang-barang yang berasakan gandum ini juga akan stabil atau terkawal. Kiranya pengeluaran gandum tidak dikawal, penawaranya akan berlebihan di pasaran dan selanjutnya harganya akan jatuh dan harga makanan berasakan gandum akan jatuh. Ini akan mengakibatkan harga ekspot barangan tersebut akan turut jatuh.
Di negara kita subsidi juga diberikan kepada pengangkutan awam. Subsidi minyak dan potongan kadar cukai jalanraya diberikan kepada pengusaha pengangkutan awam terutama dalam keadaan mendesak. Bezanya, semakin kerajaan berusaha memberikan subsidi ini, semakin pula tinggi kehendak pengusaha-pengusaha ini menaikkan kadar tambang walaupun kerajaan cuba mengawalnya. Terdapat usaha mendesak kerajaan menerima kadar tambang yang semakin meningkat. Kehendak menaikkan tambang ini pula semakin bersifat mendesak. Alasan kadang-kadang kurang berkaitan misalnya tambang kenderaan dinaikkan pada kadar mengejut sedangkan kenaikan harga minyak tidaklah pada tahap mengejut berbanding kejutan harga tambang.

Tambah merumitkan lagi apabila harga minyak turun, harga kadar atau harga tambang kenderaan pula tidak diturunkan. Kadang-kadang alasan yang diberikan ialah kerana berlakunya kenaikan harga barang lain seperti makanan seperti gula, tepung dan beras yang langsung tiada kaitan dengan perkhidmatan pengangkutan. Pengguna kenderan juga menanggung akibat dari kenaikan harga makanan tersebut. Dari itu tuntutan kenaikan tambang tidak relevent namun desakan melalui persatuan kadang-kadang terlalu mendesak dan terpaksa dituruti pihak berkuasa. Akibatnya timbul perkhidmatan pengangkutan yang tidak sah seperti ”kerita sapu”. Ini akhirnya merugikan pihak pengusaha perkhidmatan pengangkutan yang berlesen dan apabila ianya tidak terkawal maka sistem yang digariskan akan menjadi rosak dan perkhidmatan pengangkutan haram itu sukar dikawal, terutama apabila telah bertapak dan menemui ruangnya.
Pengusaha pertanian khususnya di Sabah juga diberi subsidi. Pengusaha tanaman padi di Sabah misalnya mendapat subsidi meradu, baja dan subsidi harga padi. Secara tidak lagsung mereka juga mendapat susidi pengairan kerana pump air mereka mendapar subsudi minyak diesel atau petrol. Subsidi dalam sektor padi ini dianggap sebagai ”income support” kepada penanam padi kerana kiranya mereka berhenti dari menanam padi, maka kerajaan akan terpaksa mengimpot keperluan negara. Dengan demikian imbangan pembayaran negara akan meningkat. Tambahan pula beras merupakan bersifat sebagai asas makan utama penduduk.
Masalah timbul apabila sistem penyampaian subsidi tidak diurus dengan sistematik. Kebarangkalian untuk subsidi tidak sampai kepada golongan sasar akan berlaku. Misalnya sekiranya pergerakan hasil padi tidak dipantau dengan baik, ianya besar kemungkinan akan digunakan untuk mendapat subsidi harga padi berulang. Bila keadaan ini berlaku, maka terjadilah kes bilamana jumlah hasil padi seperti beras tidak setimpal dengan jumlah subsidi yang dibayar oleh pihak berkuasa. Timbullah soalan "subsidi sudah dibayar tetapi beras di mana?". Kebarangkalian juga akan berlaku terhadap jumlah keluasan sawah yang diradu tidak seimbang atau setimpal dengan jumlah subsidi meradu yang dibayar.

Si Bayau akan becerita lagi pada kesempatan yang lain
No comments:
Post a Comment